Detik kapal layar mewah RM1 bilion Jho Low tiba di Port Klang
Published on Aug 6, 2018
Kapal layar mewah Equanimity yang
dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low tiba di
Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sebentar tadi. Malaysiakini
difahamkan pasukan khas dari Pejabat Peguam Negara kemudiannya akan melakukan
pemeriksaan. Kapal bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dari wang yang
diselewengkan dari dana 1MDB tersebut berlepas dari perairan Batam, Indonesia
pada jam 4.45 petang semalam. Menurut sumber keselamatan, selepas pasukan khas
itu selesai melakukan pemeriksaan, mesyuarat akan diadakan di antara semua
jabatan pihak berkuasa yang ditugaskan menyiasat skandal 1MDB. Buat ketika ini,
pihak media juga tidak benarkan berada berdekatan kapal berkenaan dan hanya
dibenarkan merakamkan gambar atau video dari jarak jauh. Kapal itu sebelum ini
ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan siasatan Jabatan Keadilan (DoJ)
Amerika Syarikat.

Category
No comments:
Post a Comment