Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, March 1, 2013

[TERKINI] 12 Anggota Penceroboh Kesultanan Sulu dan 3 Komando Polis Malaysia Terbunuh


Menurut laporan Philstar, sepuluh anggota tentera diraja Kesultanan Sulu terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan oleh pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu, Sabah, pagi tadi.

Hal ini dimaklumkan oleh jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani yang mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada Kiram, saudara Sultan Jamalul Kiram III. Pertempuran yang turut mencederakan dua anggota keselamatan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bernama berlaku sekitar sekitar pukul 10:15 pagi.

Jurucakap Kesultanan Sulu berkata bahawa pegawai Kerajaan Filipina mahu "menutup kebenaran" apabila mendakwa tiada sesiapa yang tercedera dalam serangan itu.

Walaupun ada yang terbunuh, namun pihak penceroboh akan meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah secara aman.

Menurut Idjirani, pihak Kesultanan Sulu bercadang membawa hal ini ke Persidangan OIC.

"Kesultanan Sulu ialah orang Islam dan Malaysia pula kerajaan Islam," kata Idjirani.-DCM

Laporan awal di sini.
Kemas Kini:
Bernama melaporkan dua anggota komando polis Malaysia meninggal dunia akibat terkena serangan mortar.
Laporan itu menyatakan:
 LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
P/s: Menurut laporan beberapa blog, komando yang terbunuh itu ialah INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO. -Al fatihah!


Kemas Kini (5 petang)
Pencerobohan di Lahad Datu dilaporkan berakhir
[MK] Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah berakhir.
ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. 

Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.
ABS-CBNnewsmemetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat.
Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera.
"Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurut kenyataan Hernandez.
Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia.
Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing.
Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.
Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain.
"Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang.
"Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya.
Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin.


Kemas Kini (9 malam):


Senarai Anggota Keselamatan Malaysia yang Cedera dan Terkorban:
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Baru diberitakan sekitar jam 6 petang tadi Kpl Azman telah meninggal dunia.
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)
* Anggota ketiga yang terkorban masih belum diketahui identitinya.

FIKIRKAN:


Anwar Ibrahim.... lain tidak bukan hanyalah Anwar Ibrahim yang kemarukkan kuasa sehingga sanggup mengadaikan negara Malaysia ini. Kenyataan Anwar Ibrahim lah menyebabkan Lanun Sulu menyerang Sabah yang menjadikan anggota Komando 69 kita maut demi mempertahankan negara hari ini.



sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...