Bila Pemuda PAS Marah Dituduh Bacul Dan Penakut…
Marah bukan kepalang
puak-puak PAS bila dituduh sebagai penakut kerana enggan turut
berdemonstrasi bersama PKR dan DAP untuk menggulingkan Kerajaan BN yang
dipilih rakyat pada PRU ke-13 baru-baru ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS
Gombak misalnya menegaskan bahawa mereka hanya patuh pada arahan pihak
atasan parti yang menetapkan PAS tidak akan campur tangan dalam sebarang
gerakan demonstrasi menggulingkan kerajaan sedia ada.
Syarhan Humaizi turut
mengungkit tentang peranan Unit Amal PAS yang berada di barisan depan
pada setiap kali demonstrasi Bershit dan kononnya sedia dipukul oleh
pihak berkuasa yang mengawal keamanan ibu negara.
Tahu juga PAS marah bila dituduh bacul? Saya ingatkan PAS tak tahu marah bila dikatakan “tidak ada telur”…
Kerana dikatakan
penakut tidak turut serta berdemonstrasi maka PAS rasa marah? Hairan bin
ajaib. Kerana perkara sekecil itu Pemuda PAS nak marah-marah dan
melenting? Padahal, ada banyak lagi perkara besar yang perlu mereka
marah, tapi mereka bacul untuk marah DAP dan PKR!
Misalnya apabila
menyentuh isu kalimah “Allah”. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr.
Harun Din awal-awal lagi menegaskan pendiriannya tidak membenarkan
kalimah itu digunakan oleh golongan buka Islam. Tapi Nik Aziz “lebih
faham” tentang Islam dan membenarkannya!
Tiba-tiba saja PAS buat
“u-turn” dan menarik balik kebenaran itu? Mula-mula bacul untuk
membantah kemahuan Guan Eng itu, tapi selepas itu boleh pula ditarik
balik! Betul-betul tak ada maruah! Begitu bacul ketika kalimah “Allah”
cuba dicemar DAP dan PKR..!!!
Ketika Hasan Ali
ditempelak Ronnie Liu dan Khalid “Gagap”, ada sesiapa dari PAS yang
berani membela Hasan Ali? Padahal yang cuba dipertahankan Hasan Ali
ketika itu ialah tentang isu aqidah umat Islam! Satu perkara yang sangat
besar! Tapi masa itu Pemuda PAS tak marah pula, kan?
Paling memalukan
apabila PAS dipaksa dan terpaksa memijak maruah sendiri apabila rela
melepaskan perjuangan asas mereka turun temurun untuk menubuhkan sebua
negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
DAP dan PKR menuntut
PAS memansuhkan dua perkara yang menjadi “harga diri” PAS sekiranya mahu
bergabung dengan parti mereka. Mengaibkan, PAS setuju dengan permintaan
itu! Mana Pemuda PAS dan Unit Amal? Tidak berani angkat muka?
Itu baru sedikit
perkara yang saya utarakan mengenai “kebaculan” PAS dan
pemuda-pemudanya. Ada perkara yang lebih penting, besar dan utama untuk
mereka luahkan kemarahan, tapi mereka lebih rela simpan “telur” mereka
di dalam peti ais!
Tapi kali ini hanya
kerana dikatakan “penakut” kerana tidak turut berdemonstrasi untuk
gulingkan kerajaan BN, Pemuda PAS sudah meroyan marah-marah pada pihak
tersebut? Simpanlah “telur” itu dalam peti ais. Tak laku pun kalau
dikeluarkan…
Begitulah hakikat
golongan “shabab” di dalam PAS. “Telur” mereka digenggam rapat oleh DAP
dan PKR. Kononnya nak tunjuk berani dengan meluahkan kemarahan, tapi
mereka tak sedar diri mereka sudah lama tidak punya maruah dan harga
diri.
Harapan saya supaya
Nasrudin Hasan Tantawi lebih “peka” dengan tahap kebaculan para pemuda
PAS di era kepimpinannya. Kalau nak tunjuk berani pun, biarlah
bertempat. Kalau betul berani, sanggah Anwar, Azmin, Kit Siang, Guan Eng
dan Karpal! Macam tu baru ada “telur”, kan?
No comments:
Post a Comment