Akhirnya Tun Mahathir membalas kelongsong peluru yang tidak berguna yang dilontarkan juak-juak jahil dan tiada pengetahuan tentang ekonomi. Secara tradisi, Anwar Ibrahim tidak pernah menang sekiranya beliau menentang Tun Mahathir. Dan ini adalah bukti terakhir, bahawa Anwar Ibrahim bukan lawan Tun Mahathir. Segalanya sudah selesai dengan jawapan Tun Mahathir yang sangat tepat dan berterus-terang. Baca penjelasan Tun Mahathir di sini dan terjemahan bebas bersama bukti di blog MIM di sini. So, sekarang siapa sebenarnya yang berbohong dan suka putar belit fakta? Kau kalah lagi Anwar...
Permohonan untuk mendapatkan pinjaman bank dunia dibuat oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1997 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kementerian itu.
Bagaimanapun, jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menolak tawaran pinjaman itu apabila diberitahu mengenainya pada satu mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya pada tahun 1999.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD/ BEKAS PERDANA MENTERI.
Negotiation untuk ketiga tiga pinjaman dibuat pada 1997. Pada 1999 ikut catitan rekod world bank itu tarikh approval bukan keluar duit. Approval. Kemudian daripadaituu kita hentikan disbursement. Itu ada rekod dalam dokumen kerajaan.
Sehubungan itu - beliau menafikan pembabitannya dengan sebarang rundingan dengan Bank Dunia pada ketika itu.
Tun Dr Mahathir kemudiannya ditanya samada ada menteri kewangan dipertanggungjawab memaklumkan perkara penting kepada Perdana Menteri, terutama ketika negara menghadapi krisis kewangan.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD/ BEKAS PERDANA MENTERI.
Biasanya itu dibuat oleh Menteri Kewangan dan diluluskan oleh pegawai. Saya tak perlu tahu sehingga lah kertas itu di bentang dalam kabinet untuk kelulusan. Masa itu kita dapat tahu 1999 adalah tahun pinjaman diluluskan.
Beliau diminta mengulas dakwaan parti keadilan yang merujuk kepada tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman 704 juta dolar Amerika Yang dikatakan diluluskan oleh tun dr mahathir.
Tun Dr Mahathir bagaimanapun mencabar Datuk Seri Anwar bersumpah bahawa beliau telah memohon pinjaman kewangan dengan Bank Dunia ketika krisis kewangan
No comments:
Post a Comment