Video : Azmin Ali londehkan kecacatan kerajaan Khalid Ibrahim, rival beliau.
PENDEDAHAN AZMIN JELASLAH DAN TERBUKTI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PENIPU, KUAT MENYELEWENG DAN LEBIH MEMENTINGKAN KEKAYAAN SENDIRI... DAN SELALU MELAKUKAN PENYALAHGUNAAN KUASA..
Tapi, itu tidak penting. Yang penting ialah, pendedahan Azmin ini menunjukkan bahawa Selangor juga tidak terlepas dari salahguna kuasa dan penyelewengan, berlawanan apa yang banyak disebut sebelum ini bahawa kerajaan Selangor bersih lagi suci, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan apa segala yang buruk.
Maksudnya disini, Azmin tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang mengatakan kerajaan Selangor itu korup!!
Tapi, itu tidak penting. Yang penting ialah, pendedahan Azmin ini menunjukkan bahawa Selangor juga tidak terlepas dari salahguna kuasa dan penyelewengan, berlawanan apa yang banyak disebut sebelum ini bahawa kerajaan Selangor bersih lagi suci, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan apa segala yang buruk.
Maksudnya disini, Azmin tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang mengatakan kerajaan Selangor itu korup!!
Lihat juga pendedahan panas tentang aktiviti isteri Azmin Ali dan Anwar
:
:
MB Selangor Khalid Ibrahim hari ini telah membuat satu keputusan 'luar biasa' setelah mengumumkan tidak akan mengheret bekas Exco kanan beliau, Hasan Ali ke pihak bertanggungjawab gara2 tuduhan Kos Ubahsuai Pejabat Exco ketika ADUN Gombak Setia itu memegang jawatan tersebut.
Khalid Ibrahim menjelaskan tuduhan Azmin Ali itu amat memalukan Kerajaan Negeri Selangor dengan jumlah kos sekadar RM300 Ribu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian beberapa Pejabat2 Jabatan Kerajaan Negeri yang lain.
Walaupun Hasan Ali masih tidak respons dengan tuduhan Azmin tersebut, akan tetapi Khalid Ibrahim mengesahkan jumlah kos ubahsuai yang diperakui telah dimaklumkan kepada beliau pada ketika itu mengikut tatacara dan ketetapan Perbendaharaan. Oleh itu beliau merasakan agak bodoh mendakwa Hasan Ali ke Mahkamah. Hanya asakan terdesak Azmin Ali itulah yang dilihat 'Bodoh' menyerang tokoh Motivasi tersebut.
Khalid juga khuatir Hasan Ali yang setakat ini hanya membangkitkan masalah Akidah umat Islam di Negeri Selangor dan sekatan perlaksanaan Enakmen Syariah bakal mendedahkan pula unsur2 penyelewengan membabitkan Projek2 Pembangunan Negeri merujuk Portfolio Infruktuktur Awam.
Sambil memperakui prestasi Hasan Ali amat baik ketika memegang jawatan kanan beliau, Khalid Ibrahim juga terpaksa mengumumkan satu keputusan mengarahkan Azmin menghentikan isu yang dibangkitkan terhadap Hasan Ali setelah mendapat rungutan beberapa ADUN Pakatan yang khuatir tindakan over acting Azmin Ali pada Majlis Perbahasan Sidang DUN Selangor baru2 ini.
Azmin pada Sessi Perbahasan semalam dilihat hilang pertimbangan setelah mengambil masa yang agak panjang hanya semata2 mahu menjatuhkan imej Hasan menerusi unsur amalan Korupsi.
Huh. Khalid Ibrahim mengambil langkah playsafe. Kenapa? Pertama kerana mengakui isu2 yang dibangkitkan Hasan Ali mungkin membuatkan beliau termenung seketika terutamanya setelah mengambil keputusan mengambil alih Portfolio Hal Ehwal Agama di Negeri itu.
Kedua, mengetahui Agenda tersembunyi Azmin Ali untuk merampas takhta jawatab MB Selangor sehingga mengenepikan Pimpinan Kerajaan Negeri lantas terus berbahas dengan emosi.
