Tahniah, JAKIM bakal Dinaiktaraf Kepada Kementerian! Siapa Menteri Pertama Kementerian ini?
1. Di dalam satu
mesyuarat tertutup kabinet, telah dipersetujui bahawa Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia bakal dinaiktarafkan kepada satu kementerian.
2. Usaha kerajaan BN
selama berpuluh tahun untuk mendapat sebulat suara untuk menubuhkan
kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.
3. Cadangan ini akan
dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga
Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara
negeri-negeri di dalam negara.
4. Tahniah diucapkan
kepada warga JAKIM dan DS Najib Tun Razak kerana berjaya merealisasikan
usaha yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi.
5. Komplikasi yang
menyukarkan usaha ini adalah kerana untuk mendapat persetujuan kabinet
dan juga mengatur serta menyelaraskan Hal Ehwal Agama Islam yang selama
ini di bawah kuasa Sultan negeri masing-masing dan juga Yang Dipertuan
Agong.
6.Undang-undang setiap negeri berhubung dengan munakahat dan juga muamalat adalah berbeza bagi setiap daerah dan kawasan.
7. Maka penyelarasan dan
pentadbiran untuk setiap negeri ini memakan masa yang lama. Disamping
untuk mendapatkan persetujuan kabinet yang bukanlah semuanya beragama
Islam.
7a. Maka dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal. Isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan. Isu seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.
7a. Maka dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal. Isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan. Isu seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.
8. Maka persoalan pertama yang akan timbul adalah siapakah bakal menjadi Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam ini?
9. Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43:
Perkara 43. Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
- (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
- (b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
tetapi
jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang
menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh
terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang
berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri,
dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain,
dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
(3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
(4)
Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli
Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah
Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang
di-Pertuan Agong.
(5)
Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri
hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan
Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana
Menteri boleh meletakkan jawatannya.
(6)
Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah
mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah
jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan
dalam Jadual Keenam.
(7)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi
warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah
Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.
(8) (Dimansuhkan).
(9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota Jemaah Menteri.
10. Tidak ada satu fasal
pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang
Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana
parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan
Negara.
11. DS Najib boleh
mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik
individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun.
12. Terdapat khabar
angin bahawa DS Najib bakal menasihatkan kepada Yang Dipertuan Agong
untuk melantik Ustad Nasharuddin Mat Isa sebagai Menteri Pertama
Kementerian Hal Ehwal Agama Islam.
12a. Tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.
12a. Tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.
13. Ini kerana dilihat
bahawa Ustad Nasharuddin telah pergi ke luar negara terutamanya Timur
Tengah untuk menjalinkan hubungan antara negara-negara tersebut dengan
Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada persediaan beliau untuk
menjawat jawatan baru tersebut.
13a. Ustad Nasharuddin juga dilihat selalu bersama DS Najib. Mungkin inikah hasil perbincangan mereka tersebut.
13a. Ustad Nasharuddin juga dilihat selalu bersama DS Najib. Mungkin inikah hasil perbincangan mereka tersebut.
14. Sekiranya Ustad
Nasharuddin tidak tercalon oleh PAS untuk pilihanraya akan datang
sekalipun, DS Najib boleh melantik beliau sebagai Senator ke Dewan
Negara dan akhirnya mendapatkan khidmat beliau untuk menjadi Menteri
Pertama Kementerian tersebut.
15. Ini adalah kali
pertama di dalam sejarah pada mana ahli dari parti pembangkang dilantik
sebagai menteri di dalam sesebuah kerajaan.
16. ini tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana kerajaan di dalam dunia ini meskipun tidak
pernah dihalang oleh peruntukan perlembagaan.
17. Walaupun sebelum ini
pernah ada ahli PAS menjadi Menteri tetapi pada waktu itu, PAS adalah
sebahagian daripada kerajaan dan bukannya pembangkang.
18. Nampaknya usaha DS
Najib dan Ustad Nasharuddin untuk mengadakan kerajaan perpaduan tidak
terhenti dengan bantahan daripada Nik Aziz sahaja, pelbagai cara
difikirkan dan inilah salah satu cara supaya usaha mereka menjadi
realiti.
19. Ustad Nasharuddin pun masih lagi ahli PAS tetapi beliau bakal menjadi Menteri Pertama Kementerian ini.
20. Tahniah kepada Ustad Nasharuddin dan juga DS Najib Razak. Inilah sebenar-benarnya 1 Malaysia!
21. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
No comments:
Post a Comment