SOKONG NIK AZIZ DAN HADI KELUAR FATWA BRIM "HARAM SYARIE"! #BNPRU13
Kenyataan terbaru Presiden PAS Hadi Awang menerusi Ucapan Konvensyen
Pakatan Rakyat hari ini nyata klimaks serangan yang kian hilang kawalan
dan mengubah prinsipnya secara total.
Hadi Awang yang dilihat bersifat sederhana dalam mengeluarkan sebarang
kritikan terhadap UMNO/BN kini dilihat kian taksub dan liar tatkala
bahang PRU13 semakin hampir.
Beberapa tokoh Ulama' PAS nyata kesal dan khuatir kecelaruan Hadi Awang
dalam menyerang pelbagai cemuhan dan kecaman yang tidak menggambarkan
apa yang disampaikan beliau satu ketika dahulu.
MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mencabar pemimpin tertinggi PAS itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.
"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini meneruskan serangannya terhadap Barisan Nasional (BN) apabila menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.
Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.
"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.
"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.
Beliau dalam ucapannya pada sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini juga mendakwa program bantuan tunai BR1M yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.
Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang membayangkan pemberian BR1M umpama memberi makanan kepada haiwan.
PengundiBaharu: Rakyat secara keseluruhannya termasuk pencacai PAS di hina oleh Ulamak Politik...!
AKHIRNYA
BALASAN KATA PENERIMA BR1M, BINATANG... SEKALI LAGI SEKOLAH HADI AWANG, RENTUNG TERBAKAR!!!
Monday, February 25, 2013Kalau petunjuk masih tidak dipedulikan, tak tahulah...
Jam 5:00 petang tadi, sebuah asrama lelaki di Madrasah Darul Quran Rusila, Marang telah terbakar. Pihak bomba bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke bangunan asrama berdekatan. Jumlah kerugian masih lagi tidak dapat ditaksirkan. Tiada kecederaan dan kemalangan dilaporkan.
Punca kebakaran dipercayai litar pintas.
Ini adalah kejadian kedua yang berlaku di madrasah yang dimiliki oleh Haji Hadi, Presiden PAS itu. Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap. Agak bernasib baik memandangkan hujan lebat turut 'membantu' pihak bomba memadamkan kebakaran dan mengelak api daripada merebak.
Dah dua kali dan dalam jangka masa sebulan....
Kalau penerima BR1M dikatakan sebagai HAIWAN, apakah kali ini para pelajar yang terjejas dan pengurusan madrasah yang diterajui oleh Hadi Awang itu, akan mengelak daripada menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak kerana menerima bantuan bererti mereka semua adalah BINATANG!!!
Tidak mustahil, kejadian kali kedua ini merupakan kifarah kepada Hadi Awang setelah dia secara lantang melabelkan semua penerima BR1M sebagai BINATANG.
Masih tidak dapat petunjuk gak lagi?
No comments:
Post a Comment