#PRU13: Pengundi Tidak Lagi Guna Pensel Tanda Kertas Undi
PETALING JAYA: Untuk pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Malaysia, pengundi akan menggunakan pen mata bulat (ballpoint) dan bukannya pensel untuk menandakan kertas undi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memperbaiki proses pilihan raya dan menghapuskan keraguan yang tidak diperlukan.
“Pengkritik pada masa lalu mendakwa bahawa tanda pensel boleh dipadam.
“Sekarang kita akan menggunakan pen, tiada siapa yang boleh membuat tuduhan liar lagi,” katanya.
Wan Ahmad berkata, terdapat 25,000 aliran undian, dengan masing-masing dua peti undi di mana pen akan disediakan.
SPR telah membeli kira-kira 50,000 pen tambahan dalam sesetengah kes sekiranya pen kehabisan dakwat atau rosak.
Langkah-langkah lain yang diambil untuk memperbaiki proses pilihan raya termasuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda, memberikan peluang pengamal media yang untuk melakukan undi pos, membolehkan individu kurang upaya untuk disertai oleh orang yang dipercayai mereka untuk membuang undi mereka dan tidak membenarkan calon-calon untuk menarik diri.
Perubahan-perubahan lain termasuk membenarkan polis, tentera dan pasangan mereka untuk mengundi lebih awal, meningkatkan masa paparan daftar pemilih tambahan dari tujuh hingga 14 hari dan membenarkan ejen calon kepada akses untuk memantau tempat mengundi.
SPR telah melantik 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkhidmat sebagai pemerhati semasa pilihan raya.
SPR juga membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi pos selagi mereka didaftarkan sebagai pengundi dan telah berada di Malaysia selama tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen.
Pengecualian dibuat bagi mereka yang tinggal di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan kakitangan kerajaan serta pasangan mereka yang berada di luar negara dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi pos.
Langkah-Langkah Baru SPR:
1. Pen mata bulat (ballpoint) untuk mengundi.
2. Penggunaan dakwat kekal.
3. Undian awal untuk tentera, polis serta pasangan mereka.
4. Undi pos untuk media dan rakyat Malaysia di luar negara.
5. Parti yang bertanding diberi akses kepada media awam.
6. Melantik NGO sebagai pemerhati.
7. Pengurusan khas untuk memastikan ejen calon tiada halangan untuk melihat pengundi memasuki kawasan pengundian.
8. Pihak ketiga yang dipercayai dibenarkan menemani individu kurang upaya.
9. Tiada bantahan dibenarkan semasa hari pencalonan.
10.Tiada penarikan diri selepas mengesahkan pencalonan.
11.Tempoh kempen selama 11 hari.
12.Meningkatkan tempoh memaparkan pemilihan dari tujuh kepada 14 hari.
13.Proses pilihan raya yang telus secara berterusan.
14.Menyediakan maklumat terkini menerusi laman web khas di www.pru13. gov.my.
15.Tiada khemah disediakan untuk para penyokong parti pada hari pencalonan.
No comments:
Post a Comment