Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 11, 2018

PRU14 berulang jika Umno, PAS bersendirian

PRU14 berulang jika Umno, PAS bersendirian: ULASAN | Orang Melayu telah hilang pedoman. Dalam perebutan kuasa itu, mereka bersengketa sesama sendiri dan berpecah belah.

Abdul Hamid Mohamad  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Tiada siapa boleh
menafikan sumbangan Umno kepada orang Melayu termasuk penyokong PAS.
Jika tidak, di mana kita sekarang, termasuk saya? Malah, saya cabar
rakyat Malaysia bukan Melayu jika mereka berani mengatakan bahawa mereka
tidak menerima apa-apa nikmat daripada pemerintahan yang diterajui Umno
itu.


Malangnya, setelah lebih separuh abad berkuasa, pemimpin-pemimpin
Umno lupa daratan. Mereka berebut untuk mendapat kedudukan dalam parti
untuk mendapat pangkat dalam kerajaan untuk mendapat kuasa untuk
kepentinan diri.


Rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran berleluasa,
sekurang-kurangnya, itulah persepsi awam. Dalam Umno, politik wang
menjadi amalan. Ahli-ahli Umno di bawah juga mengharapkan sogokan. Sel
Umno rosak dari atas ke bawah.


Orang Melayu pula telah hilang pedoman. Dalam perebutan kuasa itu,
mereka bersengketa sesama sendiri dan berpecah belah. Orang Cina melihat
keadaan itu, membuat perkiraan, bersatu di belakang DAP untuk
menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Umno dan menuntut lebih daripada
apa yang mereka perolehi selama ini melalui MCA dan Gerakan, diikuti
oleh orang India.


Yang lebih itu akan datang dari mana jika tidak daripada orang Melayu?


Sebahagian orang Melayu yang tidak puas hati dengan pemimpin-pemimpin
Umno dan termakan dengan cacian Tun Dr Mahathir dan Mat Sabu yang
melampau itu, tetapi tidak memikirkan mudarat yang lebih besar akibat
kejatuhan kerajaan BN yang diterajui Umno di peringkat Persekutuan,
beralih mengundi Pakatan Harapan dalam PRU 14.


Maka, pada 9 Mei 2018, tibalah hukuman ilahi terhadap Umno: BN yang
diterajui Umno kalah dalam PRU14. Apa yang ditakuti akan berlaku telah
berlaku.


Umno tidak terkubur


Tetapi, adakah dengan kekalahan dalam PRU14 itu, Umno sudah terkubur?
Saya katakan tidak. Alasannya adalah, pertama, Umno memperolehi lebih
banyak undi orang Melayu (40%) daripada HARAPAN (23%) dan PAS (25%).


Majoriti
pengundi Melayu masih menolak HARAPAN. Jika dicampur pengundi Melayu
yang mengundi Umno dan PAS, jumlahnya adalah 65 peratus. Ertinya, jika
Umno dan PAS boleh bekerjasama, Umno dan PAS masih boleh mendapat 65
peratus undi Melayu.


Saya percaya, dengan mengelak pertandingan tiga penjuru di Pantai
Barat Semenanjung Tanah Melayu, sebilangan kerusi yang dimenangi HARAPAN
boleh dimenangi Umno atau PAS.


Kedua, kebanyakan orang Melayu yang berpindah mengundi HARAPAN dalam
PRU14 bukanlah ahli-ahli Umno yang keluar dari Umno dan menjadi ahli
PKR, BERSATU atau AMANAH.


Mereka mengundi HARAPAN kerana Tun Dr Mahathir dan Mat Sabu berjaya
menjadikan mereka bencikan Datuk Seri Najib Razak. Mereka tidak percaya
bahawa PKR, BERSATU dan AMANAH tidak mampu mengawal DAP seperti Umno
mengawal MCA, Gerakan dan MIC selama 60 tahun itu.


Sekarang, selepas tiga bulan, saya percàya, sebahagian daripda mereka mungkin telah menyesal.


Apabila
nampak Umno akan kalah, bekas-bekas pemimpin tinggi Umno yang menjadi
kaya raya dengan memperalatkan Umno, pun lari. Apabila kalah, ahli-ahli
akar umbi yang merasakan pemimpin-pemimpin Umno yang kalah itu tidak
mampu memberi apa-apa lagi kepada mereka, juga lari ke parti yang
menang.


Biarlah mereka pergi. Ingatlah Perjanjian Hudaibiah, orang-orang
murtad dibenarkan balik ke Mekah. Lebih baik mereka keluar daripada
menjadi kuman dalam daging.


Falsafah perjuangan Umno


Adakah falsafah perjuangan Umno masih relevan? Saya percaya, falsafah
perjuangan Umno selepas merdeka adalah untuk memastikan bahawa hak
orang Melayu dan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam
Perlembagaan, tidak terhakis.


Jika itulah matlamat perjuangan Umno, maka falsafah perjuangannya tetap relevan.


Satu soalan yang timbul ialah sama ada Umno patut menjadi parti pelbagai kaum.


