PANAS BERAPI! MARI KITA LIHAT BETAPA MUNAFIKNYA SEORANG DAYUS YANG BERNAMA AZMIN ALI!
AZMIN DENGAN UMMI TAK DEDAHKAN KE ... KAU DIAM AJE ..
AZMIN KALAU BETUL DAKWAAN UMMI .. KAU SUAMI DAYUS ..
Dahlah tahun 2012, bulan 3 pula baru nak didedahkan, itupun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas yang menuduh kerana dilindungi imuniti? Apa jadi sepanjang masa dari Oktober 2010 (Laporan Audit Negara didedahkan) sehingga sekarang?
Situasi inilah yang berlaku dalam sidang DUN Selangor semalam, bila Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mendedahkan bahawa Hasan Ali (Bebas-Gombak Setia) melakukan penyelewengan dalam soal pemberian kontarak penyelenggaraan jalan kepada 83 kontraktor secara runding terus, bukan tender terbuka pada 2009 – berdasarkan maklumat audit 2010.
2009 ya tuan-tuan, masa itu Hasan Ali masih lagi Exco Selangor, 2010 Hasan Ali masih lagi Exco Selangor, 2011 pun Hasan Ali masih lagi Exco Selangor dan Azmin pilih untuk dedahkan kepincangan ini pada 2012 bulan 3 ketika Hasan Ali sudah dipecat dari jawatan Exco dan ahli PAS.
Meneruskan dasar pengecut ‘madu’nya di Parlimen, Azmin Ali membuat pendedahan itu ketika Hasan Ali tidak berada di dalam Dewan untuk mempertahankan dirinya, disamping seperti disebut di atas, dilindungi imuniti.
Tapi, itu tidak penting. Yang penting ialah, pendedahan Azmin ini menunjukkan bahawa Selangor juga tidak terlepas dari salahguna kuasa dan penyelewengan, berlawanan apa yang banyak disebut sebelum ini bahawa kerajaan Selangor bersih lagi suci, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan apa segala yang buruk.
Maksudnya disini, Azmin tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang mengatakan kerajaan Selangor itu korup!!!
Maklumat seumpama itu yang didedahkan semalam, boleh didedahkan oleh sesiapa juga dari kalangan YB Pakatan harami yang lain, kenapa mesti Azmin? Itu kalau betul niatnya nak dedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh anggota pentadbiran kerajaan negeri sendiri?
Masa yang dipilih juga tidak perlu menunggu sehingga sidang DUN diadakan atau laporan audit dikeluarkan sebab maklumat itu memang sentiasa berada dalam pengetahuan kerajaan negeri. Janganlah temberang kata selama hari ini kerajaan negeri tidak tahu berapa ramai dan siapa kontraktor yang dianugerahkan untuk mendapat kontrak menyelenggara jalan?
Come on…itu sama ada Khalid gagap tidur atau seluruh barisan Exco Selangor juga ikut tidur.
Belum pun kita mendengar jawapan balas Hasan Ali, rakyat keseluruhannya sudah menilai jenis politik apa yang diamalkan pakatan harami ini. Sementara berkawan, semua pun wangi semua pun baik, kalau ada salah tu sapu bawah karpet. Tapi bila dah berpisah, semua yang wangi dan cantik dulu, dah jadi buruk dan busuk.
Penulis berharap Datuk Satim Diman, selaku Ketua Pembangkang di DUN Selangor dapatlah kiranya memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada Hasan Ali untuk berbahas mempertahankan dirinya minggu depan.
ADUN-ADUN BN yang lain boleh tumpang mencelah bagi perhangat keadaan.
Dalam apa-apa keadaan pun, tidak ada apa yang lebih baik melainkan maklumat first hand dari dalam. Penulis yakin, Azmin buat gempak saja, dia pun tau cerita sebenar. Satu hal yang tidak kurang penting, kalau sahihlah maklumat dan dokumennya, kenapa Azmin tak dedah saja pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?
Azmin vs Hasan Ali – Bukti UMNO Tidak Lindungi Kesalahan Pemimpin
MASIH lagi berkisar tentang pendedahan Azmin Ali mengenai Hasan Ali - dua anak ali yang berbeza bapa dan ibu sama sekali. Penafian Khalid Gagap bahawa Hasan Ali ada melakukan kesalahan kerana membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk mengubah suai pejabatnya, mematikan sama sekali usaha Azmin Ali untuk menjatuhkan imej the other Ali’s son.
Mengenai dakwaan lagi satu yang penulis pertikaikan semalam (lantik kontraktor runding terus), itu hanya menanti penjelasan dari Hasan Ali esok, dan maklumat yang penulis terima mengatakan, Hasan Ali ada ‘suprise’ untuk semua rakyat Selangor.
Mana-mana pun, ada suprise ke tidaknya, yang penting ialah memahami politik Pakatan harami ini (in particular PKR) dibanding dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam soal melindungi kesalahan pemimpinnya.
UMNO/BN sudah terbukti tidak melindungi kesalahan pemimpinnya atau yang ada kaitan dengannya, hanya kerana dia masih menjadi anggota parti atau menteri kerajaan. Hal ini bukan baru, dari dulu pun sudah berlaku. Paling menggegarkan tentulah ‘kesudian’ UMNO mendedahkan salah laku Timbalan Presidennya aka Timbalan Perdana Menteri dan menghumbankannya keluar dari parti itu.
Ini berbeza sama sekali dengan PAS,DAP dan PKR. Selagi pemimpin tersebut setia bersama parti, apa pun kesalahan dan penyelewengan yang dilakukannya akan didiamkan. Depa ada pelbagai cara untuk tidak mendedahkan perkara tersebut, atau jika terpaksa (mendedahkan), menjelaskannya dalam satu cara yang paling tidak masuk akal.
Berbeza pula jika pemimpin tersebut sudah meninggalkan parti masing-masing PKR, PAS dan DAP. Segala kesalahan walaupun sebesar kuman akan diungkit dan dibangkitkan untuk menjatuhkan imej pemimpin yang berkenaan.
Dari segi sokongan, PKR, DAP dan PAS tidak ada masalah kerana penyokong mereka yang akal separuh tiang ini sudah dididik bahawa pemimpin masing-masing suci dan tidak mungkin melakukan kesalahan sama sekali.
Sebab itu bila ada sahaja pendedahan yang melibatkan pemimpin mereka, umpamanya Anwar Ibrahim, antara ayat-ayat yang pertama keluar dari mulut masing-masing, ini konspirasi, ini penipuan, pembohongan politik dan sebagainya.
Diakhirnya itu nama UMNO tak lupa.
Bayangkanlah ya, ini belum lagi puak-puak ini menguasai Putrajaya aka Kerajaan Persekutuan dimana segala agensi penguatkuasaan undang-undang pun berada dibawah jajah takluk masing-masing.
Cuba fikirkan, apa nak jadi dengan Malaysia ini kalau rakyat menghantar PAS, PKR dan DAP mengetuai kerajaan Persekutuan nanti?
Ini baru bercakap tentang satu perkara – melindungi kesalahan pemimpin. Puak-puak ini ada banyak masalah lain yang belum boleh diselesaikan waima sesama mereka sendiri pun.
Jadi kesimpulannya, pilihlah Barisan Nasional, kami sahajalah nampaknya yang stabil dari segala segi. Penulis tak kata baik semua sekali tapi stabil. Dan apa lagi yang paling diperlukan oleh rakyat Malaysia kita ni kalau bukan kestabilan?
No comments:
Post a Comment