Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 21, 2011

Lapuran akhbar cina - Melayu akan pupus dalam arus Demokrasi ?

MALAYSIA PERLU SISTEM DWI-BARISAN

SEPERTI AMERIKA : MAKA NEGARA MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI AMERIKA KE ...

MALAYSIA PERLU SISTEM DWI-BARISAN

PRU 13 semakin dekat, adakah keputusannya akan menyaksikan sistem dwi-barisan berjaya dilaksanakan di negara? Akan adakah lagi situasi “sistem dwi-bangsa” seperti sekarang di mana sekelompok masyarakat Melayu berpihak kepada BN manakala majoriti kaum Cina cenderung kepada PR?

Bekas Timbalan Presiden Jawatankuasa Hak Rakyat Pertubuhan Cina, Lim Fong Seng dalam ceramah “Sistem Dwi-Barisan, Sistem Demokrasi Malaysia” pernah berkata: “sistem dwi-barisan adalah untuk menggalakan pembangunan sistem demokrasi yang sihat. Parti memerintah akan lebih demokrasi, lebih terbuka dan kehendakan rakyat juga lebih dihormati.

Bagaimanapun, sistem dwi-barisan tidak berjaya dilaksanakan kerana ketidakmatangan pemikiran rakyat dan perbalahan dalaman parti pembangkang. Sistem dwi-barisan seperti sebuah bas jarak jauh yang memerlukan dua orang pemandu. Apabila pemandu pertama letih, giliran pemandu kedua pula mengambil tugas tersebut.

Begitu juga dalam sistem dwi-barisan, dua parti berbeza konsep politik Akan memerintah negara mengikut sistem giliran, selain bekerjasama memainkan peranan menyelia pentadbiran.

Seperti yang diamalkan di AS, kedua-dua parti berpeluang untuk memerintah negara. Kelebihan sistem ini ialah kepentingan rakyat akan lebih diutamakan dalam penggubalan sesuatu dasar. Sebuah negara yang demokrasi memerlukan sistem dwi barisan, tetapi perkara tersebut tidak dititikberat oleh rakyat negara kita.

Meskipun Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya agar rakyat boleh mengundi wakil yang akan membantu mereka menyuarakan kehendak, namun masih ada sekatan yang diamalkan.

Selepas tsunami politik 2008, PR berjaya menonjolkan kelebihan mereka dan rakyat juga mulai buka mata. Kedua-dua parti sama ada pemerintah atau pembangkang giat melancarkan dasar-dasar yang mendahului rakyat sperti bantuan kewangan sebagainya.

Hasrat untuk merealisasikan sistem dwi-barisan di negara semakin jelas, tetapi dari sudut lain pula dapat dilihat kerajaan pusat BN mulai mengurangkan projek pembangunan di negeri bawah pemerintah PR.

Manakala bagi PR pula, wujud perbezaan pembangunan yang berat sebelah di antara negeri-negeri pemerintahan mereka. Jika kedua-dua parti mengutamakan rakyat, mengapa tidak bekerjasama membangunkan negara, mengekalkan pembangunan ekonomi dan mengunakan sumber negara bersama.

Dalam penggubalan dasar pula, kedua-dua pihak harus berkongsi dan menerima pendapat kerana ia mampu meningkatkan keupayaan kerajaan dalam memerintah sesebuah negara.

Sumber - Oriental Daily News, 20 dec 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...