Mengapa Umno hendak dijadikan sebuah parti pelbagai kaum? Nyata, jawapannya adalah untuk mendapat undi orang bukan Melayu


Soalnya, adakah dengan membuka pintu keahlian kepada orang bukan
Melayu sedangkan falsafah perjuangan Umno tidak berubah, orang bukan
Melayu akan menjadi ahli Umno, menyokong dan mengundi Umno? Saya fikir,
tidak.


Pertimbangan mereka adalah apakah untung atau rugi mereka jika mereka menjadi ahli, menyokong dan mengundi sesebuah parti.


Sebuah
parti yang difikirkan paling berkemungkinan memberi lebih banyak apa
yang mereka kehendaki adalah parti yang menjadi pilihan mereka.Pada masa
ini ia adalah DAP.


Mungkinkah orang Cina akan keluar dari DAP untuk menjadi ahli atau
penyokong Umno jika Umno, dengan falsafah perjuangan yang sama, membuka
pintu untuk mereka? Saya fikir tidak.


Jika demikianlah halnya, untuk menarik mereka, sanggupkah Umno
mengubah falsafah perjuangannya supaya lebih memihak kepada orang Cina
daripada apa yang ditawarkan oleh DAP? Saya fikir, tidak.


Atau, adakah Umno akan meniru apa yang dilakukan oleh PKR? Jika
hendak mengikut PKR, lebih baik bubar Umno dan biarkan ahli-ahlinya
menyertai PKR.


Tetapi, walaupun keahlian PKR terbuka kepada orang bukan Melayu, di
Semenanjung Tanah Melayu, setelah dua abad, berapa peratuskah ahlinya
terdiri daripada orang Cina dan India?


Oleh itu, lebih baik diketepikan cadangan itu, perkuatkan Umno semula dan cari di mana salahnya.


Politik wang dalam Umno


Berulang-ulang kali dalam ucapan-ucapan saya semenjak 2014, saya
katakan bahawa Umno berada di atas landasan yang betul. Masalahnya
adalah pemimpin-pemimpinnya yang mempunyai persepsi rasuah yang sangat
tinggi.


Kedua, profesional yang berminat politik mendapati amat sukar untuk
memecah masuk ke dalam hierki Umno, antaranya disebabkan oleh politik
wang. Akibatnya, mereka menyertai PAS.


Biarlah
saya bincangkan politik wang terlebih dahulu. Tidak boleh dinafikan
bahawa politik wang telah menjadi amalan Umno. Selagi mempunyai kuasa,
bolehlah mencari wang dengan penyalahgunaan kuasa atau rasuah untuk
disogok kepada penyokong dan bakal penyokong.


Sekarang, kuasa sudah tidak ada. Dari mana sumber kewangan akan
diperolehi? Sebab itu, adalah diharapkan dengan kekalahan Umno dalam
PRU14, akan terbuka peluang untuk menghapuskan politik wang dalam Umno.
Itu terserahlah kepada tuan-tuan sendiri.


Pemulihan imej dan kredibiliti


Disebabkan oleh pemimpin-peminpinnya, hari ini, imej Umno berada di
paras yang paling rendah dalam sejarah. Pemimpin-pemimpinnya sudah
hilang kredibiliti.


Usaha memulihkannya amatlah sukar. Selagi pemimpin-pemimpin yang
sudah hilang atau kurang kredibiliti itu masih memegang jawatan dalam
Umno, orang akan melihat bahawa tiada apa-apa perubahan yang berlaku
kepada Umno.


Maka, pemimpin-pemimpin yang menjadi tanggungan (liabiliti) kepada
parti, sama ada kerana persepsi rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang
tinggi atau oleh sebab-sebab lain, hendaklah mengundur diri daripada
memegang jawatan dalam Umno.


Setiap pemimpin hendaklah melakukan muhasabah diri dan menjawab
dengan jujur “Adakah aku menjadi tanggungan kepada Umno dalam usaha
memperbaiki imejnya?"


Jika jawapannya “Ya”, maka eloklah dia berundur. Tetapi, dalam keadan
sekarang, tindakan singkir menyingkir tidak patut dikakukan. Ia akan
menyebabkan ketidakstabilan dalam parti dan permusuhan sesama sendiri
yang akan melemahkan parti lagi sedangkan inilah masanya untuk bersatu
padu dan memperkuatkan semula parti.


Maka, pemimpin-pemimpin yang merasai dirinya juga menjadi tanggungan
kepada pemulihan imej Umno tetapi enggan menarik diri atau pun merasakan
bahawa perkhidmatan mereka masih diperlukan, eloklah menampakkan bahawa
mereka telah bertaubat dan akan menjalani kehidupan baru yang bersih.


Pada
pandangan saya, pada masa ini, Umno perlu merenggangkan diri daripada
Datuk Seri Najib. Mengutip derma untuk membantu kos kepeguamannya atas
nama Umno tidak akan membantu usaha pemulihan imej Umno. Tetapi, sesiapa
yang merasa terhutang budi kepadanya, bolehlah menderma secara
peribadi.


