Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, February 28, 2013

MANIFESTO PR PRU13 : NEGARA ISLAM DAN HUDUD TERUS BERKUBUR BERSAMA KEKUFURAN KEPIMPINAN PAS.

HUDUD : ANTARA REALITI DAN FANTASI PART 1

Polemik mengenai pelaksanaan hukum hudud ini bermula apabila Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun, sehingga kini, ianya belum diwartakan untuk dilaksanakan. Puncanya adalah disebabkan oleh sekeping surat yang diutuskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir bin Mohamad yang antara isinya, tidak merestui pelaksanaan enakmen berkenaan atas beberapa sebab yang akan kawan sentuh kemudian.

Dan disebabkan isi kandungan surat itu, Tun Mahathir, Umno dan BN dituduh sebagai kafir kerana menolak hukum hudud. Tuduhan itu melekat di bibir pengikut tegar Pas dan PR sehingga kini dan sentiasa dijadikan hujah untuk membelasah Umno.
 
 
Pertama sekali, kita percaya, sebagai orang Islam, tiada sesiapa yang menolak hukum hudud sebagai hukum yang telah digariskan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Video di atas (minit 00:01 ke 00:55) memaparkan pendakwah tersohor, Ustaz Mohd Kazim Elias, yang menerangkan bahawa beliau sendiri berjumpa dengan Tun Mahathir bertanyakan samada benar beliau menolak hukum hudud? Jawapan dari Tun Mahathir adalah, siapalah beliau untuk menolak hukum hudud? Yang dipertikaikan oleh Tun Mahathir adalah dari aspek keadilan yang juga akan saya sentuh sebentar lagi.
KEADILAN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD
(Sumber : Utusan Malaysia, klik sini)
(Sumber : Harakahdaily, klik sini)
Pas selalu mengatakan bahawa hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Sila lihat kedua-dua kenyataan di atas yang menyebut Hj Hadi Awang berkata pelaksanaan hukum hudud di negara ini hanya membabitkan orang Islam sahaja. Juga kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari dalam Harakahdaily, yang menyebut Tok Guru  (sudah pastinya yang dimaksudkan adalah Nik Aziz) memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja. Sedangkan, dalam video pertama (minit 00:53 hingga 01:10) serta  dalam video kedua di bawah,  Ustaz Mohd Kazim mengulas dengan panjang lebar bahawa hukum hudud adalah terpakai ke atas semua orang, termasuk yang bukan Islam, beserta dengan dalil-dalilnya sekali. Lantaran itu, Tun Mahathir dalam suratnya mempersoalkan keadilan pelaksanaan hukum hudud Kelantan sekiranya ia cuma terpakai ke atas orang Islam sahaja.
 
 
 
Dalam senario satu kumpulan pencuri yang dianggotai oleh seorang Melayu Islam, seorang Cina dan seorang India (yang kedua-duanya bukan Islam) dan ditakdirkan tertangkap ketika mencuri, hukuman yang menanti, jika disabitkan kesalahan, bagi tertuduh pertama adalah potong tangan, manakala tertuduh lain dihukum penjara. Di sinilah letaknya soalan keadilan yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir. Tiga orang yang melakukan kesalahan yang sama, tetapi menjalani hukuman yang berbeza, cuma disebabkan oleh agama berbeza yang dianuti oleh mereka. Dan kerana mempersoalkan keadilan hukuman yang sebegini, yang nyata jika menurut keterangan Ustaz Mohd Kazim dalam video kedua, sebagai berlawanan dengan kehendak syariat Islam, Tun Mahathir dicap sebagai menghina dan menolak hudud, malahan ada yang lebih berani lagi mengatakan Tun Mahathir kafir? Habis, apa pula status Hj Hadi dan Nik Aziz yang mengatakan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, sedangkan keterangan Ustaz Mohd Kazim dan ramai ulama lain dengan jelas mengatakan bahawa hukum Allah terpakai kepada seluruh manusia termasuk yang bukan Islam?  
UMNO KAFIR KERANA TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD?
(Sumber : Malaysiakini, klik sini)
Selain Tun Mahathir, PM sekarang, Datuk Seri Najib juga dikutuk dan dimaki oleh penyokong Pas kerana kenyataan beliau bahawa undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini. Penegasan yang diberikannya adalah bersandarkan kepada realiti keseimbangan masyarakat negara ini yang tidak mengizinkan hukum hudud dilaksanakan buat masa ini. Namun begitu, beliau menerima hakikat bahawa hukum hudud adalah undang-undang Tuhan.
Yang peliknya, bila Hj Hadi Awang, yang semasa menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 2000 mengeluarkan kenyataan bahawa hukum hudud adalah sebahagian kecil daripada hukum syariah (0.0001), tiada pula penyokong Pas bangun mempersoalkan kenyataan Hj Hadi itu. Apabila dinisbahkan dengan angka yang begitu kecil, maknanya Hj Hadi sendiri mengakui terdapat keutamaan yang lebih besar dalam maslahat kehidupan rakyat di negara ini.  
Bagaimana pula dengan negeri Kedah yang juga diperintah oleh Pas? Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kedah tidak akan melaksanakan hukum hudud pada masa ini kerana berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Ini bermakna, Tok Jan berkongsi sentimen dan menyedari hakikat tidak mudah untuk meyakinkan rakan kongsinya untuk merubah sistem perundangan sediada kepada hukum hudud. Begitulah juga yang berlaku di peringkat persekutuan.
(Sumber : Malaysiakini, klik sini)
Bagaimana pula dengan sebuah lagi negeri yang dikuasai oleh PR iaitu Selangor? Menteri Besarnya juga seorang Melayu/Islam. Bezanya, MB berkenaan bukannya datang dari Pas, sebaliknya rakan sebantal Pas dalam PR, PKR. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri berkata bahawa kerajaannya tidak bercadang untuk melaksanakan hukum hudud di Selangor. Dan dia sendiri tak mahu nak komen tentang usaha Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di sana. Mungkin bimbang dengan reaksi amarah DAP, kerana maklum sajalah, khabarnya, DAP yang sebenarnya menjadi "taiko" dalam kerajaan Selangor.
Jangan ditanya pula tentang satu lagi negeri yang dikuasai PR iaitu Pulau Pinang. Abang besar DAP menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri dan kedudukan Pas dalam kerajaan Pulau Pinang seolah-olah seperti melukut di tepi gantang. Pas hampir tiada suara dalam pentadbiran negeri hinggakan satu-satunya wakil Pas dalam DUN negeri itu tidak diberikan tempat sebagai exco negeri, setidak-tidaknya bagi portfolio Hal Ehwal Agama yang diisi oleh wakil PKR.
Jadi, kenapa Tun Mahathir, Datuk Seri Najib, UMNO dan BN dicop dengan pelbagai tuduhan seperti hina Islam, tolak hudud, hingga ada yang sampai mengkafir dan memurtadkan mereka? Bagaimana pula dengan Haji Hadi, Tok Jan dan Khalid Ibrahim? Tak hina Islamkah mereka? Tak tolak hudud ke mereka? Ataupun kerana mereka ni merupakan rakan tidur sebantal, maka hukum yang mereka timpakan ke atas orang UMNO dan BN tidak terpakai ke atas mereka ini?
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...