*Wacana Perdana* [UAI 35]
Anugerah Hasil Keajaiban Al-Quran
Panel: Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Haslin Baharin
Moderator: Imam Muda Khairul Azhar Ghazali
Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
02 Februari 2013
Anugerah Hasil Keajaiban Al-Quran
Panel: Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Haslin Baharin
Moderator: Imam Muda Khairul Azhar Ghazali
Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
02 Februari 2013
Azhar Idrus Makin Munafik
DARI
awal lagi memang penulis tidak berkenan dengan Azhar Idrus ini. Ini
bukan pendirian yang dibuat-buat tapi berdasarkan pemerhatian dan banyak
maklumat dalaman yang tidak enak mengenai penceramah bebas ini.
Walaupun dia sering di lihat di dalam
program-program Pakatan Rakyat tapi sebetulnya, Azhar Idrus lebih banyak
terlibat dengan program-program dakwah yang dianjurkan UMNO, melalui
proksi-proksi mereka tanpa disedari sesiapa.
Sebab itu jangan terkejut kalau Azhari
Idrus diberi liputan media arus perdana setiap kali terlibat dalam
program dakwah yang dianjurkan proksi UMNO sejak kebelakangan ini.
Terbaru
bila Azhar Idrus menjadi tumpuan pemberitaan dalam jentera propaganda
nombor satu BN, TV3 berikutan kejayaan program Wacana Al-Quran di
Kuantan yang dihadiri lebih 100,000 orang.
Dari segi sejarahnya, amat jarang atau
tidak pernah sama sekali individu yang mempunyai kaitan dengan
pembangkang di negara ini mendapat liputan agensi media milik UMNO
seperti TV3, Utusan dan sebagainya.
Tapi dalam kes ini semacam ada pengecualian.
Sebelum ini pun, Astro memberikan Azhar Idrus satu slot khas yang dipanggil Kemah Keming di saluran Oasis. Astro juga khabarnya dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh UMNO melalui proksi-proksi mereka.
Apakah puncanya, kenapa sekarang?
Adakah kerana Azhar Idrus mampu menarik puluhan ribu orang hadir
mendengar ceramahnya?
Kalau itulah alasannya, sepatutnya TV3 sudah
memberi liputan kepada Azhar Idrus sejak dulu lagi, bukan sekarang.
Selain
itu, tindakan kerajaan UMNO Pahang membenarkan Azhar Idrus menggunakan
Stadium Darul Makmur sebagai lokasi ceramah juga menimbulkan pertanyaan.
Bukan rahsia UMNO sering menghalang Azhar Idrus dari menggunakan
stadium atau venue yang mempunyai kaitan dengan kerajaan pimpinan
mereka.
Semua tentu masih ingat bagaimana pada tahun lepas, Azhar Idrus dihalang dari menggunakan Putrajaya International Convention Center (PICC)
walaupun segala persiapan ceramah agamanya telah dibuat. Tapi sekarang
mudah sahaja Azhar Idrus dibenar untuk menggunakan Stadium Darul
Makmur?
Apa muslihatnya?
Jangan lupa, syarikat yang menganjurkan
program di Stadium Darul Makmur itu, Anugerah Group of Companies
mempunyai hubungan yang kuat dengan UMNO. Buktinya, syarikat tersebut
telah beberapa kali mengadakan majlis yang sama dengan penglibatan
syarikat milik UMNO, Utusan Melayu Berhad!!
Sebab itu dalam wawancara dengan TV3 kemudiannya, Azhar Idrus dengan jelas mengakui akan menyokong kerajaan mana sekalipun yang mengadakan aktiviti (wacana Al-Quran) untuk orang muda, penulis ulang kerajaan mana sekalipun!!
Kali terakhir Anugerah Group mengadakan Wacana Al-Quran dengan kerjasama Utusan ialah pada November tahun lepas di Shah Alam. Ini
pelik, sebab Azhar Idrus tidak hadir ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat
bulan lepas (di padang Kelab Sultan Sulaiman), tapi boleh pula
menyertai majlis yang ada unsur-unsur UMNO di dalamnya?
Lanjutan dari siasatan yang penulis
jalankan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, terutama dari PAS memang
menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Azhar Idrus sekarang. Apa
yang tidak kena itu penulis akan jelaskan kemudian, tapi khabarnya PAS
tahu dengan siapa Azhar Idrus berjumpa dan berbincang beberapa minggu
kebelakangan ini.
Penulis
juga mendapat tahu Azhar Idrus pernah berkhidmat dengan Utusan
Publication sebagai pekerja di bahagian kilang percetakan syarikat
tersebut tapi meletakkan jawatan untuk mendalami ilmu dalam pengajian
Islam.
Adakah maklumat ini benar?
Dan satu soalan lagi, bolehkah Azhar Idrus jelaskan apakah program besar melibatkan Azhar Idrus dengan UMNO minggu depan?
Nantikan pendedahan lebih banyak laman
ini mengenai siapa Azhar Idrus yang sebenarnya. Kami akan menunjukkan
kepada rakyat bahawa Azhar Idrus sememangnya tidak boleh dibuat kawan
dan Pakatan Rakyat (terutama PAS) hanya menjadi mangsa penipuan Azhar
Idrus.
No comments:
Post a Comment