Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, December 5, 2013

Pengundi Menyesal Sg. Isap, Kuantan Terhadap YB Fauziah.. Pusat Khidmat Parlimen Kuantan Tak Bantu Banjir

Lihatlah Portal Rasmi Pusat Kidmat Parlimen Kuantan Mati Sejak 9 November 2010
Semalam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuba menjadi heroin di Parlimen dengan membawa usul tergempar supaya bandar Kuantan diisytihar Darurat. 

Alasan yang diberikan Fuziah ialah kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan. Menurutnya, keadaan di Kuantan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera. 

Fuziah turut menyalahkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, JPAM, Bomba, Jabatan Saliran & Pengaliran, Majlis Keseamatan Negara, Polis, Tentera dan sebagainya kononnya dia tidak nampak mereka datang memberi bantuan. Fuziah panik ketika dia bersikap ego dan sombong bodoh.
Lihatlah Blog Rasmi Ahli Parlimen Kuantan, Last Update Pada April 2013
Fakta pertama lihatlah portal Pusat Khidmat Parlimen Kuantan dan blog rasmi di atas. Pusat itu sudah tidak pernah beroperasi sejak kali terakhir pada 9 November 2010 manakala kali terakhir blog dikemaskini pada April, 2013.

Tinjauan kami di beberapa kawasan mendapati Ahli Parlimen Kuantan tidak mempunyai Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat, malah tidak nampak satu 'team' daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Lihatlah di mana-mana kawasan di Kuantan, tidak ada satu pun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan yang beroperasi. Kini, barulah orang Kuantan sedar rupa-rupanya satu Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuantan pun tak berfungsi. 

Barulah kami tahu rupa-rupanya Fuziah tiada menyediakan apa-apapun kemudahan kepada mangsa banjir di Kuantan. Dia hanya tahu bantai agensi-agensi kerajaan tetapi di mana kamu sebagai Wakil Rakyat? Ketika kamu menyerang agensi-agensi kerajaan mereka ada di setiap pelusuk daerah Kuantan, tetapi kamu Fuziah macam biskut sekejap ada sekejap hilang, sekejap di Kuantan sekejap di Kuala Lumpur. Kamu bukan menteri pun, kamu bukan kekasih gelap Anwar pun, kamu hanya Wakil Rakyat yang sepatutnya duduk berkampung bersama-sama kami di Kuantan!

Tinjauan kami juga mendapati ketika hari pertama banjir melanda Kuantan, Fuziah hanya hadir satu hari sahaja di kawasan Kuantan walaupun beberapa kawasan seperti di SMK Tanah Putih, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan banyak lagi kawasan sekolah ditenggelami air banjir. Selepas membebel dan complain sana complain sini, dia terus menghilangkan diri.

Tatkala pasukan penyelamat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Keselamatan Negara, JPAM, RELA, Pasukan Bomba & Penyelamat, Tentera, Polis dan lain-lain agensi kerajaan Persekutuan & Negeri berkampung siang dan malam, mengharungi air banjir dengan bot, mengangkat makanan ke pusat-pusat penempatan banjir, Fuziah pula sibuk menjadikan dirinya heroin di Parlimen dengan memperlekehkan kerja-kerja agensi kerajaan.

Perdana Menteri DS Najib segera terbang ke Kuantan meninggalkan Perhimpunan UMNO untuk bersama-sama mangsa banjir, manakala apabila YB Bung Mokhtar mencadangkan Fuziah baliklah segera ke Kuantan untuk berjumpa mangsa-mangsa banjir tetapi dijawabnya dengan seribu satu alasan, ego dan bodoh sombongnya.
Kakitangan Kerajaan Berhempas Pulas & Fuziah Memperlekehkan Mereka Di Parimen
Fuziah nampaknya bukan seorang  Wakil Rakyat yang bagus kerana dia tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan agensi-agensi keselamatan negara kita. Sebagai Ahli Parlimen, tidak kiralah Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, bukanlah menjadi isu jika melibatkan kepentingan awam. Di sinilah letaknya keegoan, kesomongan dan kebodohan Fuziah.

Lihatlah di negeri Kelantan, bertahun-tahun diperintah kerajaan PAS tetapi agensi-agensi kerajaan persekutuan tidak pernah menghadapi masalah untuk duduk bersama dalam Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri dan daerah untuk menyalurkan bantuan. Pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan BN dan pegawai-pegawai kerajaan negeri PAS di Kelantan saling bekerjasama setiap tahun. Koordinasi agensi keselamatan dan kebajikan peringkat persekutuan dan negeri dengan wakil-wakil rakyat di sana berjalan dengan lancar.
Agensi Kerajaan Siang Malam Tidak Tidur Membantu Mangsa Banjir & Fuziah Memperlekehkan Mereka
Persoalannya, apakah Fuziah tidak tahu hendak bercakap dengan siapa dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri? Bukankah dia Ahli Parlimen yang mempunyai hak dan kuasa untuk bermesyuarat bersama-sama dengan Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah Kuantan? Atau adakah dia pernah hadir dalam mesyuarat itu? Adakah dia pernah berjumpa dengan pegawai kebajikan atau pegawai kerajaan yang menjaga bencana di daerah Kuantan? Semua ini membuktikan Fuziah menghadapi masalah komunikasi di Kuantan. Fuziah tidak tahu kepada siapa hendak meminta bantuan. 

Dia mahu menjadi heroin lone ranger walhal sikap ego sombong itu konon dia mampu mengatasi isu banjir di Kuantan sendiri telah memakan dirinya sendiri. Fuziah ego kepada Allah, Fuziah ego kepada rakyat di Kuantan, dia berbangga kononnya sebagai Wakil Rakyat dia tahu semua, dia mampu mengatasi semua masalah. Apabila dia gagal menyelesaikan semua masalah itu, dia melemparkan kegagalan itu kepada orang lain. Dia mahu lari dari kegagalan dirinya dan kegagalan partinya mengatasi masalah rakyat Kuantan.

Pengajarannya ialah, Allah SWT telah menurunkan ujian kepada rakyat di Kuantan dan tergambar jelas Fuziah yang mengaku maha tahu semua, maha boleh semua terkapai-kapai di Kuantan menyalahkan orang sana orang sini, walhal kegagalannya itu adalah kerana keegoan, kebodohan dan kesombongannya. 

Dia menganggap dan menjadikan kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus siang malam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sebagai musuhnya. Dia kemalu-maluan untuk bercakap dan meminta bantuan kerana dia sombong lagi bodoh. Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah rakyat Kuantan.

Bersambung...

Pengundi Menyesal.
Sg. Isap, Kuantan.

*Aduan Rakyat Kuantan di atas disambung esok. Kami mengalu-alukan emel yang lain jika ada. TK.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...