Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, August 7, 2018

Iksim: Kalau IKSIM tidak sehaluan dengan kerajaan PH. Rakyat kebanyakan setuju IKSIM ini dimansuhkan. Konon guna agama utk rakyat TETAPI yg kaya raya kroni UMNO/BN.

Iksim juga sifatkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bukan juruaudit bertauliah.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) berkata kenyataan
menteri agama Datuk Mujahid Yusof Rawa berkaitan audit terhadapnya
bersifat fitnah.


Dalam kenyataan di laman webnya,
institut itu juga mempertikaikan audit Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) dengan menyifatkan badan itu bukan juruaudit
bertauliah.


“Malah dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana belum dijalankan exit conference,” kata Iksim.


Exit conference adalah proses semakan melibatkan pihak peneliti dan pihak berkepentingan.


Iksim berkata mereka telah memberikan kerjasama penuh kepada audit dalaman sejak awal dan masih menunggu exit conference yang didakwa telah ditangguhkan tiga kali oleh MAIWP.


IKSIM, menurut kenyataan itu, telah menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan.


“Pihak IKSIM menyeru supaya semua pihak berpegang kepada etika kerja
yang betul dan tidak melangkaui prosedur dengan mengemukakan pelbagai
bentuk dakwaan sebelum semua proses audit lengkap sepenuhnya,” kata
institut itu.




Mujahid semalam berkata audit dalaman MAIWP terhadap Iksim mendapati
RM7.4 juta daripada RM7.6 juta peruntukan kepada badan itu tidak dapat
dikesan perbelanjaannya.


Pada 19 Julai lalu, kerajaan telah mengumumkan pembekuan dana Iksim
serta mengkaji sama ada mengekalkan atau membubarkan badan itu.


MAIWP antara pihak yang membiayai Iksim, kata Mujahid.


Berkaitan dakwaan RM7.4 juga tidak dapat dikesan, Iksim menegaskan ia
berlaku kerana prosedur kerja dan tatacara perakaunan antara MAIWP dan
Iksim berbeza.


“Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh Iksim mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit.


“Akan tetapi pasukan audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan,” kata Iksim.


Kenyataan itu juga menegaskan Iksim bukan anak syarikat MAIWP,
sebaliknya tertakluk bawah akta syarikat dan telah diaudit bersih oleh
juruaudit bertauliah.


Ancam tindakan undang-undang


Sementara itu, badan itu juga memberi amaran mengambil tindakan
undang-undang terhadap Mujahid dan pihak yang memanjangkannya isu itu.


“Pihak Iksim ingin mengingatkan semua pihak bahawa kenyataan dan
dakwaan yang telah dibuat berdasarkan laporan audit separuh masak oleh
YB Mujahid Yusof Rawa di luar parlimen sebentar tadi (semalam) tidak
diberikan imuniti (parlimen).


“Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang,” katanya.


Iksim ditubuhkan hasil kesepakatan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam
(MKI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MAIWP dan Majlis agama
Islam negeri-negeri, serta perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.


Penubuhan IKSIM, yang diperbadankan secara rasmi pada 9 Disember
2014, adalah cetusan idea bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Ia ditubuhkan untuk menjadi institut pemikiran yang bebas khususnya
untuk memelihara kedaulatan raja-raja Melayu serta kedaulatan Islam
sebagai agama persekutuan.


Menurut laman webnya, Datuk Razali Shahabudin bertindak sebagai pengerusi majlisnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...