Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 5, 2018

PEMILIHAN PARTI PKR 2018. CALON-CALONNYA ADALAH ....?

Anwar presiden baru PKR, Azmin dicabar Rafizi: Tempoh pencalonan untuk pemilihan parti ditutup pada jam 5 petang ini.



Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Datuk Seri Azmin Ali hari ini secara rasmi bakal berdepan cabaran
Rafizi Ramli bagi jawatan timbalan presiden PKR selepas tempoh
pencalonan ditutup sebentar tadi.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara tidak rasmi menjadi presiden PKR
apabila tiada sesiapa mencalonkan diri bagi jawatan tertinggi tersebut.
Jawatan itu sebelum ini diisi isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail.


Borang pencalonan Azmin untuk mempertahankan jawatannya itu
diserahkan anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman
Idham. Pencalonan Azmin disokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.


Untuk rekod Muhammad Hilman ialah calon timbalan ketua Pemuda PKR.


"Kira-kira jam 4.45 petang ini saya menyerahkan borang pencalonan
bagi pihak Datuk Seri Azmin untuk beliau mempertahankan jawatannya dalam
pemilihan parti kali ini," kata Amirudin kepada media.


Sementara itu bagi persaingan jawatan naib presiden, pemilihan kali
ini mencatatkan jumlah melebihi 10 orang dicalonkan bagi mengisi empat
tempat yang dipilih melalui undian.


Mereka ialah:


  1. William Leong (MP Selayang)
  2. Datuk Johari Abdul (MP Sungai Petani),
  3. S Kesavan (MP Sungai Siput)
  4. Nurul Izzah Anwar (MP Permatang Pauh)
  5. Dr Xavier Jeyakumar (MP Kuala Langat)
  6. Zuraida Kamaruddin (MP Ampang)
  7. Shamsul Iskandar Mohd Akin (MP Hang Tuah Jaya)
  8. Tian Chua (bekas MP Batu)
  9. Azan Ismail (bekas ADUN Bandar, Terengganu)
  10. Michael Tamil
  11. Datuk Dr G Balasubramaniam
  12. Vasantha Kumar
Sementara itu Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Ismail
Yusof berkata nama Anwar belum boleh disahkan sebagai presiden secara
rasmi kerana badan itu mempunyai prosedur tertentu,


Katanya semua nama yang dicalonkan perlu melalui proses pengesahan oleh JPP.


"Mengikut peraturan kami akan pamerkan semua nama calon yang layak bertanding pada 8 Ogos ini.


"Setelah itu ada tempoh untuk bantahan selama tiga hari, diikuti dengan tempoh rayuan selama tiga hari juga.


"Proses cabutan untuk nombor undian masing-masing pula akan dilakukan pada 19 Ogos," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...