ANWAR LEMBIK LUTUT DAN JATUH TERDUDUK SEBAIK-BAIK PIJAK BUMI PENGKALAN PEGOH!!!
Isyarat sudah pun diberikan. Petunjuk sudah pun ketara dan nyata. Namun kalau dah jenis perut hijau, segala petunjuk dan isyarat pun tak dihiraukan. Bahkan dilanggar sesuka hati kononnya untuk menunjuk-nunjuk yang dia tu hebat, dia kuat dan dia gagah perkasa.
Batu yang keras pun, berlekuk dek titisan air. Besi yang pejal pun, berkarat dan reput dek lembapan. Cuma hati manusia sahaja, kalau dah jenis terhijab, hanya Allah Taala sahaja yang mampu membuka tabir dan hijab itu.
Itulah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim malam tadi. Bumi Pengkalan Pegoh ternyata tidak menerimanya. Sebaik-baik sahaja dia turun daripada kenderaannya dan menjejakkan kaki ke tanah Pengkalan Pegoh, dia terus tergolek dog bagaikan nangka busuk yang penuh ulat dan isinya langsung tidak boleh dimakan.
Kalaulah bukan kerana enam orang pengiring peribadinya, sudah pasti Anwar Ibrahim akan menjulur di atas tanah dengan lidah panjang menjilat lumpur bagaikan anjing patah keempat-empat kakinya. Enam orang pengiringnya itulah yang kemudian mengangkat dan membawanya ke pentas ceramah yang terletak di hadapan Markas PAS Kampung Pengkalan Pegoh. (RUJUK SUNGAI RAPAT ONLINE)
No comments:
Post a Comment