Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, February 16, 2013

NASIHAT DARI SEORANG ULAMA MEKAH , AGAR UMNO DAN PAS BERSATU DEMI KEKUATAN AQIDAH ISLAM

Ulama Melayu Mekah Nasihatkan UMNO dan PAS Bersatu

Sheikh Hassan Toyyib al-Makki merupakan antara orang Melayu yang duduk paling lama di Makkah, bahkan beliau juga telah diberikan kerakyatan sebagai penduduk Makkah. Antara guru beliau, termasuk Sheikh Hassan Masyat, Sheikh Yasin al-Fadani, dan ramai lagi masyayikh yang beliau mengambil istifadah bahkan beliau antara pengiring jenazah para masyayikh ketika kebanyakkan penuntut Melayu sudah pulang ke Tanah Melayu.

 Antara nasihat beliau lagi, termasuklah di dalam hal politik yang berlaku di dalam negara kita ini. Beliau berkata kepada kami bahawa pentingnya umat Islam baik dari UMNO ataupun PAS bersatu, dengan wajah yang serius, beliau berkata, "Kalau dua-dua parti ini tidak bersatu, nanti lihatlah kedua-duanya akan binasa. Tapi, semua ini adalah sebab permainan musuh Islam yang nak lihat umat Islam berpecah". Beliau juga menyatakan kekecewaan beliau, "Sepatutnya ijtima' baru-baru ni(Ijtima' 'Ulama Turath), dijadikan tempat untuk menyatukan antara dua parti itu, bukan ijtima' itu hanya untuk PAS". Banyak lagi keluhan dan pendapat yang beliau lontarkan sepanjang perbualan kami

Sumber :http://simusafirilahi.blogspot.com/2012/01/ziarah-permata-kedah-yang-penuh-barakah.html

Komentar KP : Nasihat daripada ulama Rabbani dan waliyullah seperti Sheikh Hassan Toyyib Al Makki sepatutnya direnungkan baik daripada pimpinan UMNO dan PAS kerana bencana kebinasaan seperti yang disebutkan beliau kini pun sudah nampak ketara berlakunya dalam umat Melayu Islam yang berpecah belah sesama sendiri.Kalam-kalam ulama Rabbani seperti beliau sepatutnya diambil sebagai pengajaran berguna agar musuh Islam tidak mudah memecah belahkan umat Islam di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...