Monday, December 19, 2011
| Blogger Dr MIM sudahpun melibas kebodohan Tuan Haji Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily dalam isu penolakan 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF), bukannya Bank Dunia (World Bank).
Full article ... click TUAN HAJI ANWAR PEMBOHONG BESAR
Krisis kewangan Asia seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim bukannya berlaku pada tahun 1999, ianya berlaku sejak dari tahun 1997-1998 akibat spekulasi matawang.
Masalah sebenar rakyat adalah pemahaman fungsi dua institusi kewangan terbesar dunia, IMF dan World Bank. Krisis kewangan Asia menyebabkan negara Indonesia, Thailand dan Korea Selatan terpaksa meminjam dan menandatangani 'surat pajak gadai' negara!
GWM cuma mahu berkongsi maklumat khasnya kepada rakyat Malaysia, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak mempunyai hutang yang terlalu tinggi dengan World Bank ... negara tidak akan muflis seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.
Paparan dibawah adalah hutang negara kepada World Bank dan perbandingan hutang negara-negara jiran kepada World Bank.
Baki hutang Malaysia kepada World Bank adalah sebanyak USD 33,333.34 sahaja.
Baki hutang negara Filipina kepada World Bank berjumlah USD 2,944,311,360.16.
Baki hutang negara Indonesia kepada World Bank berjumlah USD 11,361,689,885.98.
Baki hutang negara Thailand kepada World Bank berjumlah USD 66,938,249.99.
Baki hutang negara Vietnam kepada World Bank berjumlah USD 8,730,252,005.34.
Malaysia hanya mempunyai baki hutang dengan World Bank sebanyak USD 33,000 sahaja, berbanding dengan negara-negara jiran yang masih berhutang sehingga mencecah RATUSAN JUTA DAN BILLION DOLLAR! Inilah fakta yang disorokkan pembangkang untuk melakukan pembohongan kepada rakyat dan menidakkan prinsip amalan kewangan yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional!
Bagaimana pula hutang negara kepada IMF, jika benar wujud Malaysia menerima 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF)?
Negara tidak berhutang dengan IMF atau menerima sebarang 'pakej bantuan kewangan' dari IMF!
Bagaimana dengan hutang negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, yang telah menerima 'pakej bantuan kewangan' ini?
Siapa berbohong sebenarnya ... Tun Dr Mahathir atau Tuan Haji Anwar Ibrahim! ... Siapa sebenarnya yang menyelamatkan negara dari terjerumus ke kancah hutang IMF!
No comments:
Post a Comment