Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 15, 2013

Bekas S/U Dewan Ulama PAS ,Wan Ismail Wan Ahmad setuju HARAM UNDI PAS !!!

Bekas S/U Dewan Ulama PAS Setuju HARAM UNDI PAS !!!

February 15, 2013   ·   0 Comments
285636_10151268201052592_630751605_n
KOTA BHARU : “Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram.”
 
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
 
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.
 
“Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
“Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram.
 
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.
 
Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.
 
Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.
 
“Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran,” katanya
 
http://gerakantimur.blogspot.com/2013/02/bekas-su-dewan-ulama-pas-setuju-haram.html

1 comment:

  1. pas memang semakin jauh tersasar.. kerana politik, undi dan kuasa pas sanggup buang/gadaikan perjuangan...

    agama/akidah/bangsa dan negara bukan jadi keutamaan buat pas sekarang ini tapi lebih penting buat pas undi dan putrajaya sehingga sanggup semuanya digadaikan sehingga kalimah Allah pun sanggup dihalalkan utk puak2 kafir.. sejak bersahabat dgn dap dan pkr pas semakin rosak dan hancorr...

    demi agama, bangsa dan negara pru ini pastu utk BN/UMNO

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...