Bekas calon PKR saman Hadi Awang?
Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa telah memfitnahnya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Mohd. Shamsul, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan
tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan
penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.
Menurut plaintif, Abdul Hadi membuat tuduhan tersebut sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon-calon Pas di tempat-tempat yang ditandingi oleh calon PKR sehingga mengakibatkan berlaku pertindihan calon dalam pakatan pembangkang.
"Kawasan pilihan raya DUN Bukit Besi tempat saya berdaftar untuk bertanding juga merupakan satu tempat calon Pas telah diletakkan untuk bertanding.
"Maka tuduhan dan kata-kata Abdul Hadi yang berunsur fitnah tersebut merujuk secara langsung kepada plaintif dan membawa maksud plaintif yang merupakan calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah menjual pil kuda," dakwa plaintif.
Dakwanya lagi, tuduhan Abdul Hadi yang dinamakan sebagai defendan telah tersebar luas dalam semua media utama manakala rakaman ceramah dimuat naik di internet yang boleh dibaca dan didengar oleh masyarakat Malaysia secara meluas.
Perkara itu, dakwa beliau, memberi gambaran plaintif adalah seorang yang tidak bermoral, tidak berpegang teguh kepada kepimpinan parti, bergiat dalam jenayah dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penduduk.
Berikutan itu, plaintif telah membuat laporan polis pada 22 Julai lalu bagi menyelamatkan reputasi dan nama baiknya.

Selain
ganti rugi, plaintif menuntut perintah injunksi terhadap defendan
daripada membuat sebarang kenyataan, pengucapan atau penulisan yang
berunsur fitnah terhadapnya.
Dalam PRU-13 yang menyaksikan persaingan tiga penjuru itu, Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi manakala calon Pas, Roslan Ismail (4,408) dan Mohd. Shamsul cuma memperoleh 52 undi.
Suara Politik
Belantan

KUALA TERENGGANU 26 Jan. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk memfailkan draf pembelaan berhubung saman malu sebanyak RM2 juta yang dikemukakan bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
ReplyDeletePerintah yang ditetapkan pada 23 Februari depan itu dikeluarkan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa dalam prosiding yang berlangsung kira-kira 15 minit di mahkamah itu di sini hari ini.
Mohd. Shamsul melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Plaintif ketika ditemui selepas sebutan pertama kes itu di Mahkamah Tinggi di sini berkata, pihaknya kecewa kerana tidak menerima sebarang maklum balas daripada defendan sebaik sahaja memfailkan saman berkenaan.
"Sehingga ke hari ini, saya tidak mendapat apa-apa maklum balas berhubung kes ini sama ada beliau (Abdul Hadi) mahu lawan atau sebaliknya. Hari ini pun mereka (Abdul Hadi dan peguam) juga tidak hadir ke mahkamah.
"Saya tidak tahu atas alasan apa beliau dan peguamnya masih membisu sehingga kini.
"Jadi, disebabkan perkara itu, tidak ada apa yang kami boleh buat ketika ini. Kami terpaksa menunggu sehingga 23 Februari ini sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.
Dalam pada itu, Mohd. Shamsul sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dengan kegiatan jenayah membabitkan penjualan pil kuda seperti yang didakwa oleh Abdul Hadi dalam ceramah berkenaan walaupun Presiden Pas itu tidak menyebut secara langsung siapa yang terlibat.
"Memang beliau tidak sebut nama tapi di antara ketiga-tiga calon PKR yang bertindih pencalonan itu (Mohd. Shamsul bersama calon DUN Seberang Takir, Ahmad Nazri Mohd. Yusof serta calon DUN Kota Putera, Mohamed Abdul Ghani Ibrahim), ramai yang memandang serong apatah lagi saya kurang berpengalaman dan paling muda.
"Justeru, saya sebelum apa-apa terjadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini (menyaman) bagi membersihkan nama saya dan apa yang saya lakukan ini atas sifat peribadi dan tiada kaitan dengan parti yang sebelum ini meminta saya agar tidak meneruskan hasrat tersebut," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140127/ma_03/Disaman-Hadi-masih-belum-beri-maklum-balas#ixzz2rdyCt1uh
© Utusan Melayu (M) Bhd