ALAHAI KAZIM!
Lawatan Najib ke Gaza pada 10 Rabi'ul Awal 1434/22 Jan 2013 membuka lembaran baru dunia Islam |
Salam 2 all.
Saya sangat-sangat bersimpati dengan nasib pendakwah terkenal Ustaz
Kazim Elias yang kini menjadi bahan cercaan, maki hamun dan kata nista
oleh para peliwat democrazy dan pasrasit yang sedang kepanasan setelah
Dato' Sri Najib mengumumkan perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli
Majlis Tertinggi UMNO (MT) baru-baru ini.
Sejak pengumuman tersebut, serangan tak berhenti-henti dikenakan
terhadap Ustaz Kazim Elias. Pelbagai gelaran diberikan kepada beliau;
barua UMNO, anjing salakan BN, babi, dan macam-macam lagi, tak termasuk
sudah dihukum masuk neraka (macam syurga tu bapak dema punya yop).
Pada saya, ini sebenarnya menggambarkan betapa gelisah, resah dan
paniknya para peliwat democrazy dan pasrasit ini dengan perlantikan
Ustaz Kazim ke kedudukan yang sangat tinggi didalam hieraki kepimpinan
UMNO hanya dalam sekelip mata!
1. AHLI PAS DALAM KEPIMPINAN UMNO?
Ini adalah kerana perlantikan tersebut membuktikan betapa terbuka dan
komitednya Dato' Sri Najib dalam melaksanakan transformasi politik yang
menjadi teras kepimpinannya. Bukti jelas politik cakap serupa bikin.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO dimana bukan sahaja Presiden
mengambil langkah berani melantik personaliti luar UMNO ke dalam MT,
malah ianya suatu tindakan 'diluar kotak - outside the box' apabila Dato' Sri Najib melantik seorang ahli PAS kedalam kepimpinan tertinggi UMNO.
Saya tidak pernah dengar mana-mana parti politik didunia ini yang
melakukan sedemikian. Namun Dato' Sri Najib dengan penuh keyakinan
membuat suatu perubahan yang diluar pemikiran politik konservatif dan
tradisional.
2. DASAR WASATHIYAH
Kedua, perlantikan Ustaz Kazim membuktikan keseriusan Dato' Sri Najib
dalam menerapkan dasar dan pendekatan wasathiyah. Ustaz Kazim sudah
memang dikenali sebagai seorang tokoh pendakwah sederhana yang mempunyai
pendekatan tersendiri yang menjadi magnet dakwah kepada golongan
muda terutamanya. Kalau diukur daripada hadirin dalam program ceramah
beliau, kita dapat lihat kehadiran oleh mereka yang tidak termasuk dalam
kategori 'jemaah tradisional' dalam ceramah agama.
Pendekatan Ustaz Kazim juga tidak seperti penceramah pembangkang yang
lain yang hanya dipenuhi dengan maki hamun, kutuk mengutuk, melabel
musuh dengan pelbagai panggilan yang menghina, dan lebih seronok dengan
jumlah derma jihad yang bakal dikutip!
Selain Ustaz Kazim, Dato' Sri Najib juga melantik Dr. Asyraf Wajidi
Dasuki, seorang lulusan Ijazah Doktor Falsafah dengan pengalaman khusus
dalam perbankan Islam. Beliau kini adalah Pengerusi Yayasan Dakwah Islam
Malaysia (YADIM).
Perlantikan mereka ini membuktikan betapa serius Dato' Sri Najib dalam melaksanakan dasar wasathiyah didalam kepimpinannya. Pendekatan wasathiyah ini, yang menjadi teras kepada gerakan Global Movement of Moderates yang diilhamkan oleh Dato' Sri Najib sudah diterima oleh masyarakat dunia termasuk negara-negara barat.
3. HAMAS & KHALED MISY'AL
Selanjutnya, buat pertama kali tokoh gerakan Hamas daripada Palestin,
saudara Khaled Misy'al dijemput hadir dalam Perhimpunan Agong UMNO.
