Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, August 7, 2018

NFCorp masih berhutang hampir RM249j @ Tindakan undang-undang pernah dipertimbangkan pada 2016 tapi ditangguhkan atas arahan menteri UMNO/BN


 

RAFIZI RAMLI-PJ:HILANG 250 JUTA.SHARIZAT (NFC) BELUM BAYAR BALIK WALAU 1 SEN

NFCorp masih berhutang hampir RM249j:

PARLIMEN | Tindakan undang-undang pernah dipertimbangkan pada 2016 tapi ditangguhkan atas arahan menteri ketika itu.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 


PARLIMEN | Syarikat National
Feedlot Corp Sdn Bhd (NFCorp) masih menanggung hutang sebanyak RM248.9
juta kepada kerajaan dan daripada jumlah itu RM4.3 juta adalah faedah
atas kelewatan pembayaran.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu hutang pokok yang belum
dibayar ialah RM224.8 juta manakala faedah daripada jumlah itu sebanyak
RM19.8 juta.

"Kerajaan telah menandatangani perjanjian pinjaman dengan NFCorp
berjumlah RM250 juta pada 6 Dis 2007 bagi membiayai penubuhan dan
operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Daripada jumlah itu sebanyak RM35.5 juta telah diterima oleh
kerajaan bagi bayaran balik sebahagian daripada penjaman berkenaan,"
katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Lim berkata demikian bagi menjawab soalan Akmal Nasir (HARAPAN-Johor
Bahru) yang bertanya mengenai usaha diambil kerajaan untuk mendapatkan
kembali dana yang disalah guna dalam skandal NFC.

Akmal juga mahu kerajaan menjelaskan sama ada kerajaan akan mengambil
tindakan undang-undang ke atas pihak yang terbabit dalam skandal
tersebut.

Kata Lim kerajaan ada mengambil tindakan bagi mendapatkan semula dana yang dipinjamkan kepada NFCorp.

Antaranya kata Lim, pada 14 Mac 2012 Polis Diraja Malaysia
mengeluarkan perintah penyitaan bagi merampas pelbagai aset dan tunai
milik NFCorp dan syarikat yang ada kaitan dengannya.

Kata Lim tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Menurutnya pada 2015 dan 2016 pelaksanaan tindakan undang-undang ke
atas NFC dipertimbangkan namun tindakan tersebut ditangguhkan atas
arahan menteri kewangan kedua pada masa berkenaan.

"Kerajaan sedang berusaha ke arah melaksanakan tindakan undang-undang ke atas NFC," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...