Juak PAS Di Kelantan Mula Kancing GIGI !!!! SEMANGAT juang Warisan Tok Janggut Mula Membara ....
Nampaknya rakyat di Kelantan juga kini sudah berani bangun menyatakan
kekesalan mereka dengan kegagalan pentadbiran kerajaan PAS yang selama
ini lebih banyak menipu dari bekerja untuk rakyat.
Malah dikhabarkan sudah ada yang terkancing gigi apabila melihat
gelombang merah di Kelantan hari demi hari semakin besar.Yang pasti
gelombang merah tidak lagi rela diri mereka menjadi mangsa kepada
kerakusan pemimpin PAS yang lebih banyak berpolitik dari melaksanakan
amanah membantu rakyat.
KRoNoLoGi PeNeNTaNGaN ToK JaNGGuT
Tok
Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan telah dilahirkan di
Kampung Saring daerah Jeram di Kelantan. Tok Janggut dilahirkan pada
tahun 1953. Tok Janggut mendapat penddikan pondok di Kelantan dan Mekah.
Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada menyebabkan gelaran Tok
Janggut melekat pada dirinya. Tok Janggut mahir dalam ilmu persilatan.
Beliau yang menetap di Kampung Nering, bekerja sebagai petani &
peniaga.
Faktor Faktor Penentangan Tok Janggut :
1) Peraturan Tanah
2) Pengenalan cukai yang membebankan
3) Perasaan Anti-British
4) Pembayaran cukai yang menyusahkan
Faktor Faktor Penentangan Tok Janggut :
1) Peraturan Tanah
2) Pengenalan cukai yang membebankan
3) Perasaan Anti-British
4) Pembayaran cukai yang menyusahkan
Notis
yang dikeluarkan oleh pejabat Balai Besar pada 23 Mei 1915 yang
menawarkan hadiah kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Tok
Janggut dan pengikut-pengikutnya samada dalam keadaan hidup atau
sebaliknya
Penasihat British, W.L. Carter menerima berita Tok Janggut bersama 2000 hingga 3000 orang pengikutnya merancang untuk menyerang Kota Bharu. British menghantar bantuan tentera dari Singapura dan pasukan tambahan "Malay States Guide"
28 April 1915
Encik Abdul Latif, Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai. Perbalahan telah berlaku, Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut.
29 April 1915
Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan serangan ke Pasir Puteh. Mereka menduduki Pasir Puteh selama tiga hari dan mengishtiharkan Pasir Puteh bebas dari cengkaman British. Ungku Besar Jeram, Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.
9 Mei 1915
British menawarkan 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.
23 Mei 1915
British membakar rumah Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya kerana enggan menyerah diri. Susulan itu, Tok Janggut menyerang Pasir Puteh
24 Mei 1915
British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Dalam pertempuran tersebut, Tok Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu, kemudian digantung di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam. Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.
Tok Janggut digantung di padang balai besar.
Tok Janggut dan rakan rakan seperjuangannya terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah barat. Meskipun kebangkitan mereka dipatahkan oleh British pada tahun 1915, tetapi semangat juang mereka menjadi sejarah kebanggaan kita. Mereka inilah pejuang kemerdekaan tanahair yang sebenar. Sanggup berkorban nyawa membebaskan tanahair dari penjajahan bukannya pejuang yang meneguk bergelas-gelas arak bersama penjajah British sewaktu perjanjian kemerdekaan. Sungguh sejarah kemerdekaan negara terlampau banyak fakta yang telah digelapkan demi menunjukkan bahawa hanya sekelompok bersongkok tukang masak sahaja yang kononnya berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Bagaimana dengan yang lain?? Sendiri mau ingat, Wassalam...
Sumber : http://kelate-aa.blogspot.com/2012/07/tok-janggut.html
p/s : Siapakah yang menganggotai pasukan 'Malay State Guard' yang turut serta berperang bagi pihak British untuk melawan orang Islam/Melayu sendiri kalau bukan orang melayu sendiri??
No comments:
Post a Comment