Anwar Ibrahim,menjadi petualang yang mengadai negara kepada IMF. Cerita bagaimana petualang dan pengkhianat ini bersekongkol bersama IMF pun semua orang tahu.
Nah sekarang Anwar cuba menutup kencing beliau dengan kencing,untuk menutup perkara busuk dengan kebusukan sudah pasti akan tetap gagal juga,apatah lagi dibantu dengan portal KaldaianDaily yang cukup terkenal dengan pembohongan dan putar belit.
Malaysiakini turut sama cuba menutup kencing Anwar dengan kencing,akibatnya mereka semua kantoi berbohong.
Anwar dalam usaha terakhir sebelum berpindah ke Bambo River Resort cuba menyerang Tun Mahathir,apabila dicabar untuk bersumpah beliau bukan saja gagal malah cuba untuk alih kepada isu lain.
Dulu dia tewas di tangan Dr Mahathir,hari ini dia tewas ditangan Dr Novandri,Ikuti pendedahan pembohongan oleh Anwar dan KaldaianDaily:-
Di bawah adalah dokumen ucapan Anwar Ibrahim semasa mesyuarat tahunan WBG dan IMF di Hong Kong, China pada tahun 1997.Pisau kata " dia dah makin meroyan"
Tahun 1997 - 1998 adalah tahun yang membawa malapetaka kepada negara apabila spekulator wang seperti rakan karib Anwar Ibrahim, George Soros Yahudi, merobek ekonomi negara Asia Timur. Ianya juga dikenali sebagai Krisis Ekonomi Asia 1997-1998.
Anwar Ibrahim memuji IMF tinggi melambung kononnya katalis dan demonstrasi unik solidariti kawasan.
Tetapi akhirnya, negara-negara yang ditaja oleh IMF itu sengsara kecuali Malaysia! Terima kasih kepada Dr Mahathir!
Satu lagi perkara yang amat memalukan ialah kenyataan terbaru yang disiarkan di dalam KeldaianDaily. Lihat di bawah :-
Keldaian Daily kononnya telah 'berjaya melondehkan' Dr Mahathir dengan 'bukti' yang mereka ambil daripada The World Bank
Dek 'bukti' itu, KeldaianDaily dengan bodohnya menulis :Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar seterusnyaMari kita lihat kembali asal-usul polemik 'bantuan Bank Dunia' ini. KeldaianDaily mungkin buta dan tidak tahu, lihat kenyataan di bawah.Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.
Satu perkara yang kita mesti faham ialah Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 - 1998 bukannya 1999 seperti yang dinyatakan!
Laporan Keldaian Daily KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia' pula ternyata keluar dari topik diskusi dan kontroversi.
'Bukti' yang ditunjukkan oleh KeldaianDaily itu menunjukkan projek-projek negara Malaysia yang mendapat pinjaman daripada The World Bank, satu prosedur biasa yang dilakukan oleh negara-negara lain dalam dunia ini termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan lain-lain lagi.
1. The World Bank tidak sama dengan IMF, agensi kewangan yang dipuja oleh Anwar Ibrahim.
2. Isu penolakan yang dimaksudkan ialah penolakan 'pakej ekonomi' IMF bukannya The World Bank.
Satu lagi perkara yang MiM ingin sampaikan ialah kerajaan Malaysia telah melangsaikan semua pinjaman negara! Satu pencapaian yang sangat baik. Lihat di bawah:-
Kesimpulannya, polemiknya sekarang ialah semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998.
Isu penolakan yang dimaksudkan ialah penolakan 'pakej ekonomi' IMF bukannya The World Bank. sumber-Dr MIM
No comments:
Post a Comment