Mohon Jasa Baik Anda Please....! Tolonglah Luangkan Sedikit Masa Untuk Baca Artikel Ini. Malaysia Spring Yang Kantoi....
Gambar diatas kulit buku
‘Inside Muslim Brotherhood – Youssef Nada’ ditulis oleh Douglas Thompson.
Youseff Nada adalah antara pencetus
Arab Spring di mana beliau terlibat secara langsung dalam menggerakkan satu
pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Beliau melakukannya demi mewujudkan demokrasi di negara Arab dan bagi
menentang kekejaman.
Jika masih ada yang ragu-ragu atau
tidak percaya bahawa Anwar ingin mencetuskan Malaysia Spring, maka inilah bukti
yang jelas yang dikemukakan secara tidak langsung oleh mereka yang terlibat
dalam Arab Spring sendiri.
Keterangan gambar dibawah menyatakan
Youssef Nada bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin Pembangkang Malaysia
itu pada tahun 1995.
Dari gambar di atas, jelas
bahawa hubungan Anwar dengan Youseff Nada adalah rapat, iaitu sebagai rakan
keluarga dan bukan sekadar kenalan biasa.
Bagi yang enggan mencari
kebenaran serta malas membaca mungkin tidak tahu bahawa kaitan Anwar dengan
pertubuhan-pertubuhan Islam di negara Arab dengan CIA dan seterusnya pihak
Neo-con telah bermula sejak di era 1970-an lagi iaitu ketika beliau masih menuntut
di universiti.
Anwar dan orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis ‘Islam’, buat
kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun
1970-an, ketika beliau masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam
organisasi Islam, termasuk The King
Faisal Foundation atau The
Faisal Foundation.
Kumpulan ini telah membentuk satu
kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim Brotherhood’ (Ikhwanul
Muslimin) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh
dunia.
Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang
meninggalkan tanahairnya, Iraq dan berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat
Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The
Faisal Foundation.
Bukan rahsia bahawa dunia Arab itu
sendiri terbahagi dua kepada golongan pemerintah yang pro-Amerika dan yang
menentang Amerika. Raja Faisal mula
memerintah Arab Saudi pada 1964 adalah antara yang pro-Amerika.
Hubungan Raja Faisal dengan Amerika telah
lama terjalin dengan begitu mendalam.
King Faisal Foundation merupakan universiti kerjasama dengan University
of Texas. Manakala, Methodist
International, iaitu anak syarikat kepada The Methodist Hospital di Houston
Texas juga bekerjsama dengan King Faisal Specialist Hospital di Arab
Saudi.
Kerjasama ini terjalin kerana golongan
aristokrat minyak di Texas dan juga Keluarga DiRaja Saudi mempunyai minat yang
sama iaitu terhadap kuda, politik konservatif dan tentu sekali, minyak. Hubungan
kedua-dua golongan ini membawa kepada ‘sefahaman’ dalam pandangan mengenai
politik dunia.
Sementara itu, Youseff Nada
yang menjadi subjek dalam buku di atas adalah antara pengasas International
Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Virginia, di mana
turut terletak ibu pejabat CIA. Beliau
adalah pejuang Ikhwanul Muslimin sejak di usia belasan tahun lagi.
Youssef Nada adalah seorang
taikun dengan perniagaannya meliputi berbagai bidang, bermula dari hasil tenusu
sehinggalah kepada pembekalan simen ke seluruh dunia.
Sebagai tokoh korporat dan
peneraju bank termasuk Faisal Finance di Switzerland, yang dimiliki oleh Raja
Faisal, skop pergaulan Youseff semakin luas sehingga ke peringkat Ketua-ketua
negara di seluruh dunia, termasuk Muammar Gadaffi, Zine AlAbadeens dan
lain-lain lagi.
Beliau juga menjadi
penyumbang dana bagi gerakan kejatuhan pemimpin-pemimpin tersebut melalui Arab
Spring.
Youssef mempunyai beberapa
buah rumah di beberapa negara terutamanya di Eropah namun beliau menegaskan bahawa
beliau enggan sekali-kali kembali ke negara Arab, atau negaranya, Mesir.
Youssef Nada seolah-olah
tidak dapat ‘memaafkan’ Mesir kerana telah memenjarakannya tanpa sebab ketika
beliau masih di universiti. Sebenarnya,
beliau ditangkap semata-mata kerana Presiden Mesir pada waktu itu takut kepada
bayang-bayang Ikhwanul Muslimin.
Di dalam penjara, Youseff
melihat sendiri bagaimana ‘pesalah’ didera walaupun dalam kebanyakan kes,
‘kesalahan’ mereka tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali dibicarakan. Di sana juga, beliau melihat seorang lelaki
digantung di bahu dengan kaki dan tangan terikat lalu kepalanya dicelup ke
dalam najis manusia.