Selain itu saya dapati persidangan Agung Umno adalah seperti pesta,
bukan seperti satu persidangan yang serius untuk membahaskan isu negara
dan hala tuju kerajaan yang memerintah. Di luar dewan seperti pasar
malam. Di dalam dewan terdapat penglipur lara yang menghibur peserta
dengan lawak jenaka mereka.


Tepukan diberi apabila pensyarah menaikkan suaranya, tidak kira apa
yang dikatakannya, lagi kuat suaranya lagi kuat pulalah tepukan yang
menyambutnya.


Saya ingin melihat perwakilan berhujah dengan hujah-hujah yang mantap dan memikirkannya dengan serius.


Fokus kesilapan HARAPAN


Kempen HARAPAN dalam PRU14 hanyalah tertumpu kepada mencari keburukan
kerajaan BN, terutama sekali kesalahan pemimpin-pemimpin Umno. Pengundi
termakan umpan mereka.


Sekarang mereka memerintah. Dalam masa tiga bulan pun kita sudah
dapat melihat konsesi (concession) yang diberikan kapada orang bukan
Melayu/Islam yang diambil daripada orang Melayu/Islam.


Umno perlu exploit isu-isu itu untuk menyedarkan orang
Melayu bahawa amaran bahaya kejatuhan kerajaan pusat kepada HARAPAN yang
dikuasai oleh DAP sudah pun mula berlaku dan banyak lagi akan
mengikutinya.


Parlimen
Malaysia telah hilang decorumnya. Perbahasan telah menjadi
pertengkaran. Siaran langsung seolah-olah menggalakkan mereka berbuat
demikian, kerana mereka akan dilihat sebagai hero oleh penonton.


Saya syorkan ahli-ahli Umno tidak mengikut gelagat mereka. Tunjukkan
bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang beradab sopan, berbudi
bahasa, malah dalam berhujah pun, Islam mengajar adabnya.


(Perhatikan Bahasa Inggeris tidak ada perkatan yang sama dengan
perkataan berhujah. Ia cuma ada perkataan “argue” yang juga bermakna
bertengkar. Saya tidak tahu bahasa Mandarin dan Tamil.) Kita boleh tegas
dan serius dengan cara yang terhormat.


PRU14 berulang 


Dalam keadaan sekarang, Umno bersendirian adalah terlalu kecil untuk
memberi impak yang secukupnya. Demikian juga PAS. Harapan untuk orang
Melayu/Islam bersatu dalam satu parti tidak mungkin berlaku walaupun PAS
adalah parti serpihan Umno.


Apatah lagi, selepas PRU14, PAS telah mula angkuh. Dalam Umno pun
terdapat pemimpin-pemimpin yang terang-terang tidak mahu ada kesepakatan
dengan PAS.


Itu
belum mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen dan ADUN di kedua
belah pihak. Mereka mempunyai kepentingan diri. Mereka takut kehilangan
kedudukan masing-masing.


Tetapi selagi PAS dan Umno kekal bersendirian dan bertanding antara
satu sama lain dalam pertandingan tiga penjuru atau lebih, di Pantai
Barat Semenanjung Tanah Melayu, PRU14 akan berulang. Itu PAS dan Umno
perlu sedar.


Maka, demi agama bangsa dan negara, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS
perlu mengetepikan kepentingan diri. Paling kurang, Umno dan PAS perlu
berkerjasama untuk mengelak pertandingan tiga penjuru atau lebih.


Mula-mula, PRK Sungai Kandis nampak seperti satu permulaan yang baik.
Tetapi, jika peratusan pengundi yang rendah yang keluar mengundi itu
disebabkan oleh penyokong-penyokong PAS tidak keluar mengundi,
kesimpulan yang saya boleh buat ialah “Malays never learn.”


Jika beginilah keadaannya, saya khuatir, akan berpanjanganlah
penguasaan DAP. Pada masa yang sama NGO-NGO seperti PERKASA hendaklah
memberi sokongan padu untuk merealisasikan kerjasama ini. Jika itu dapat
dilakukan dalam PRU15 pun cukuplah.


Rakan parti bukan Melayu


Semasa Umno kuat, parti-parti bukan Melayu, melutut untuk
bersama-sama dengan Umno. Apabila BN yang diterajui Umno kalah, semua
lari. Saya percaya jika gagasan Umno-PAS dapat diperkuatkan dan PAS
keluar daripada kotak pemikiran Kelantan, ada parti bukan Melayu yang
akan mendekatinya semula.


Itu jugalah yang berlaku kepada HARAPAN. Selepas menang, parti yang
menjadi anggota BN pun ada yang lari untuk menyertainya. Hal yang sama
boleh berlaku sebaliknya apabila pakatan Umno kuat semula.


Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Manusia hanya
boleh mencongaknya, mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi,
pemimpin-pemimpin Umno sendiri tahu kesilapan mereka.


Betulkan kesilapan itu, perhati keadaan semasa pada sesuatu masa,
sesuaikan strategi dengannya tanpa menjual matlamat dan maruah. Saya
fikir, itulah pendekatan yang patut dilakukan.



TUN ABDUL HAMID MOHAMAD ialah bekas ketua hakim negara.


Artikel ini pertama kali disiarkan di blog beliau. Ia merupakan
pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian
Malaysiakini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...