Blog Pro Pakatan Rakyat Sambut Baik Hukum Hudud Tidak Disenarai Dalam Manifesto
SEPATUTNYA artikel ini
disiarkan semalam lagi, tapi kerana suarapakatanrakyat.com mengamalkan
sistem giliran yang agak rigid dan tidak begitu fleksibel, maka artikel
ini hanya dapat disiarkan hari ini.
Kisahnya tentang ketiadaan
hukum hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan kelmarin.
Maklum sajalah, sejak PAS mula menunjukkan tanda-tanda berpatah balik
kepada perjuangan Islam dan melaksanakan hudud ini, setiap dari kami
bimbang sekiranya perlaksanaan hudud dimasukkan dalam manifesto Pakatan
Rakyat itu.
Ternyata kebimbangan kami
di suarapakatanrakyat.com tidak berasas. Datuk Seri Anwar Ibrahim
ternyata seorang yang komited dengan janji untuk menolak
sekeras-kerasnya perlaksanaan hudud ini dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Jangan kata peringkat persekutuan, peringkat negeri sekalipun
perlaksanaan hudud ini tidak langsung disebut.
Baguslah begitu.
Suarapakatanrakyat.com
dimaklumkan oleh sumber, ramai penyokong PAS kurang berpuas hati dengan
keputusan kepimpinan tertinggi parti tersebut menolak perlaksanaan hudud
dalam manifesto Pakatan Rakyat itu.
Presiden PAS, Datuk Seri
Abd Hadi Awang dikhabarkan sedang menghadapi tekanan yang maha hebat
dari dalam partinya yang mahu melihat manifesto ini diubah dan hudud
dimasukkan, sekurang-kurangnya boleh dilaksanakan di peringkat negeri
yang mempunyai majoriti besar orang Melayu seperti Terengganu dan
Kelantan.
Menurut mereka,
memandangkan hudud hanya boleh dilaksanakan melalui persetujuan kerajaan
persekutuan, ketiadaan undang-undang tersebut, malah perkataan negara
Islam dalam manifesto ini, telah menghancurkan harapan penyokong PAS
yang mahu melihat undang-undang hudud dilaksanakan juga akhirnya di
Malaysia ini.
Paling tidak diperingkat negeri.
Tapi ini hanya pandangan
minoriti kecil dalam Pakatan Rakyat dan tidak perlu diberi perhatian
sangat. Kita ada agenda yang lebih besar untuk membantu rakyat
meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dan memberi lebih banyak wang
kepada mereka. Hudud dan negara Islam, langsung tidak membantu ke arah
mencapai matlamat ini.
Hadi sendiri tidak perlu
terikut-ikut dengan desakan tersebut. Sudah cukuplah kepercayaan
pimpinan Pakatan Rakyat terhadap kredebiliti Hadi sebagai Presiden PAS,
sedikit tercalar berikutan keputusan flip flopnya dalam isu kalimah
Allah, jangan sampai isu hudud ini pun menambah kepada ‘kecalaran’ itu.
Yang penting sekarang
ialah, semua yang mengaku penyokong Pakatan Rakyat, agar melupakan terus
isu yang tidak memberi faedah langsung seperti hudud dan perlaksanaan
negara Islam ini dan memberi lebih tumpuan kepada perlaksanaan
tawaran-tawaran dalam Manifesto kali ini.
Apatah lagi sekarang, UMNO
dan BN dilihat telah mula menggerakkan jenteranya untuk meremehkan
Manifesto Rakyat ini sebagai janji-janji kosong dan dipertikaikan
kemampuan untuk melaksanakannya.
Sumber: suarapakatanrakyat.com
No comments:
Post a Comment