Beliau juga melihat
bagaimana seorang lelaki dibakar seluruh badan, kemudian dipadamkan apinya dan
diheret kembali ke penjara tanpa rawatan.
Dalam sebuah sel, beliau dapat melihat anggota yang tercerai dari badan
seorang lelaki sedang lelaki itu masih hidup - tanpa diberikan rawatan.
Youseff sendiri ketika
ditangkap sedang menderita sakit apendiks.
Selama beberapa minggu, beliau dibiarkan tanpa rawatan. Satu ketika atas desakan kenalan dan
keluarga, doktor datang melawat tetapi memberi ‘rawatan’ dengan cara
menyuruhnya mengangkat bebanan 50kg dan lari beberapa pusingan.
Akhirnya, setelah mendapat
maklumat lengkap keluarganya dan berjaya membuatkan mereka membayar sejumlah
wang yang mana sama seperti gaji seorang Timbalan Menteri, maka Youseff pun
mendapat rawatan sempurna.
Di dalam penjara jugalah
Yousef berpeluang berjumpa orang-orang penting.
Akhirnya, setelah dibebaskan, dan berjaya membina perniagaannya,
orang-orang penting yang dikenalinya telah membawanya ke dunia luar di mana
beliau membina empayar perniagaannya.
Youssef yang lahir di tanah
Arab melihat kekejaman dan korupsi kronik sejak dari usia yang muda merasa
kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia Arab. Rakyat tidak punya hak
bersuara manakala pemerintah pula mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat apa saja
termasuk menangkap dan mendera rakyat tanpa sebab. Korupsi berada di tahap yang amat parah iaitu
sehingga tidak mengenal erti kemanusiaan.
Dari situlah timbulnya
ilham untuk melakukan perubahan. Mungkin kerana itu, Youssef mengambil pendekatan
terbuka dan mesra barat yang dilihatnya sebagai ‘tidak zalim’. Beliau kemudiannya menjadi pendokong dan
pejuang demokrasi tegar.
Melalui IIIT, Youseff
berazam untuk membawa pembaharuan di dunia Arab. IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan ‘Islamisasi
Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang menuntut
semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world
view). Untuk usaha ini, IIIT
mengumpulkan tokoh-tokoh dan pejuang Ikhwanul Muslimin, yang mana antaranya
termasuklah Anwar Ibrahim.
Maka tidak hairanlah apabila
organisasi itu begitu giat membantu Anwar ketika beliau di penjara.
Seorang lagi pengasas IIIT yang
menjadi Mentor Anwar ialah Ismail Faruqi iaitu seorang Professor diUniversiti
Temple Philadelphia yang mati dibunuh akibat perlakuan homoseksual.
Di antara pengikut Faruqi lain yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.
Di antara pengikut Faruqi lain yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.
Universiti Georgetown
adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Jesuits bermaksud
'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di
bawah Arahan Gereja Roman Katolik.
Kebiasaannya Jesuit
menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di
pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai 'orientalis'.
Di sinilah Anwar memasuki rangkaian
Zionis. …!
Untuk pengetahuan, The
Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, merupakan punca isu Kalimah Allah.
Setelah dibebaskan dari penjara,
IIIT terus membantu Anwar dari segi kewangan dan juga perniagaan. Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan
dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal
Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di
Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar.
Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, juga lulusan Universiti Georgetown, telah
tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.
Kesimpulannya, Hubungan Anwar dengan
IIIT telah membawa beliau kepada sekumpulan Arab yang bekerjasama dengan CIA. Sama ada untuk tujuan ‘demokrasi’ atau
‘kepentingan diri’, tidak dapat dinyatakan dengan pasti, walaupun oleh diri mereka
yang terlibat sendiri.
Apa yang pasti, satu rangkaian yang
merangkumi taikun-taikun Arab, ketua-ketua negara yang kaya dengan sumber asli
termasuk penyangak wang dunia dan pelobi, perunding serta ahli politik Amerika
membentuk satu kuasa yang besar dengan dana yang tidak terhad.
Dengan menggunakan nama Islam, pihak
ini dengan mudah melaga-lagakan sesama Islam….
Manakala, dengan menggunakan nama
hak asasi dan kebebasan pula, pihak ini juga dengan mudah mencabar Islam itu
sendiri dan melaga-lagakan pula dengan pihak lain. Semuanya atas misi yang dinamakan ‘pertukaran
rejim’ dalam usaha untuk membentuk Orde Dunia Baru atau ‘One World’.
Pendek kata, Arab Spring bermula
iaitu dari seorang yang jujur seperti Youssef Nada yang berdendam dengan
negaranya kepada sekumpulan rakyat yang dirasuk oleh kemarahan dan kebencian
yang telah dipergunakan sama ada secara rela atau tidak sedar oleh musuh Islam,
yang ingin menguasai dunia.
