"Hadi Awang, Nik Aziz, Tak Guna!!!" - Anwar Ibrahim ????
Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa
hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!,
Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang
dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR
ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota
Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.
Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah
Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook
dan juga YouTube.
PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat
Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih
daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan
meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh
dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota
Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di
Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.
Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu
kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk
menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian.
Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering
mengkritik perbuatan beliau.
Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang,
memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai
sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk
Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan
mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.
Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam
dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah
lebih 'Islam' berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.
Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka
tidak akan bermain politik - memecah-belah umat Islam dan membantu
musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka,
Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau. Dan yang
penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang
individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.
Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz
terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan
berkata bahawa video ini telah di-edit.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.
Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap
pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin
PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh
katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan
dengan Islam, mereka tidak kisah. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika
mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka
tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"
Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru?
No comments:
Post a Comment