Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, February 14, 2013

Nasharudin Tidak Akan Bertanding pada PRU13 Jika Tidak Dicalonkan Oleh PAS

Nasharudin tolak jadi calon bebas PRU13



Bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa menolak untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Kata Nasharudin, beliau masih lagi ahli PAS dan mustahil untuk bertanding sebagai calon bebas.

"Saya tidak kisah (tidak menjadi calon) kerana saya boleh fokus kepada mengukuhkan Islam melalui pelbagai saluran.

"Salah satu daripadanya adalah melalui pergerakan global kesederhanaan," katanya ketika menghadiri Forum Gerakan Kesederhanaan Global di sini semalam.

The Star turut melaporkan bahawa Ahli Parlimen Bachok itu masih komited terhadap PAS walaupun telah digugurkan daripada Majlis Syura Ulama.

"Saya mematuhi apa-apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti,

"Saya masih seorang ahli dan saya terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti parti," ujarnya.

Nasharudin sebelum ini telah dilucutkan keanggotaan Majlis Syura PAS pada 13 Januari lalu kerana didakwa tidak hadir ke mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut selain sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan ketetapan parti.

Namun terdapat spekulasi bahawa pemecatan beliau berkait rapat dengan ketidakpuasan hati kepimpinan PAS dengan hubungan Nasharudin yang dilihat 'rapat' dengan pemimpin Umno.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...