Timbalan Mursyidul Am Pas Di Maki Pertahankan Kalimah Allah
Timbalan
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan
tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah
perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di
Semenanjung.
Ini merupakan
penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS
mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari
lalu.
Dr.Haron Din (Timbalan Murshidul Am PAS) mengemukakan pandangan beliau
berkenaan isu penggunaan kalimah Allah. Ikuti pandangan beliau.
Dalam
ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata
beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu
bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat
Islam mempertahankan kalimah Allah.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada
konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah
asalkan ia tidak disalahgunakan.
Pengumuman
tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan
veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama
yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.
"Ada kesannya
kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas
sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh
terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?"
Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua
datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan
setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang
selama-lamanya. Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam
Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.
Beliau
mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang
hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata."Kalau kita benar dan
kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu
disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk
menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir
hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau.
No comments:
Post a Comment