WAKIL DR. XAVIER DIHALAU KELUAR DALAM MESYUARAT OLEH ANWAR |
Akibat kecewa Dr Xavier Jeyakumar digugurkan daripada menjadi exco
Kerajaan Negeri Selangor, para penyokongnya menyerbu ke rumah Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Difahamkan mereka juga telah mengadakan pertemuan tertutup dengan
Anwar, memujuk agar ADUN Seri Andalas itu diberi peluang satu penggal
lagi menjadi exco.
“Namun mesyuarat itu tidak berhasil kerana PKR telah pun mengenal
pasti barisan exco baru untuk penggal kedua di bawah pentadbiran Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” .
Mesyuarat tertutup itu agak panas apabila salah satu daripada
penyokong-penyokong itu telah diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat
oleh Anwar.
ANWAR AKHIRNYA TUNDUK DAN TAKUT KEPADA SULTAN
Enam individu terlibat dalam mesyuarat bersama Anwar itu, diketuai
oleh ahli majlis Selayang, George Gunaraj dan pengerusi bersama Suaram, K
Arumugam.
Difahamkan, dalam penjelasan Anwar, beliau mendakwa nama Xavier digugurkan oleh pihak istana dan bukannya parti.
Dalam perkembangan berkaitan, pegawai khas Anwar khas, R Suresh Kumar
mengkritik Xavier dan penyokong-penyokongnya yang berkumpul di hadapan
rumah Ketua Umum PKR.
“Ia adalah sangat tidak profesional dan tidak sihat bagi seorang
pemimpin kanan seperti Xavier. Apa-apa isu berkaitan parti perlu
dibincangkan di pejabat bukan di rumah pemimpin, ” katanya.
Suresh juga mengakui bahawa beliau akan membuat aduan rasmi kepada parti berhubung kejadian itu.
“Saya akan bertemu dengan jawatankuasa disiplin parti dengan minggu
ini untuk membuat laporan terhadap Xavier dan penyokong-penyokongnya
yang berkumpul di hadapan rumah Anwar,” katanya.
Enam Melayu dan empat bukan Melayu berasaskan formula
6:4 telah diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk
menjadi exco kerajaan negeri.
Antara enam Exco Melayu, empat
daripadanya PAS dan dua PKR, manakala bagi bukan Melayu tiga daripada
DAP dan seorang PKR. Enam Exco Melayu itu adalah Dr Daroyah Alwi
(PKR/Sementa), Rodziah
Ismail (PKR/Batu Tiga), Sallehen Mukhyi (Pas/Sabak), Iskandar Samad
(Pas/Chempaka), Dr Halimah Ali (Pas/Selat Kelang) dan Dr Ahmad Yunus
Hairi (Pas/Sijangkang).
Manakala empat Exco bukan Melayu adalah Datuk Teng Chang Khim
(DAP/Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (DAP/Seri Kembangan), V
Ganabatirau (DAP/ Kota Alam Shah) dan Elizabeth Wong Keat Ping
(PKR/Bukit Lanjan).
Daripada komposisi jantina pula, enam lelaki dan empat wanita membarisi exco kerajaan pimpinan Abdul Khalid.
Semalam melaporkan dua exco penggal lepas, wakil PKR digugurkan.
Mereka adalah ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Seri Andalas
Xavier Jayakumar yang digugurkan kerana dipercayai berkaitan dengan
prestasi buruk terutamanya membabitkan isu pasir dan air.
“Ini peluang bagi Khalid melepaskan dirinya daripada tuduhan tidak
cekap mentadbir Selangor. Isu pasir umpamanya, hasil kerajaan negeri
tidak mencapai sasaran manakala kes kecurian terus menjadi-jadi.
“Isu air pula menjadi duri dalam daging. Bagi Khalid, Xavier sebagai
exco yang bertanggungjawab gagal menangani masalah air dengan baik,”
kata sumber Antarapos.
Turut digugurkan Haniza Mohamed Talha (ADUN PKR Taman Medan) sebagai
Timbalan Speaker kerana dilihat rapat dengan Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali.
Tiga exco baru PKR yang kesemuanya wanita membayangkan
Abdul Khalid mahu meminimakan pengaruh Timbalan Presiden PKR yang juga
Ketua PKR Selangor, Azmin Ali.
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad
diramalkan bakal
dilantik Timbalan Speaker dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri
(DUN) disandang oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh. Nik Nazmi dan Dr
Daroyah disebut-sebut sebagai orang yang rapat dengan Azmin.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail, calon tewas di Parlimen Kulim Bandar
Baharu dilaporkan bakal berjumpa Menteri Besar Selangor dalam masa
terdekat berkaitan status jawatannya.
Sumber rapat Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan akan ada satu
rombakan bakal dilakukan terhadap pentadbiran kerajaan negeri ini.
Ia bagi memberi laluan kepada Saifuddin untuk dilantik sebagai
pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen
Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.
Perkara sama turut disebut oleh Anwar baru-baru ini bahawa Saifuddin akan dilantik sebagai ‘political liaison’ atau pegawai perhubungan politik dalam kerajaan negeri Selangor.
Difahamkan Saifuddin dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Abdul Khalid.
No comments:
Post a Comment