PEMIMPIN BUKANNYA MACAM BOMOH
Ini cakap orang-orang lama. Pemimpin
bukannya macam bomoh. Pemimpin yang hebat jauh bezanya dengan bomoh yang
hebat. Bezanya ialah, pemimpin yang hebat akan hebat pada mata
masyarakatnya dulu, kampungnya dulu, kampung-kampung jirannya dulu,
mukimnya dulu barulah akan hebat pada daerahnya, pada negerinya dan pada
negaranya.
Manakala tok bomoh pula, biasanya
sembunyi-sembunyi dari masyarakatnya dan jiran-jirannya. Tok bomoh
biasanya akan hebat luar dari masyarakatnya malah terkadang orang
sekampungpun tak pernah gunakan khidmatnya sebab tak tahu. Sebabnya, tok
bomoh ni biasanya dia sendiri kurang yakin dengan keupayaannya, itulah
sebab seboleh mungkin mereka akan menolak kalau-kalau ada orang
sekampung yang mintak tolong. Dia sendiri takut nanti dek disebabkan
pengeras seringgit dua, akan jadi buah mulut orang kampung.
Maka berbalik kepada bab pemimpin hebat
ni, aku rasa Mazlan Aliman bukanlah antara calun-calun pemimpin hebat.
Dia lebih layak jadi Tok Bomoh untuk meramal nasib Pakatan, nasib BN dan
nasib saham FGVH sahaja. Untuk jadi pemimpin jauh sekali.
Apa tidaknya, pagi tadi kampung dia,
Felda Bukit Ramun menganjurkan majlis sambutan Maulidurrasul. Penceramah
yang dijemput ialah anak peneroka Felda Bukit Ramun yang dah jadi orang
hebat, iaitu Prof Madya Ismail Musytari dari UTM yang juga merupakan
jiran Mazlan Aliman. Mana Mazlan Aliman? Kelibatnya langsung tak
kelihatan. Ini bukannya program politik. Ini program keagamaan
masyarakat kampung! Nak jadi pemimpin hebat, kena bermula dari kampung.
Nak ambil hati orang kampung, kena le rewang sama-sama.
Rupanya Mazlan ni hanya laksana tok
bomoh aje. Tak sanggup berprogram di laman sendiri, dengan jiran dan
masyarakat sendiri. Sibuk-sibuk orang Felda Bukit Ramun berselawat dan
mendengar ceramah, Mazlan awal-awal pagi dah lari ke Pengerang sambut
Tahun Baru Cina. Cina belum sempat basuh muka dan gosok gigi lagi,
Mazlan dan Anis Afida dah ketuk pintu rumah Cina. He...he...he...Lan,
nak tanya sikit la, Anis Afida tu dah kawin ke lum?
No comments:
Post a Comment