Menggunakan senjata baru iaitu
teknologi maklumat, kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat diperhebatkan
sehingga tidak terkawal. Walaupun Youssef Nada kononnya mempunyai niat yang
‘murni’ untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara Arab,
tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Akibat dari perjuangan Youssef Nada
ini, ekonomi Mesir menjunam, pengangguran meningkat tetapi hak kebebasan
bersuara masih tersekat.
Pada 9 Oktober 2011 negara tanah
tumpah darah Youseff Nada menyaksikan lebih kurang 30 orang terbunuh. Pada 18 November 2011 33 terbunuh dan 1,732
cedera. Pada 16 Disember 2011 pula 14
terbunuh dan 300 cedera.
Dalam masa yang sama kedai-kedai,
pejabat, bank dan juga rumah-rumah kediaman musnah dan rakyat kehilangan
pekerjaan, kehilangan sanak saudara serta kehilangan masa depan.
Hari ini, sesiapa sahaja yang
mengkritik pemerintah baru iaitu Presiden Morsi akan ditangkap dan
dipenjarakan.
Youseff Nada mungkin gembira melihat
‘demokrasi’ tertegak di Mesir, tetapi negara itu kini terpaksa meminjam atau
bergantung sepenuhnya kepada Amerika untuk dibangunkan semula dan untuk
memastikan rakyat dapat terus hidup.
Mungkin Youseff melihat apa yang
berlaku sebagai satu kemenangan ‘rakyat’
untuk menjatuhkan rejim diktator yang korup dan kejam.
Namun hakikatnya, tiada siapa yang
menang kecuali Amerika atau Zionis atau Jesuit.
Berbalik kepada gambar di atas yang
menerangkan bahawa Anwar mengunjungi Youseff Nada untuk berbincang mengenai
‘Malaysia Spring’, wajar dijadikan peringatan oleh semua rakyat Malaysia.
Malaysia pada hakikatnya telah pun
mengamalkan demokrasi. Hak bersuara di
Malaysia pula sesungguhnya sudah melampaui batas sehingga pemimpin negara boleh
dihina sesuka hati.
Malah, kaum minoriti juga mempunyai
kuasa untuk menekan kaum majoriti termasuk menghasut sesuka hati melalui akhbar
dan sekolah milik mereka.
Selain itu, di Malaysia, biarpun
bukan semua ahli politik itu bersih tetapi tiada siapa yang akan membiarkan
rakyat menderita dan meninggal dunia demi ‘sesuap’ rasuah. Ini berkait rapat dengan sikap semulajadi
kaum Melayu itu tidak membolehkan pemimpin kita berlaku kejam dan zalim
sepertimana pemimpin di negara Arab mahupun pengganas komunis atau penjajah
Jepun.
Oleh itu, tidak salah jika dikatakan
bahawa kerana sikap orang Melayu inilah maka Malaysia sentiasa berada di bawah
pemeliharaan Allah SWT.
Latarbelakang Anwar
yang jauh berbeza dengan Youssef Nada dengan sendiri menafikan hak Anwar untuk
mencetuskan Malaysia Spring. Tidak seperti Youssef yang dipenjara tanpa sebab,
Anwar dipenjara setelah dibuktikan bersalah serta diberikan sepenuh peluang
untuk membela diri. Beliau juga diwakili
oleh barisan peguam terhandal di Malaysia.
Paling teruk rungutan yang didengar
dari mereka yang dipenjarakan di Malaysia pula ialah tentang bagaimana mereka
‘terpaksa makan telur rebus setiap hari’.
Sekiranya Youseff Nada tahu bahawa
Anwar diberi sel istimewa di dalam penjara serta dibenarkan pula mempunyai
‘tukang urut khas’ tentu beliau akan menyangka Anwar gila kerana ingin
mencetuskan Malaysia Spring.
Di dalam penjara, Anwar bukan sahaja
bebas menerima pelawat tetapi dibenarkan menulis dan menghantar surat kepada
rakan-rakannya di barat, hatta memfitnah kerajaan sebagai menganiayanya.
Jika Youseff terpaksa
merasuah untuk mendapat rawatan apendiks di penjara, Anwar pula diberi ruang
untuk mendapat rawatan di luar negara.
Lebih dari itu, Anwar
juga akhirnya bebas atas alasan teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim merekodkan
secara jelas bahawa berdasarkan bukti dan saksi, mereka begitu pasti yang Anwar
bersalah terlibat dalam aktiviti homoseksual.
Hakikatnya, pembebasan
Anwar, kehidupannya yang mewah dan kemenangannya sendiri di kawasannya dalam
PRU-13 membuktikan bahawa Malaysia Spring ‘idaman’ Anwar adalah bersifat
pentingkan diri dan berniat jahat.
Dalam ertikata lain,
perjalanan hidup Anwar itu sendiri menunjukkan bahawa demokrasi hidup dan segar
bugar di Malaysia…..
No comments:
Post a Comment