Tiap2 hari aku dengar je cerita pasal PAS ni aku rasa makin menyampah
skrg ni. Depan rakyat beria2 kata PAS memperjuangkan agama ALLAH, tapi
hakikatnya kita lihat la skrg ni, dah makin mcm GAMPANG... paling aku
kesian pada budak2 muda yg BODOH main ikut jer... tapi ALHAMDULILLAH
kerana aku lihat semakin ramai anak muda yg sendiri berkata PAS dh makin
mengarut... ini terbukti dengan pengakuan ahli PAS sendiri pada aku.
Ayat ahli PAS tu yg selalu aku dengar adalah " PAS LEBIH ISLAM DARI
ISLAM" hehe... bukan aku kata... ahli PAS yg kata yer... sampai dia
mintak aku baju BN la skrg ni... nak nampak lagi kemarahan rakyat kita
boleh perhatikan skrg ni dari setiap negeri, ada jer... paling
membangkitkan kemarahan rakyat adalah berkenaan kalimah ALLAH.. di mana
pendirian PAS skrg ni... apa2 pon korang baca la kemarahan rakyat dari
perbagai NGO skrg ni di bawah...
Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mendesak Pas membuat ketetapan berhubung isu kalimah ALLAH.
Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah
berkata, perhimpunan aman di hadapan Pejabat Agung Pas bertujuan meminta
Pas mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan isu kalimah ALLAH tidak
boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam.
Menurutnya, desakan tersebut secara jelas sebagai menghormati dasar perjuangan Pas selama ini.
“Himpunan hari ini (semalam) mewakili suara 120 NGO lain yang berharap
Pas dapat menunjukkan pendirian mereka terutama isu kalimah ALLAH ini.
“Sekarang, masih ramai keliru kerana terdapat percanggahan mengenai sama
ada ia boleh digunakan masyarakat bukan Islam atau tidak berikutan
difahamkan Pakatan Rakyat (PR) membenarkan penggunaan tersebut walaupun
Majlis Syura Ulama Pas kata tidak,” katanya kepada media, semalam.
Beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai solidariti untuk mengetahui keputusan Pas.
Sementara itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata
perkara yang melibatkan sensitiviti agama tidak pernah berlaku sejak
merdeka sehingga ke saat ini.
“Tetapi kebelakangan ini, agama Islam dan Kristian dimainkan oleh
sekumpulan ahli politik hanya untuk mendapatkan undi di kawasan
tertentu,” katanya.
Menurutnya, perkara itu perlu segera dihentikan bagi memastikan rakyat di negara ini dapat hidup aman.
Himpunan itu disertai Persatuan Penyayang Komuniti Wanita Subang Jaya,
Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Angkatan Muda Dakwah
Malaysia, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Persatuan Veteran
Tentera Melayu, Jaringan Cina Malaysia, Pertubuhan Martabat Jalinan
Muhibah Malaysia (MJMM), Persatuan Penyayang Komuniti dan Masyarakat
Subang Jaya dan Suara Anak Muda 1Malaysia.
Di Kedah, lebih 300 anggota Persatuan Penawar 1Malaysia dan jemaah
Masjid Jamek di Sik turut mengadakan protes serupa di hadapan masjid itu
selepas solat Jumaat.
Mereka turut mengoyak poster lambang roket dan membakar gambar Lim.
Pengerusi Penawar 1Malaysia Daerah Sik Ghazali Ahmad, 58, berkata, masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan Islam dan kuasa politik Melayu daripada dirampas pihak yang mahu menghancurkan masa depan bangsa Melayu.
"Saya kesal kerana ada orang Melayu yang bergelar ulama sanggup dijadikan kuda tunggangan selama ini oleh pihak antiIslam dan Melayu," katanya kepada Bernama selepas bantahan aman selama 20 minit itu. - BERNAMA
Mereka turut mengoyak poster lambang roket dan membakar gambar Lim.
Pengerusi Penawar 1Malaysia Daerah Sik Ghazali Ahmad, 58, berkata, masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan Islam dan kuasa politik Melayu daripada dirampas pihak yang mahu menghancurkan masa depan bangsa Melayu.
"Saya kesal kerana ada orang Melayu yang bergelar ulama sanggup dijadikan kuda tunggangan selama ini oleh pihak antiIslam dan Melayu," katanya kepada Bernama selepas bantahan aman selama 20 minit itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment