Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 24, 2011

Umno didakwa politikkan isu madrasah


Umno didakwa politikkan isu madrasah
Oleh : SH UTARA/ROSLINDA HASHIM
Tarikh : December 24, 2011

ALOR SETAR - Umno Kedah didakwa cuba mempolitikkan isu Madrasah Salihiah untuk memburuk-burukkan imej Kerajaan Negeri konon tidak prihatin dengan isu keagamaan.

Exco Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh berkata, parti itu dilihat seolah cuba menjadikan isu ini sebagai kepentingan politik dengan meraih simpati rakyat.


"Saya tidak nampak isu ini perlu dipolitikkan. Yang jelas kini Umno tiada isu untuk mengkritik Kerajaan Negeri, dan gunakan isu ini sebagai modal politik. Kenapa perlu bantah sedangkan ia keputusan Majlis Fatwa," katanya, selepas merasmikan Gotong Royong Amal Perdana, anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Alor Setar di Flat Seri Gemilang, Mergong.


Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.


Dr Ismail berkata, kehadiran Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada majlis penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, semalam, membuktikan penglibatan parti itu yang menjadi dalang membantah perobohan bangunan madrasah itu.


"Saya pelik kerana Umno masih tidak faham proses perundangan. Madrasah berkenaan bawah kendalian Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan perbincangan mengenai tanah wakaf itu sudah selesai, dan kita bersetuju bayar pampasan untuk bina surau baru di tapak lain," katanya.


Menurutnya, memandangkan bangunan itu tidak digunakan sepenuhnya untuk mengimarahkan madrasah terbabit, adalah lebih wajar dibina surau baru yang mampu memuatkan kapasiti 400 jemaah sebagai ganti di tapak berdekatan.


"Surau baru yang dijanjikan pemaju dalam kompleks beli belah Aman Central adalah lebih baik kerana kelak dapat mengimarahkan surau itu. Malah ia lebih ceria dan mempunyai ciri islamik. Kita tidak mahu perkara ini dipolitikkan oleh parti poilitik yang kononnya mendakwa mereka memperjuang isu agama," katanya.


Dr Ismail berkata, sepatutnya isu ini tidak wajar dipolitikkan kerana Majlis Fatwa dan Maik mempunyai hubungan terus dengan Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Negeri dan ianya bukan bernaung bawah mana-mana parti politik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...