Khaled Misy'al, tokoh pejuang Palestin |
Siapa yang tidak mengenali Khaled Misy'al. Tokoh hebat Palestin yang
menjadi mimpi ngeri bagi yahudi zionis dan dunia barat. Beliau pernah
menjadi mangsa cubaan membunuh dengan racun oleh zionis di Jordan! Malah
beliau masih didalam senarai untuk dihapuskan sehingga kini.
Apabila beliau menerima jemputan menghadiri Perhimpunan Agong UMNO, dan
sudahpun berada dibumi Malaysia, ini merupakan satu kejutan besar.
Beliau tidak pernah keluar jauh daripada Ibu Pejabat Hamas di Doha Qatar
kerana ancaman terhadap nyawa dan keselamatannya.
Dan siapa yang tidak mengenali Hamas dan Kerajaan Palestin di Gaza dibawah pimpinan saudara Ismael Haniyeh.
Hamas, Khaled Misy'al, Ismail Haniyeh, Gaza! Ini semua tokoh pejuang
Islam yang dilabel sebagai teroris, pengganas dan macam-macam label
lagi. Mereka musuh utama yahudi zionis, musuh utama dunia barat!
Dan Dato' Sri Najib mengambil langkah berani menjemput Khaled Misy'al
hadir sebagai tetamu kehormat Perhimpunan Agong UMNO tahun 2013 ini!
Keberanian Dato' Sri Najib bukan sekadar kata-kata. Beliau pemimpin
bukan arab pertama yang melawat Gaza dan menjejakkan kaki dibumi anbiya'
itu selepas diserang oleh Israel awal tahun ini. Bukan itu sahaja,
beliau pemimpin dunia pertama menziarahi bumi berdarah Gaza membawa
bersama seluruh ahli keluarganya termasuk Datin Sri Rosmah dan
anak-anak!
Ini membuktikan keazaman dan komitmen Dato' Sri Najib untuk menjadikan
UMNO sebagai sebuah parti yang bukan sahaja inklusif, malah bersedia
menjadi pemangkin kepada kesatuan ummah dan ukhwah Islamiyyah
diperingkat kebangsaan dan antarabangsa!
4. SIAPA LEBIH ISLAMIK
Perlantikan Ustaz Kazim Elias ke MT UMNO membuka pekong betapa tidak Islamiknya PAS:
Tiba-tiba keluar berita menyatakan bahawa Ustaz Kazim Elias telah
dipecat daripada PAS atas alasan memudaratkan PAS, terutama tindakan
beliau mempersoalkan persekongkolan PAS dengan DAP dan PKR. Ustaz Kazim
langsung tidak diberi notis, tidak diberi surat tunjuk sebab, tidak
dipanggil menghadiri apa-apa prosiding disiplin, tidak diberi peluang
bela diri dan tidak diberi peluang menjawab apa-apa pertuduhan. Tau-tau
dipecat.
Itu pun Ustaz Kazim kata dia hanya tahu telah dipecat melalui media!
Ajaran Islam mana yang mengajar PAS boleh pecat orang tanpa notis, tanpa
hak bersuara, tanpa hak bela diri? Kitab mana yang PAS ikut untuk
mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik?
Sekurang-kurangnya semasa nak pecat Anwar Ibrahim, UMNO memberi peluang
seluas-luasnya kepada Anwar untuk membela diri didalam mesyuarat MT!
Perkara yang sama berlaku kepada Dato' Dr. Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya
PAS Selangor dan Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor. Dipecat
tanpa notis, tanpa hak bela diri. Tau-tau kena pecat!
5. AKHLAK BURUK
PM bersama 40 'Ilmuan Muda Islam yang menyertai UMNO |
Ustaz Kazim Elias menceritakan bagaimana sebaik sahaja perlantikan
beliau ke MT diumumkan, dan belum pun beliau menerima perlantikan itu;
beliau menerima pelbagai macam kata-kata nista, maki hamun dan cacian.
Beliau diberi gelaran anak haram, ulama' babi, ustaz khinzir, barua
UMNO, penjilat Najib dan macam-macam lagi.
