Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 2, 2013

BANGKIT MELAYU BERSATU MELAYU : Jurang perpecahan semakin mendalam



sebuah lagu yang mengajak orang melayu bersatu demi masa depan anak cucu kita.percakaran yang tiada kesudahan sesama kita hanya menguntungkan pihak lain.moga dengan penghayatan yang mendalam lirik lagu ini mampu menyedarkan kita bahawa kita sudah banyak kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri...

Jurang perpecahan semakin mendalam

Banyak sebab mencetuskan jurang perpecahan yang semakin mendalam di kalangan umat Islam di mana-mana. Antaranya berbeza aliran dalam pendekatan dan orientasi gerakan dan jamaah Islam.
Tradisi tasamuh dan tolak ansur tidak berlaku. Masing-masing menganggap uslub dan cara mereka adalah benar. Lalu tidak berlaku sikap saling melengkapi hingga menyebabkan perpecahan dan pendirian yang tajam terjadi.
Gerakan dan jamaah Islam yang bergerak atas orientasi siasah atau politik jauh lebih agresif dalam cita-cita perjuangannya. Pendekatan dakwah yang menyantuni ummah tidak lagi menjadi pedoman terbaik mengajak lebih ramai pihak mendekati Islam.
Sebaliknya pendekatan tajam dengan gelar dan sindiran menyebabkan ada yang keliru dan celaru serta semakin jauh dari Islam.
a
Lebih-lebih lagi dalam politik antarabangsa umat Islam, pertentangan aliran fahaman menjadi perkara utama yang membawa perpecahan lebih dahsyat. Bagi negara Iraq, Syria, Bahrain malah Pakistan umpamanya faktor Syiah-Sunni menjadi latar yang sangat hodoh membawa perpecahan parah di kalangan umat Islam.
Isu takfir menjadi isu di mana-mana. Umat Islam saling melemahkan antara satu dengan lain dan elemen kepelampauan ini menyebabkan suatu kumpulan merasakan diri mereka lebih Islamik dan jalan mudah memperleceh pihak lain dengan label-label seperti hisbussyaitan, taghut, asabiyyah-rasis dan banyak lagi.
Akhirnya agenda sesama umat ialah melemahkan sesama sendiri, mendalamkan jurang hubungan, menutup pintu muzakarah dan perbincangan, cenderung mencari salah orang lain, menabur fitnah sesuka hati seolah-olah memakan gading saudaranya sendiri.
Umat Islam perlu kembali kepada rujukan utama iaitu Quran dan Hadis. Umat Islam adalah pendukung risalah melalui dakwah dan tarbiah dengan menyemak sahsiah diri supaya kita menjadi sumber ikutan dan teladan.
Pendekatan nafsul amarah atas nama taksub, dendam kesumat dan kebencian bukanlah ajaran Islam. Pendakwah dan pendidik, malah ahli politik pun harus memiliki pekerti mulia iaitu bersifat kasih sayang, memberi harapan terhadap orang lain, saling menasihati, menegur dengan bijaksana dan memiliki rasa belas kasihan yang tinggi terhadap orang lain, khususnya di kalangan orang bermasalah.
Allahyarham Pak Muhammad Natsir, bekas Perdana Menteri Indonesia yang pertama pernah menyebutkan bahawa walaupun beliau orang politik tetapi jalur dakwah sentiasa menjadi pedoman perjuangannya.
Buku Fiqh Dakwahnya yang terkenal itu sentiasa menjadi pedoman generasi dahulu mengenai betapa pentingnya jiwa dai’ dan murabbi dibangunkan supaya di mana pun kita berada dan apa pun tanggungjawab yang dimiliki, peranan dakwah harus terus berjalan.
Umat Islam berjiwa besar harus memiliki sangka baik (khusnuzzan) yang tinggi. Kutukan dan maki hamun tidak akan lahir daripadanya apabila membina sangka baik terhadap orang lain.
Persepsi negatif dan keterlaluan tidak akan terjadi. Kalau berlaku kesilapan dipihak lain teguran membina dan nasihat yang baik seharusnya terjadi.
Sekali rasa permusuhan lahir tidak mudah ia terlerai. Setiap pihak akan terus mencari dalih supaya permusuhan itu terus tajam dan tidak ada jalan keluar yang dicari supaya persengketaan itu dapat dileraikan.
Memang latar pendidikan dan kefahaman manusia terhadap Islam tidak sama. Orientasi pendidikan yang terdapat dalam keluarga dan kefahaman keluarga terhadap Islam juga menjadi isu. Ramai yang memahami Islam sebagai agama ritual bukannya suatu cara hidup. Lalu wujud kelainan dalam struktur kehidupan umat Islam.
Ia menjadi amat penting disantuni supaya perbezaan, kelainan kefahaman yang wujud perlu didekati dengan bijaksana.
Sebagaimana pendakwah kebencian kita terhadap kemungkaran seseorang adalah sesuatu yang wajar tetapi tidak kepada kebencian kepada orang itu sendiri. Sekiranya kebencian terhadap perbuatan orang itu sama benci dengan orangnya putuslah tali-temali dakwah antara dai’ dan mad’u (sasaran). Orang itu akan terus berada dalam kefasadan dan kemungkaran.
Tetapi kalau ada jiwa besar untuk melakukan dakwah dan memberi cetusan kepada sasaran yang bermasalah asbab ini boleh menjadi punca turunnya hidayah daripada ALLAH. Apabila sasaran berubah, mereka akan menjadi sebahagian daripada mata rantai perjuangan kita.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...