Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, March 1, 2013

Terkini Lahad Datu: 10 Orang Dari Puak Penceroboh Serah Diri, Yang Lain Melarikan Diri





Pekan, 1 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.

"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang
mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.

"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III' Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu
dengan membuat beberapa tuntutan. Bagaimanapun beliau bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu.

"Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya memperketat keselamatan Sabah. Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia.

"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar dengan baik," katanya.
- BERNAMA
lahad datu2 

MANILA –  Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) berkata 2 pegawai polis Malaysia terbunuh dan seorang cedera selepas ditembak oleh pengikut Datu Raja Muda Agbimuddin di Sabah, Malaysia.

“Pihak berkuasa Malaysia, khususnya polis Malaysia, kini memburu kumpulan itu. Dua orang terbunuh dan 1 cedera dari polis Malaysia selepas kenderaan mereka telah ditembak oleh sekumpulan penceroboh.
Duta itu berkata kemelut di Lahad Datu Telah berakhir,” jurucakap DFA, Raul Hernandez berkata dalam satu kenyataan.

Hernandez berkata DFA masih mengesahkan laporan dari kumpulan Sultan Jamalul Kiram III 10 pengikut Raja Muda terbunuh manakala 4 yang lain cedera dalam insiden tembak-menembak di Lahad Datu.

“Maklumat yang kita perolehi daripada duta Malaysia ialah 10 orang daripada penceroboh telah menyerah diri dan pemilik rumah di mana mereka tinggal telah terbunuh. Dari pihak berkuasa Malaysia, 2 terbunuh dan 1 cedera selepas kenderaan polis Malaysia telah dibedil oleh kumpulan penceroboh”, katanya.

Dua lelaki dari kumpulan penceroboh juga melarikan diri ke arah laut, menurut duta Malaysia. Hernandez berkata mereka tidak mempunyai maklumat jika penceroboh yang melarikan diri itu mampu untuk terlepas dari buruan pihak berkuasa Malaysia.

Beliau berkata Setiausaha Hal Ehwal Luar Albert del Rosario meminta Duta Besar Malaysia ke Filipina untuk taklimat penuh operasi yang dijalankan oleh pasukan Malaysia di Lahad Datu.

Beliau berkata del Rosario mengemukakan nota ‘verbale’ kepada duta, meminta akses penuh kepada kumpulan Raja Muda supaya kerajaan Filipina boleh memberi rawatan perubatan kepada mereka yang cedera dan menyediakan bantuan konsular kepada seluruh kumpulan penceroboh yang telah menyerah diri itu.

“Setiausaha del Rosario juga meminta kebenaran bagi kapal Tentera Laut Filipina AT-296 BRP Tagbanua untuk menuju ke Lahad Datu bagi membolehkan kakitangan perubatan Filipina di luar negara untuk merawat mereka yang tercedera dan membawa mereka dan baki anggota kumpulan itu kembali ke Filipina,” katanya.

Artikel disiar pada March 1, 2013 - 4:25 pm oleh Darlina Shasha

1 comment:

  1. Gila Babi ke apa menteri kabayan sekor ni?komando malaysia syahid dia minta kerajaan serahkan lanun lanun yang ditangkap pada filipina.jangan lepaskan lanun lanun ni semua.interrogate cukup2 sampai dapat maklumat siapa dalang dari malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...