Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, August 10, 2018

Dashyat banyak sungguh duit UMNO, di rumah DS Najib RM114 juta , di Pejabat DS Najib RM3.5 juta... Duit sape ni? Adakah duit rakyat atau adakah duit keluarga DS Najib atau adakah duit kroni2 UMNO...

Bekas PM: Duit RM3.5j di PMO itu Umno yang punya: Najib juga menggesa pihak berkuasa memulangkan semula semua wang yang dirampas sebelum ini kerana Umno mempunyai banyak komitmen yang perlu dilunaskan.

Bekas PM: Duit RM3.5j di PMO itu Umno yang punya

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Datuk Seri Najib Razak mendakwa wang bernilai RM3.5 juta didakwa
diambil sekumpulan pengawal keselamatan di Pejabat Perdana Menteri (PMO)
pada malam pilihan raya umum (PRU) lalu adalah milik Umno.


Kata bekas presiden Umno itu beliau seakan tidak dapat mempercayai
bahawa suspek terbabit tergamak mengambil wang berkenaan selepas mereka
diamanahkan menjaganya.


"Saya juga membaca laporan-laporan berita bahawa pihak berkuasa
mengakui wang RM3.5 juta itu ialah dana PRU Umno yang berada di bekas
pejabat saya serta di luar bilik yang selamat di PMO.


"Kalau pihak berkuasa tahu itu adalah dana Umno, maka mereka juga
tentu tahu bahawa RM114 juga yang disita polis di apartmen dulu datan
dari bilik selamat dibina Dr Mahathir (Mohamad) di PMO juga," katanya
dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


Najib yang sudah melepaskan jawatannya dalam Umno kecuali sebagai
ketua bahagian Pekan menambah wang tunai yang dirampas itu dipindahkan
secara tergesa-gesa dari PMO ke apartmen terbabit sehari selepas PRU
sebelum akhirnya diserahkan kepada presiden baru Umno.


Najib memberikan kenyataan itu sebagai reaksi beliau kepada laporan Malaysiakini semalan yang memetik sumber mengenai penangkapan 17 pengawal keselamatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Dalam laporan eksklusif itu Malaysiakini mendedahkan, pengawal keselamatan terbabit ditugaskan mengawasi bangunan utama menempatkan PMO di Putrajaya.


Bagaimanapun mereka disyaki melarikan wang berkenaan selepas mengetahui BN kalah.


Suspek yang berusia antara 31 dan 51 tahun kini ditahan reman oleh
SPRM. Agensi antirasuah itu juga merampas lebih RM800,000 daripada
mereka.





Sementara itu dalam kenyataan sama Najib menggesa pihak berkuasa memberikan perbicaraan yang adil ke atas suspek terbabit.


Tidak ketinggalan Najib meminta supaya pihak berkuasa memulangkan
semula dana bernilai RM3.5 juta bersama RM114 juta terdahulu kepada
Umno.


"Ada banyak bil dan komitmen yang perlu yang dilakukan ke atas 222
kerusi parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri semasa PRU ke-14
lalu yang perlu dilunaskan.


"Memandangkan saya tidak lagi mempunyai akses kepada beberapa pejabat
saya, saya tidak pasti mengapa RM3.5 juta itu tidak disimpan dalam peti
besi bersama dana lain, tetapi saya percaya ia mungkin sumbangan untuk
kempen yang lewat dihantar," katanya.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...