Baru keluar wang RM300 Ribu sudah dijadikan bahan korupsi, kononnya. Bagaimana pula dengan Gaji luar biasa yang diberikan Kerajaan Negeri terhadap 8 Pegawai Kontrak berjumlah RM930 Ribu sebulan. Bayangkan.
Kira dalam masa setahun berapa jumlah wang Kerajaan Negeri telah dibazirkan? Dan Khalid Ibrahim sendiri mempertahankan jumlah gaji mereka. Tulis Teks Ucapan Pengurus Besar gaji berjumlah RM7500 sebulan. Berapa pula gaji penulis teks Ucapan MB Selangor?
Apatah lagi penganjuran isu Kos penganjuran Ulangtahun Yayasan Selangor dengan nilai jutaan ringgit sehingga Sultan Selangor sendiri mengambil keputusan memboikot Majlis tersebut.
Itu adalah satu pembaziran yang maha Besar jika dibandingkan dengan kos sebuah Pejabat. Pembaziran sehingga salah satu kesan terhadap rakyat di mana Yayasan terpaksa menghentikan Pinjaman Pelajaran buat anak2 Selangor yang melanjutkan pengajian ke peringkat IPT.
.
Azmin juga yang panik dan dan beremosi menyerang Hasan Ali di Sidang DUN Selangor telahpun membuktikan malah memperkukuhkan lagi dakwaan Hasan yang menjelaskan Timbalan Presiden PKR itu adalah individu yang mengarahkan serta mempengaruhi kesemua Parasit PAS yang memegang jawatan Tertinggi parti itu untuk memecat beliau sebagai Ahli pada kadar segera.
Malah Hasan Ali pada bila2 masa sahaja boleh mendapatkan Sumber tepat mengenai beberapa penyelewengan Kerajaan Negeri akan tetapi biarlah Pemimpin yang lain diberi ruang memfokuskan soal tersebut.
Namun, biarlah tugas tersebut dijalankan Pemimpin2 lain. Kerana Hasan Ali pasti, tiada seorang Pemimpin pun akan memperjuangkan soal Akidah Masyarakat Malaysia secara lebih serius jika beliau tidak memulakannya.
Masih teringat kenyataan Parasit2 PAS dan PKR Selangor ketika Hasan Ali mengumumkan untuk menganjurkan Sessi Jelajah Akidah di seluruh Negara. Khalid Samad kata tak perlu layan kerana dengan nada hina yakin Hasan Ali 'tak laku ' di Negeri Selangor lagi. Malah dengan lagak sinis mendakwa sanggup membantu Hasan Ali mendapatkan permit ceramah.
Namun hari ini? Khalid Samad sampai ke Kota Bharu anjur Ceramah takut hilang sokongan Parti. Bukan sahaja PAS, Azmin seperti gilo morian di Sidang DUN menyerang Hasan Ali dengan tuduhan yang bak kata Khalid Gagap Otak Lembu.
Lebih mengejutkan, DAP yang sebelum ini jarang sekali masuk campur urusan dalaman PAS juga melatah mengherdik perjuangan Islam Hasan Ali di Sidang DUN Negeri. Sehinggakan Setiausaha DAP Selangor yang juga merupakan ADUN Kampung Tuanku mendakwa isu Murtad tidak timbul dan tidak relevan dalam urus tadbir Negeri Selangor yang berpegang kepada prinsip kebebasan Hak Beragama termasuklah dari kalangan umat Melayu itu sendri, KLIK DI SINI untuk paparan kenyataan tersebut.
Lebih mengejutkan, DAP yang sebelum ini jarang sekali masuk campur urusan dalaman PAS juga melatah mengherdik perjuangan Islam Hasan Ali di Sidang DUN Negeri. Sehinggakan Setiausaha DAP Selangor yang juga merupakan ADUN Kampung Tuanku mendakwa isu Murtad tidak timbul dan tidak relevan dalam urus tadbir Negeri Selangor yang berpegang kepada prinsip kebebasan Hak Beragama termasuklah dari kalangan umat Melayu itu sendri, KLIK DI SINI untuk paparan kenyataan tersebut.
Selangor memang lengkap dengan pakej. Pakej korupsi, pakej keruntuhan akhlak akidah, pakej politik dalaman. Berdoalah agar Rakyat Selangor mampu diselamatkan dari rakusan Pemerintah yang dididik Diktator Ulung Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment