Laporan Pentadbiran Dan Kewangan KUIN Gagal Di Bentangkan
insaniah Holding, sebuah syarikat swasta yang di bawa masuk REKTOR KUIN,
Jamil Osman dan di persetujui Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang
juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN sebenarnya merupakan
punca utama Kolej Universiti Insaniah menghadapi masalah kewangan yang
sangat kritikal sehinggakan telah menyebabkan permasalahan di dalam
membayar gaji kakitangan KUIN.
Untuk Makluman. Dalam syarkikat
Insaniah Holding terdapat seorang penjenayah kewangan yang di beri
jawatan menguruskan kewangan Insaniah Holding.
Ahmad Shkri Ramli
merupakan Financial Controller / Pengurus Kewangan Insaniah Holding.
Ahmad Shkri sebelum ini pernah di sabitkan dengan jenayah kewangan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana melakukan jualan singkat 202 lot
saham-saham AKN Technology BHD dan di denda sebanyak RM300 ribu.
Pada
mula di dalam memegang jawatan sebagai Financial Controller, Ahmad
Shkri di berikan gaji sebanyak RM2500 sebulan oleh Insaniah Holding.
Selepas beberapa bulan berkhidmat, gaji Ahmad Shkri di naikan melebih
50% iaitu RM 4000.
Kenaikan gaji Ahmad Shkri tidak berhenti di
situ saja apabila selepas setahun berkhidmat, CEO Insaniah Holding
telah bersetuju menaikkan gaji Ahmad Shkri sebanyak 50% dari RM 4,000
menjadi RM 8,000 sebulan mulai 2012.
Akibat kos operasi Insaniah
Holding yang tinggi, syarikat terbabit telah bertindak mengambil duit
sebanyak RM 12 Juta pada tahun 2012 dari peruntukan Kerajaan Negeri
Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.
Bayangkanlah
setiap kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding gaji mereka tidak
kurang dari RM 10,000 dan paling tinggi RM 35,000 sebulan dan gaji
mereka terpaksa di bayar menggunakan duit peruntukan tahunan Kerajaan
Negeri Kedah kepada KUIN kerana Insaniah Holding gagal mendapatkan
keuntungan.
No comments:
Post a Comment