Tender Semula. DS Najib Akhirnya Akur Kepincangan NFC.
Oleh: HHalem.
....start berita Bernama...
Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Fidlot Nasional.
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini)”
"Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," – Noh Omar ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.
-Bernama
....end berita Bernama...
Dengan pengumuman DS Najib sebelum ini meminta supaya projek NFC diteruskan dan dengan susulan oleh Noh Omar sebagai menteri berkaitan, terbukti lah sudah bahawa kerajaan akhirnya akur dengan apa yang terjadi dengan pengurusan dan salahguna pentadbiran NFC.
Walaupun DS Najib berkali-kali berkata, Shahrizat dan pengurusan NFC tidak bersalah selagi mahkamah belum membuat keputusan, tetapi tanggangjawap moral terhadap kewangan rakyat amat jelas di sini.
Memang benar, anda tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Itu undang-undang dunia, tetapi hukum moral adalah mustahak pada akar umbi yang akan menentukan jatuh bagunnya Umno-BN. Ia tidak harus dipandang ringan.

Pengajarannya cukup jelas didalam kes lembu NFC ini, iaitu:-
Pertamanya. Setiap laporan oleh Ketua Audit Negara 2010, jangan lah diambil mudah dan proses pembaikannya haruslah dipercepatkan supaya kepincangan pentadbiran Umno-BN tidak menjadi ketara. Kes NFC jelas dilaporkan oleh Public Account Committee (PAC) bahawa syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007. Kenapa kita perlu berada didalam “mode-tidak-mengaku” atas segala kepincangan yang dilaporkan?
Oleh itu kenapa kah kita perlu membela mati-matian hanya kerana ia diperbesarkan dan diambil kesempatan oleh pembangkang atas kelemahan kita sendiri. Jadikan lah ia sebagai pengajaran dan proses pembaikan berterusan oleh pentadbiran sedia ada.
Keduanya. Dengan pengistiharan Noh Omar diatas, jelas menunjukan Najib akur tentang kepincangan NFC, walaupun mengambil masa yang agak lama. Begitu juga dengan panggilan tender semula untuk mengambil alih NFC, bunyinya cukup cantik, tetapi harus diingat bahawa penglibatan pemilik asal Dr Mohd Salleh Ismail tetap ada dan tidak boleh dibuang 100%. Yang pasti “full controlling power” terhadap kewangan dapat dibenteras. Lahir lah check-and-balance di dalam pengurusan NFC dan ini sepatutnya dilaksanakan dari awal lagi. Kenapa ini tidak dilakukan dari awal penubuhan dan dibiarkan anak beranak sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
Ketiganya. Kita selalu menyebut bahawa penganut-penganut PAS senantisa taksub, tidak kira betul atau salah, dengan apa yang dikeluarkan dari mulut Pok Nick dan pemimpin tertinggi PAS. Apa yang lahir dari mulut Pok Nick dianggap paktua dan diikuti berduyun-duyun ke kiri atau kemudiannya berduyun-duyun ke kanan mengikut rentak Pok Nick.
Begitu lah juga, dimana kita mengkritik, betapa taksubnya pengikut bekas banduan Anwar, dimana apa yang lahir dari mulut beliau di serap 100% sebagai betul, tidak kira beliau meliwat atau tidak. Tidak kira Anwar homoseksual atau tidak.
Oleh itu, perlu kah kita menjadi seperti penganut PAS dan pengikut PKR, dimana kita sendiri begitu taksub membela segelintir manusia yang terlibat didalam NFC?
Kita (penulis) adalah pengikut tegar Umno, tetapi cuba mengelakan diri dari membuta tuli taksub kepada Umno, sehinggakan apa yang dilakukan perlu di lindungi 100%, mati atau hidup.
DS Najib akhirnya akur kepincangan NFC.
su NFC - Rafizi Jadi Penyokong Kuat Proses Mahkamah Pulak .....
Noh Omar ni pun satu, kenapa yang gaduh sangat keluar kenyataan nak buka tender baru cari syarikat bagi menggantikan NFCorp sedangkan kes mahkamah belum pun bermula lagi ? Katanya cadangan itu datangnya dari Najib sendiri ....
Hari ni Rafizi dah buat kona baring, turut sama mempertikaikan kenyataan itu dan cuba meletakkan dirinya dipihak 'rakyat yang patuh pada undang2'. Sebelum ni mamat tu yang paling vokal sekali mengkritik NFC dan menuntut segala macam tindakan dikenakan kepada semua pihak yang terlibat termasuk isteri dan juga ibu kepada pengarah2 urusan NFCorp yang bermatian menafikan sebarang kaitan dengan isu ini.
"PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi NFC," selagi hasil siasatan berkenaan projek lembu daging itu tidak diketahui dan diumumkan, Sinar
Samada beliau ikhlas atau tidak, ramai yang akan menyebelahi kenyataan Rafizi itu. Bukan soal menyokong atau menentang pembangkang dalam soal NFC tapi ini soal menghormati keputusan mahkamah yang akan menentukan apakah NFCorp yang diwakili oleh Pengarah Urusannya bersalah dalam tuduhan pecah amanah atau tidak.
Tapi kenyataan Noh Omar seolah telah membelakangi peranan mahkamah ! Sekarang Noh Omar terpaksa menjelaskan keputusan itu dibuat atas dasar apa pula ? Apakah kerajaan sendiri sudah meletakkan beban kesalahan atas NFCorp .... dan kalau hakim kemudian membebaskan Mohd Salleh dari pertuduhan ?
Saya yakin pihak media telah melaporkan sebahagian saja apa yang dikatakan oleh Noh Omar. macam kes kenyataan Anwar pada AWSJ hehehehe .... bahagian yang tertnggal itu adalah - sekiranya mahkamah mendapati Mohd Salleh bersalah.
Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya ....
PS - Nak cepat2 ni sebab nak kejar PRU13 kot ! hehehehe ....

No comments:
Post a Comment