Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, December 22, 2011

Mahasiswa Yang Lain Tidak Sehaluan Dengan Adam Adli Dan Agenda Anwar Ibrahim

Ini maklum-balas dari mahasiswa/siswi berkaitan isu ‘hangat’, Adam Adli, seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI) yang dikatakan bertindak luar batasan ‘menceroboh’ dan ‘mengacau-ganggu’ harta awam dengan cara menurunkan bendera Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-enam, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan seterusnya menggantikan dengan bendera gerakan ‘Bebas’, suatu gimik yang dilakukan berbentuk provokasi dalam menuntut 6 perkara mengenai ‘AUKU’ dan ‘kebebasan akademik’ baru-baru ini di PWTC.

Dipetik daripada kritis-online, mari dengar apa pendapat mereka :

Nurul Nadirah Fazmin bt. Narawi, 21 tahun, jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia:

“Sukar saya ucapkan. Apatah lagi saya sendiri dari UPSI. Beliau (Adli) mencipta sejarah tersendiri, sayangnya sejarah yang tidak dapat dibanggakan oleh mahasiswa lain di UPSI. Sesungguhnya tindakannya mencalar imej kami secara khusus sebagai mahasiswa dan imej universiti kami secara am. Saya sendiri menolak perbuatannya walau dengan apa juga alasan yang diberikan, tidak kiralah alasan kerana menuntut hak mahasiswa atau alasan politik yang sesungguhnya tidak mewakili saya pun sebagai mahasiswa. Saya tak pasti kalau ‘silence’ mahasiswa seperti saya pun tak setuju. Apa yang pasti, saya kesal dengan perbuatannya!"


Faten Afeeqa bt. Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antrabangsa, Universiti Perlis Malaysia:


“Kecewa! Kerana tindakannya itu terlalu diperbesarkan dan seolah-olah menjadi ‘ikon’ mahasiswa walhal saya sebagai studenttidak setuju pun dengan tindakan itu. Apatah lagi jurusan yang dia ambil adalah sebagai pendidik. Kalau inilah contoh atau ‘ikon’ kepada bakal anak-anak muridnya nanti setelah bergelar pendidik, sukar untuk saya bayangkan. Mahasiswa secara umum dilihat sebagai golongan istimewa kerana pandangan bersifat akademik dan profesional namun tindakan beliau melambangkan sebaliknya”.

Muhamad Aizat b. Saad, 22 tahun, jurusan Pentadbiran Muamalah, Universiti Utara Malaysia:


“Bila dia (Adli Adam) buat begitu maknanya dia tak menghormati pemimpin. Walaupun marah tetapi tak sepatutnya buat begitu. Pemimpin walau apa juga tindakannya mestilah dihormati kerana pemimpin bertungkus-lumus siang dan malam mengurus dan mentadbir Negara untuk rakyatnya. Ada 2 efek yang saya lihat pertama, mahasiswa yang menyokong tindakan beliau dan kedua mahasiswa yang tidak menyokong beliau. Apa pun, kedua-dua kumpulan (yang menyokong dan menolak) akan terbuka untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi dari menurunkan bendera pada masa akan datang kerana pengaruh negative itu telah pun dibuka”.


Hafsah bt. Mohammad Noor, 24 tahun, jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:


“Sikap dia (Adli Adam) yang tidak menghormati pemimpin ada berbagai persepsi. Pertama, beliau adalah ‘orang Melayu’. Bangsa lain akan melihat inikah sikap orang Melayu kerana tidak ada laporan penuntut berbangsa lain yang terlibat waktu hari kejadian (menurunkan bendera). Mahasiswa lain kini terpalit dengan perbuatan negatif beliau walaupun sebenarnya kami tidak pun terlibat sama dan tidak bersetuju. Kedua, mahasiswa kini sudah terasa dengan kehadiran politik dalam kampus walaupun AUKU belum dipinda dan baru dicadangkan untuk dipinda. Saya secara peribadi cukup tidak berkenan dengan perasaaan ini (kehadiran politik dalam kampus) kerana ia mengganggu pembelajaran saya sendiri”.


Intan Syafinas bt Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Perlis Malaysia:


“Not polite at all! Kalau pun dia merasa marah, apabila memorandum telahdiserahkan, cukuplah! Maknanya hajat beliau dan gerakannya telah tercapai. Tapi aksi menurunkan bendera itu amat tidak patut. Lagi satu, apabila mahu meminta maaf sebagaimana yang saya lihat dalam youtube, kena bersyarat. Apa ni? Kita bangsa Melayu penuh adab kalau mahu mohon maaf, ikhlas. Bukannya bersyarat berbagai. Nampak sangat tak ikhlas. Dan lagi satu, tindakan dia menurunkan bendera setelah lama kejadian memorandum diserahkan adalah tindakan pengecut. Kenapa tak maklumkan dulu nak turunkan bendera? Kenapa buat curi-curi?


Mohd Rizuan b. Mohd Haran, 24 tahun, jurusan Sastera Pendidikan, Universiti Sains Malaysia:


“Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, saya faham tindakan Adli dalam menuntut hak mahasiswa, namun, menurunkan bendera itu bukan tindakan matang dan saya rasa secara peribadi ianya telah dirancang awal oleh pihak tertentu yang mempergunakan mahasiswa yang terbabit dalam kejadian untuk menyemai kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Buktinya, kalau betul nak serah memorandum, kenapa PWTC yang menjadi pilihan mereka? Kerana ianya ibu pejabat parti (UMNO). Sepatutnya ia diserahkan di Kementerian Pengajian Tinggi atau Jabatan Perdana Menteri sendiri di Putrajaya, bukan di PWTC.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...