Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, August 7, 2018

Hujahan penafian penipuan DS Najib tentang IRI. Ruapa2nya BN pun ada kerjasama dengan IRI. Nak buat isu biarlah yang jujur dan telus.

Kumpulan Republikan: Dengan BN pun kami kerjasama:

 IRI menafikan ia bekerjasama dengan gabungan parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •  
  •  
   
Institut Republikan Antarabangsa (IRI) yang berpangkalan di
Washington mengakui ia turut bekerjasama dengan parti-parti politik
Malaysia merentasi spektrum siasah yang melibatkan BN dan Pakatan
Harapan.


Merujuk beberapa laporan media,
semalam, IRI berkata ia tidak bekerjasama dengan gabungan parti
pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN sebelum pilihan raya pada 9
Mei.


"IRI adalah organisasi bukan partisan yang bekerjasama dengan
rakan-rakan di Malaysia sejak tahun 2002 untuk mengukuhkan keupayaan
parti politik bersaing dalam pilihan raya dan mematuhi amalan tadbir
berorientasikan rakyat.


"IRI membekalkan sokongan bukan partisan kepada parti-parti yang
meliputi seluruh spektrum politik dalam bentuk bengkel latihan dan
rundingan dengan gabungan parti-parti HARAPAN dan BN.


"IRI tidak memberi bantuan kewangan kepada parti-parti politik di Malaysia," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.


Menurut kumpulan itu, kerjanya termasuk inisiatif yang direka untuk
meningkatkan penyertaan belia dalam bidang politik dan mengukuhkan
keupayaan organisasi masyarakat sivil Malaysia.


"Melalui kerja ini, IRI membantu rakyat Malaysia memastikan wakil
rakyat yang terpilih itu bertanggungjawab dan mereka boleh menyampaikan
sebarang kebimbangan terhadap kerajaan," kata kumpulan itu.


Presiden IRI, Daniel Twining dalam satu forum di Washington pada 11
Julai berkata pertubuhannya telah berusaha untuk "mengukuhkan" parti
pembangkang di Malaysia, tetapi tidak memberikan butiran.


Twining juga mendakwa beliau telah melawat Malaysia selepas
pertukaran kerajaan dan meluangkan masa dalam "pejabat perdana menteri".


Twining bagaimanapun berkata IRI tidak menyumbang dalam perubahan di
Malaysia tetapi sebaliknya perubahaan itu adalah reaksi kepada korupsi,
nepotisme dan kronisme.


IRI diasaskan sebagai salah satu daripada empat pertubuhan
prodemokrasi yang didanai National Endowment for Democracy (NED). NED
pula didanai Kongres AS.


Beberapa tahun mutakhir, IRI dituduh melatih pembangkang dan pemimpin
rampasan kuasa antaranya di Honduras, Haiti, Cuba, Mesir dan Tunisia.


Isu IRI ini timbul di tengah-tengah kontroversi surat CIA, yang mana kerajaan sebelum ini didakwa meminta pertolongan luar.


[Baca berita penuh] 



Najib: Kerjasama dengan IRI lebih teruk dari surat CIA

Kow Gah Chie  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa satu siasatan
diadakan terhadap hubungan antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan
pertubuhan berpangkalan di Washington, International Republican
Institute (IRI).


Beliau menyifatkan kerjasama antara HARAPAN dan IRI adalah lebih
teruk berbanding surat yang dihantar ke CIA, yang menyebabkan sesetengah
pihak menuduh pentadbirannya dulu melakukan khianat.


"Jika anda tuduh (bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar
Malaysia) Datuk Hasanah Abdul Hamid sebagai mengkhianat, ini jauh lebih
teruk kerana merupakan campur tangan secara langsung dalam proses
pilihan raya kita.


"Amerika Syarikat sendiri melantik penyiasat bebas untu menyiasat
sama ada campur tangan Rusia dalam pilihan raya mereka memang berlaku.


"Dan ada pengakuan terbuka bahawa mereka (IRI) telah bekrja sejak
2012 untuk mengubah kerajaan (di Malaysia)," katanya kepada pemberita di
Parlimen, hari ini.


Hari ini, IRI menafikan dakwaan ia bekerjasama dengan HARAPAN untuk menumbangkan BN pada PRU 9 Mei lalu.


IRI juga berkata pihaknya berkerjasama dengan BN


Dalam satu forum pada Julai lalu, presidennya Daniel Twining berkata
pertubuhannya berusaha untuk "mengkuhkan" parti pembangkang di Malaysia
teta[pi tidak menjelaskannya secara terperinci.


Twining juga mendakwa ada berjumpa pemimpin kanan HARAPAN selepas kejatuhan BN di "pejabat perdana menteri".


[Baca berita asal]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...