Malah ada yang mereke-reka cerita konon Ustaz Kazim menelefon mereka dan
menceritakan bagaimana beliau mendapat habuan dan imbuhan atas
perlantikan tersebut. Agamawan pun dah pandai berbohong!
Jelas mereka yang mendabik dada konon Islamik sebenarnya membawa akhlak
dan perangai yang hanya memalukan Islam; yang akan membuatkan iblis dan
syaitan menyeringai kegirangan!
RUMUSAN
Saya berpendapat perlantikan Ustaz Kazim Elias, dan beberapa tokoh Islam
lain termasuk pimpinan muda terutama personaliti luar UMNO membuktikan
pendekatan terbuka dan inklusif yang diambil oleh Dato' Sri Najib dalam
memacu UMNO untuk bersedia menghadapi cabaran alaf baru politik negara.
Ini adalah satu transformasi politik yang berani dan berfikiran 'diluar kotak'.
Saya percaya Dato' Sri Najib sedia maklum bahawa PRU-13 membuktikan Tsunami Cina
telah berlaku dimana pengundi kaum Cina menunjukkan penolakan total
terhadap UMNO dan BN. Walaupun telah diberi pelbagai macam ganjaran,
bantuan dan insentif, ternyata pengundi Cina terbuai hanyut dengan janji
palsu pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Melayu-Islam yang
ditunjangi UMNO.
Saya percaya Dato' Sri Najib sedar bahawa walaupun kelihatan seperti
kaum lain diberi keutamaan dan dimanjakan lebih sebelum PRU-13, namun
pengundi Melayu tetap setia dengan UMNO dan memberikan mandat baru
dengan tambahan kerusi kepada UMNO. Orang Melayu tetap bersama UMNO, dan
tidak memilih untuk mengkhianati bangsanya sendiri.
Sebab itu Dato' Sri Najib menyedari bahawa untuk UMNO kembali kuat dan
bersedia menghadapi PRU-14 nanti, UMNO perlu memperkasakan dirinya
dengan kekuatan perjuangan Melayu-Islam. Tidak cukup sekadar perjuangan
untuk Melayu sahaja, tetapi mesti ditunjangi dengan kekuatan Islam.
Sebab itu beliau melakukan transformasi politik yang berani dengan
berfikiran luar kotak melantik tokoh-tokoh dan personaliti Melayu-Islam
luar UMNO kedalam kepimpinan UMNO dan arus perdana kerajaan.
Bukan itu sahaja, beliau membawa perjuangan UMNO untuk Melayu-Islam ke
peringkat global dengan mendakap para pejuang Islam daripada luar
termasuk daripada dunia Palestin, walaupun beliau sedar dan insaf bahawa
Hamas dan Gaza adalah musuh nombor satu bagi dunia zionis dan cauvinis
barat.
PAS sebagai sebuah parti politik orang Melayu yang berlabelkan Islam
sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk bersama dengan kepimpinan
Dato' Sri Najib demi untuk memperkasa, memartabat dan mengangkat darjat
bangsa Melayu-Islam bukan sahaja di perinkat kebangsaan, malah ke pentas
antarabangsa!
Kepada Ustaz Kazim, terima lah perlantikan ke MT UMNO itu dengan hati
terbuka demi untuk membantu UMNO memperkasa dan memartabatkan bangsa
Melayu-Islam. Anggaplah segala caci-maki, kutuk mengutuk, maki hamun
yang diterima sebagai dugaan seorang da'i. Sedangkan Rasulullah saw
sendiri sampai mengalir darah untuk menyebar risalah Islam, apatah lagi
kita pengikutnya.
Ingatlah pesan ALLAH didalam Surah Al-Ankabut: 2-3, 'apakah manusia
mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah
beriman', dan mereka tidak di uji? Dan sungguh, kami telah menguji
orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar
dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta'.
Ujian bagi seseorang pejuang Islam itu adalah sunnatullah. Ia bertujuan
untuk mengangkat martabatnya, menambahkan pahala dan menghapuskan segala
dosanya insya ALLAH.
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
29 Muharam 1435
03 Dis 2013
SUMBER
No comments:
Post a Comment