NERAKA BALASAN JIKA UNDI PAS????
Salam buat semua...
Gempar hari ini.... tersentak bila membaca artikel yang
dikeluarkan oleh sebuah Akhbar arus perdana dengan tajuk "ULAMA KELANTAN ISYTIHAR HARAM UNDI PAS PADA PRU13".
Kenyataan yang dibuat oleh Minda
Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanahair (ummati), Ikatan
Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita hari ini mengisytiharkan
bahawa memberi undi kepada PAS dalam PRU 13 ini adalah HARAM.
Mereka menegaskan bahawa perjuangan
menentang PAS adalah JIHAD kerana sokongan Parti itu kepada DAP yang
merupa parti cauvanis yang menolak Islam.
Pengasas Pondok Geting yang merupakan
penasihat kepada Minda Pondok pula menegaskan bahawa PAS perlu ditolak
kerana menyokong ANWAR IBRAHIM yang terang-terangan menyokong penggunaan
Kalimah ALLAH oleh orang bukan ISLAM sekalipun Majlis Syura Ulama PAS
telah menegaskan sebaliknya.
Kenyataan ini adalah sama dengan apa
yang disuarakan oleh Penceramah Datuk Mustapha Taib yang meminta agar
penyokong PAS bartaubat dan kembali kepada ajaran ISLAM sebenar dan
bukan ISLAM Parti.
Katanya ketika berceramah di Kuala
Terengganu sabtu yang lalu, berjuang di dalam PAS tidak mendapat pahala
sedikitpun malah sebaliknya berdosa besar. Ini kerana dalam konteks
Malaysia, PAS bukan Jemaah Islamiah yang sebenar. Walaupun PAS
menganggap bahawa jemaah lain yang ada di Malaysia sebagai Jemaah
Batilah termasuk UMNO, namun hakikatnya Jemaah Islamiah yang sebenar
adalah Jemaah yang bersama dengan pemerintah. Ini bermakna UMNO adalah
Jemaah Islamiah yang sebenar.
Beliau juga menyatakan bahawa
sememangnya di dalam perjalanan dari tertubuhnya UMNO sehingga kini,
pasti ada cacat orang yang memimpin UMNO di sana-sini tetapi Organisasi
UMNO tidak boleh dipersalahkan. Kecacatan itu adalah kecacatan individu
dan bukan cacat suatu jemaah.
Kesimpulannya, jangan kita terus ditipu
oleh mereka yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Ketua Negara,
berkawan pula dengan seorang insan yang begitu marahkan Jemaah UMNO, dia
terlalu berdendam sehingga segala kebaikan dilihat sebagai kejahatan
bercampur pula dengan seorang insan yang sememangnya mahu ISLAM dan
Melayu hancur dibumi Malaysia ini seperti Singapura yang telah dilanggar
todak.
No comments:
Post a Comment