Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, February 16, 2013

Zulkifli Nordin Balun Kenyataan Nurul Izzah Berkenaan Dengan Kebebasan Beragama

Salam buat semua...

Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru telah diadakan satu forum bertajuk "Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan" bagi mengupas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama seharusnya dilaksanakan secara sama rata termasuk merangkumi orang Melayu.

Forum ini dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) PERKASA dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan manakala Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah pula bertindak sebagai moderator.


Antara ahli panel yang hadir ialah sahabat kepada Anwar Ibrahim iaitu Dr Yusri Mohamad dan Presiden MUAFAKAT, Ustaz Ismail Mina.

Turut hadir sama ialah bekas pemimpin PAS, Zulkifli Noordin dan bekas Naib Presiden PAS yang kini adalah Presiden JATI iaitu Dr Hasan Ali

Kira-kira 300 orang memenuhi Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi, malah wakil dari portal pembangkang serta beberapa orang bloggers pro kerajaan juga kelihatan.

Jelas kelihatan hadirin tetap bersemangat mengikuti percambahan minda walaupun ada antaranya yang kesejukan kerana sebelumnya ditimpa hujan rintik-rintik selepas meletakkan kenderaan masing-masing sebelum ke dewan tersebut.

Pada 3 November lepas, Nurul Izzah yang juga adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mewakili PKR dalam satu forum anjuran OHSMi di sebuah gereja di USJ telah membuat kenyataan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhad pada orang bukan Melayu sahaja.


Maksudnya ia perlu dilaksanakan secara sama rata dan adil dengan turut memberikan hak bebas beragama meliputi sekali orang Melayu Islam.

Ustaz Ismail Mina yang diketahui rapat serta pernah berjuang bersama-sama Anwar ketika mengasaskan ABIM tegas menyatakan bahawa, "tiada kebebasan beragama di dalam kamus Islam. Jika pendirian sedemikian wujud ia memberi kesan ke arah murtad.

"Kumpulan ini jangan diberi peluang ke Putrajaya. Mereka hanya jual agama dan pemikiran ini di bawa aktivis politik yang jadi kontroversi."

Mengulas kenyataan berbahaya anak perempuan Ketua Umum PKR itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin pula menjelaskan kedudukan orang Melayu dari segi Perlembagaan Negara adalah wajib beragama Islam.

Menurutnya, dalam Artikel 160 (2) telah mentakrifkan "Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu".

Beliau juga turut mengupas kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara melibatkan Artikel 3 (1) di mana Islam adalah agama Persekutuan, bagi menepis tanggapan yang dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pemimpin DAP, Lim Kit Siang sebelum ini yang mahu Malaysia dianggap sebagai negara sekular.

Manakala dari segi hak perlindungan umat Islam dari anasir dan dakyah agama lain pula jelas tertulis dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan negara.

Berhubung ancaman Nurul Izzah yang mahu menyaman akhbar Utusan Malaysia berikutan isu kebebasan agama yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Zulkifli secara terbuka mengumumkan kesediaannya untuk membela kebenaran yang dibawa oleh Utusan Malaysia.

"Saya nak umumkan pada Utusan Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk pertahankan Utusan Malaysia."

Pengumuman itu disambut dengan laungan sokongan dari hadirin dan dewan hiruk piruk seketika.

Sebelumnya, bekas Presiden ABIM yang ke-6, Dr Yusri Mohamad mengakui salah satu faktor kerenggangan hubungannya dengan Anwar bermula dari kes murtad Azlina Jailani ataupun Lina Joy.

Katanya, dalam satu wawancara dengan sebuah media asing, Anwar telah menyatakan adalah merupakan hak Lina Joy untuk murtad.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali pula mengecam pemimpin PAS, Mujahid Yusof Rawa yang mewakili PAS yang turut bersama Nurul Izzah menyertai forum yang diadakan di gereja itu.

"Pemimpin PAS kaku, bisu, beku bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Siapa sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS. Beliau seorang doktor berpelajaran tinggi, pemimpin PAS pusat, hebat.

"Tapi akhirnya dia antara manusia yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah. Atas nama kekuasaan tadi, kehadirannya sendiri meragukan kita."

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Siti Zabedah Kasim telah menyuarakan kekecewaannya apabila Nurul Izzah tiba-tiba berubah sikap dan tidak mempertahankan kenyataannya sendiri bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu

Siti yang juga adalah ahli Majlis Peguam merupakan individu yang bertanyakan soalan berkenaan kepada Nurul Izzah berkenaan samada kebebasan agama perlu juga merangkumi orang Melayu ketika forum tersebut diadakan di di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...