Persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang itu merupakan bukti jelas bahawa mereka langsung tak tahu apa-apa tentang ancaman yang diterima di perairan negara yang boleh dikatakan hampir setiap hari oleh anasir-anasir luar.
Pembangkang di Malaysia termasuklah Anwar Ibrahim fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Bodoh lah mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.
Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot-bot kecil yang berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yang luas, tak mustahil akan ada bot kecil yang bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.
Kumpulan-kumpulan kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yang tahu sudah berapa lama perancangan yang dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.
Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.
Setelah musuh dikenalpasti, pihak yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati-hati agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.
Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.
Oleh itu, dakwaan Anwar bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa Anwar dan Pakatan sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadinya sendiri.
No comments:
Post a Comment