Siapa Arah Bunuh Altantuya : BALA GAGAL KEMUKA BUKTI ... Sebarkan FAKTA Ini
Mengapa P.Balasubramaniam masih lagi GAGAL MENGEMUKAKAN BUKTI mengaitkan DS Najib dalam isu pembunuhan Altantuya
A) Kenyataan Balasubramaniam A/L Perumal (Bala) dalam siasatan kes kematian Altantuya –
i)
Telah beri percakapan kepada pihak polis. Polis tidak memasukkan
ceritanya berkenaan Najib. Percakapannya kepada polis tidak nyatakan apa
– apa berkenaan Najib.
ii) Percakapan telah dibaca semula dan
diterangkan. Beliau diberitahu hak untuk membuat pindaan atau tambahan.
Beliau telah mengakui benar dan menandatangani pernyataan tersebut.
(Sebagai bekas anggota polis, beliau tahu hak beliau untuk menyatakan
segala keterangan dengan benar dan mengubah percakapan jika ada)
iii)
Balasubramaniam telah memberi keterangan sebagai saksi dalam
perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau tidak langsung memberi
keterangan berkaitan penglibatan Datuk Seri Najib. Beliau telah
disoalbalas oleh peguambela dan tidak terdapat sebarang keterangan
berkaitan perkara tersebut.
iv) Dalam keterangan Bala di Mahkamah
dalam kes pembunuhan Altantuya, isu RM50,000.00 diminta oleh Altantuya
bersama 3 tiket kapalterbang ke Mongolia sebagai syarat Altantuya tidak
membuat laporan polis terhadap Razak Baginda.
v) DPP tidak tanya
sebab Bala tak sebut apa – apa berkenaan Najib. Bala telah berkhidmat
sebagai anggota polis selama 17 tahun dan jawatan terakhir adalah di
Cawangan Khas.
B) Perakuan Bersumpah (SD) Balasubramaniam -
i) SD1 dibuat pada 3/7/2008.
ii) SD2 dibuat pada 4/7/2008.
C) Kenyataan Suresh A/L Subramaniam –
i)
Pada bulan Mei 2008 beliau berjumpa dengan Bala di sebuah PubBulldog di
Hartamas. Di sana beliau telah diperkenalkan dengan beberapa orang
termasuk Ahli Parlimen Sivarasa dan peguam Amrick Singh Sidhu. Mereka
membincangkan kes Altantuya dan bertanya sama ada beliau tahu tentang
kes tersebut.
Suresh
menyatakan beliau tidak terlibat dalam ke situ. Mereka meminta Suresh
untuk membuat Pernyataan Bersumpah (SD)untuk mengaitkan Timbalan Perdana
Menteri dengan Razak Baginda dalam kes Altantuya. Suresh menyatakan
beliau tidak berminat dengan cadangan mereka.
ii)
Pada 2/7/2008, Bala meminta bantuan Suresh untuk menghantarnya ke Corus
Hotel di hadapan KLCC. Dalam perjalanan telah singgah di DUO Residency
yang mana Bala mengambil satu envelope yang ditinggalkan oleh peguam
Amrick Singh. Bala memaklumkan “something big is going on tomorrow”.
Suresh telah menonton berita dan mendapati Balasubramaniam telah membuat
pengakuan bersumpah melibatkan Timbalan Perdana Menteri yang mana
semasa tersebut Dato Seri Anwar Ibrahim berada di sebelah Bala.
iii) Selepas
itu, Bala menghubungi Suresh menyatakan beliau takut dan telah pergi
bersama ke pejabat Amrick Singh di Ampang. Amrick Singh memujuk Bala
agar jangan takut dan meminta pembantu Bala bernama Suras Kumar juga
membuat Penyataan Bersumpah bagi mengaitkan TPM dengan Altantuya dan
Razak Baginda. Suras enggan walaupun Amrick Singh menyatakan akan
membincangkan bayaran kepada Suras kemudiannya.
iv) Bala telah
memaklumkan kepada Suresh bahawa pihak Amrick Singh dan PKR telah
menjanjikan RM700,000 dan peluang perniagaan kepada Balasubramaniam bagi
membuat Penyataan Bersumpah tersebut. Bala juga menyatakan beliau
bersetuju memberi Penyataan Bersumpah tersebut kerana marahkan pihak
polis yang telah menangkap beliausemasa siasatan kes Altantuya dan
menyebabkan pendapatannya hilang.
v) Berkaitan
RM50,000 Suresh dimaklumkan oleh Bala bahawa Altantuya mengugut untuk
mendapatkan jumlah wang tersebut, jika tidak Altantuya akan mencolek
anak Razak Baginda.
i) RM50,000.00 – Altantuya sendiri memaklumkan kepada beliau bahawa Altantuya memerlukan wang itu untuk merawat anak dan emaknya serta membayar hutang.
ii) Sepanjang bertugas dengan Bala, beliau tidak pernah dimaklumkan apa –apa tentang penglibatan Datuk Seri Najib.
E) Kenyataan Abdul Razak bin Abdullah (Razak Baginda) -
Dalam
penyataannya kepada pihak polis, beliau menafikan dan menyatakan tidak
memberitahu Bala sepertimana dalam SD1 mengenai penglibatan Datuk Seri
Najib.
F) Penyataan Bersumpah Kedua -
i)
Menurut Bala, dalam siasatan peguam Arulampalam yang menyediakan
Penyataan Bersumpah (SD2) tetapi disangkal oleh peguam tersebut. Bala
menyatakan bahawa dia bertemu dengan peguam Arulampalam pada 3/7/2008 di
Lotus dan peguam tersebut yang membawa ke Hotel Prince pada 4/7/2008.
Manakala peguam tersebut menyatakan dia bertemu kali pertama dengan Bala
di Prince Hotel atas permintaan Bala dan di situ, Bala menunjukkan SD2
tersebut dan Bala memberitahu dia bahawa dia membuat atas paksaan
(duress), oleh kerana itu Bala hendak menarik balik SD1.
ii)
Menurut Bala lagi, beliau membuat SD2 kerana marahkan pihak PKR
mengadakan kenyataan akhbar sepanjang penyataan SD1 bagi mempolitikkan
perkara tersebut. Sebaliknya Peguam Amrick Singh Sindhu dan peguam
Sivarasa menyatakan bahawa Bala sendiri bersetuju membuat kenyataan
akhbar tersebut.
G) Perjumpaan di The Curve –
i)
Dalam kenyaaan Bala, beliau menyatakan terdapat 6 orang hadir dalam
perjumpaan tersebut iaitu Bala, Suresh, Deepak, Dhanesh, Datuk Nazim dan
isteri Datuk Nazim.
ii) Suresh menafikan ada perjumpaan di The Curve pada malam3/7/2008.
iii) Dhanesh Jaikishan A/L Jaikishan Rewathand menafikan ada hadirperjumpaan tersebut.
iv) Deepak menafikan ada perjumpaan tersebut.
v) Datuk Nazim juga menafikan berlakunya perjumpaan tersebut.
H) Keterangan Pegawai –
Pegawai
polis yang menjalankan soal siasat ke atas Bala dalam kes Pembunuhan
Altantuya. Mereka menafikan bahawa Bala ada menyatakan penglibatan Datuk
Seri Najib dalam kes berkaitan Altantuya.
Fakta-fakta di atas adalah penyebab mengapa P.Balasubramaniam sehingga kini GAGAL MENGEMUKAKAN SEBARANG BUKTI.
Rakyat
perlu mengetahui dengan jelas setelah lama menghilangkan diri,
P.Balasubramaniam muncul di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya
pilihanraya umum.
Ini
bukan andaian namun hakikat sebenar permainan politik licik Anwar
Ibrahim dan PKR untuk menjatuhkan DS Najib sejak beliau memangku jawatan
Timbalan Perdana Menteri lagi. SUMBER
BUKTI Balasubramaniam GAGAL kemukakan bukti. SINI
No comments:
Post a Comment