Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, May 28, 2013

TIDAK PERLU ADA WAKIL RAKYAT JIKA TIDAK BOLEH MEMBANTU RAKYAT KESEMPITAN.




ISTERI PENGADU RUMAH DI KOTA DAMANSARA BAKAL DILELONG DALAM TEMPOH 2 HARI MULA MEMBUNGKUS BAJU




Tiga  hari lalu,    saya  paparkan   kisah  pengadu,  48 tahun  dan  keluarga  bakal  merempat   di bumi sendiri.   Rumah mereka di  Seksyen 7, Kota Damansara  bakal  dilelong  selepas  jam 2 petang, 31 Mei 2013.

Bayaran  tertunggak  dan kos membatalkan  proses  lelongan  dilaporkan  mencecah RM4,700.



"Kalau  tiada  berumah,  hendak  tinggal  di mana?," soal saya.

"Tidak  tahu lagi. Otak  saya sudah  buntu  untuk  mencari  jalan menyelesaikan  masalah ini," ujarnya.

Klik  di sini   untuk   membaca  usaha  pengadu  cuba  mendapatkan  bantuan wakil rakyat Kota Damansara,  YB  Halimaton  Saadiah  Bohan.  

Baca juga di sini untuk berita lanjut.

Awal malam tadi,  saya  sempat berbual  bersama  seorang daripada  pemimpin Barisan Nasional, BN terkenal  di Selangor.

"Sepatutnya YB  Halimaton  cuba  menghubungi   Malaysian  Building  Society  Berhad. Tuliskan surat  untuk  memohon  lelongan  ditangguhkan sementara pengadu  dibantu," kata beliau.

Khabarnya,  Halimaton  menghubungi   sendiri   wakil  akhbar.  Mungkin  beliau  dimaklumkan  mengenai  hasrat   wartawan  akhbar  terbabit  untuk  menemu  bual  pengadu.  Saya  pula  hanya blogger,   YB   mungkin  tidak sudi  menelefon,  cukup  sekadar  3  wakil  beliau bercakap  sendiri dengan saya.  Terima kasih  di atas  usaha  murni  mereka berkomunikasi.

Baguslah.

Sewaktu   berkempen  untuk  PRU 13,   beberapa  kali  saya  berkunjung  ke Bilik  Gerakan BN DUN  Kota Damansara  di Seksyen 8.  Saya melihat betapa sibuknya  Halimaton, kini  wakil rakyat saya.  Beliau sanggup  bergerak ke  lokasi  dalam tempoh  sehari  untuk  bertemu bakal pengundi. 

Sekarang beliau  bergelar wakil  rakyat.

YB  Halimaton  barangkali  tidak mempunyai  dana untuk membantu pengadu bakal  kehilangan  tempat  berteduh.  Semua faham, Ahli Parlimen Subang,  bukan pemimpin BN tetapi Pakatan Rakyat, PR, R. Sivarasa.  Mustahil  PR  akan  menghulurkan  bantuan kewangan   kepada  pengadu  kesempitan.  

Pagi  tadi  kira-kira  jam  9.45 pagi,   saya dihubungi oleh pengadu.

"Tadi  YB  Halimaton  menelefon  saya,  kata beliau,   wartawan  akhbar  ingin  menemu bual  saya  pada  jam 2  petang ini. Rasanya tidak perlulah,  bukan boleh membantu  menyelesaikan masalah  saya pun.  Lebih  elok  saya  mengemas  rumah untuk  bersiap-sedia  keluar  dalam tempoh 2 hari lagi,  pada  31 Mei ini," kata pesakit kencing manis itu.

"Jam 1  tengahari  nanti,   jumpa  saya  sekejap  di  restoran mamak  Seksyen 11," balas saya.

Dia bersetuju.



"Selepas subuh pagi tadi, isteri saya  sibuk berkemas, melipat baju dan meminta saya membelikan  beg  besar untuk dimuatkan pakaian kami sekeluarga jika terpaksa mencari rumah sewa. Rumah itu  bsaya beli dengan harga RM25,000  dan telah membayar  selama  12 tahun. Cuma kali ini  saya berhadapan  dengan  masalah besar," katanya.

Dia  antara individu  turut membantu berkempen untuk YB Halimaton sewaktu PRU 13.


Saya kemudian menyerahkan wang tunai RM4,700 kepada pengadu. Wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun bank saya oleh seorang wanita  dermawan kini menetap di Subang Jaya. 



Dia mendakwa  berniaga  secara kecil-kecilan dan  enggan identiti  dirinya didedahkan.

'Kirim salam saya kepada keluarga terbabit',  pesanan  ringaks dihantar oleh wanita itu   melalui Whatsapp.

"Teksipun  akan dikeluarkan  dari bengkel petang ini. Berusahalah  mencari rezeki untuk  menampung  kos  kehidupan.   Meminta-minta  bukan perbuatan molek  tetapi  jika  terlalu  kesempitan,  tidak salah.  Menagih bantuan daripada wakil rakyat,  YB Halimaton,  hak saudara  sebagai rakyat, samada  YB   ingin  membantu  secara  praktikal  atau sebaliknya,  itu hak beliau," ujar saya.

Kepada  YB  Halimaton,  usah  menganggap saya  sebagai penggugat  kredibiliti.  YB juga wakil  rakyat saya.  Usah mempersalahkan  pengadu  kerana dia berfikiran buntu. YB telah mengenali dia lebih 15 tahun.

Fakta paling  penting,  saya  hanya cuba  membantu  sebaik  mungkin dan TIDAK  berniat  bertanding  sebagai  calon  DUN di  Kota  Damansara  pada  PRU 14.

Wakil  rakyat  jika tidak dicabar  bakal  menjadi  jumud dan berasa terlalu selesa. Itu juga antara sebab mengapa  ramai YB  dan Ahli Parlimen  BN  kecundang sebelum ini.

Terkini,  pada jam 1.35 tengahari tadi,  pengadu berada di bank untuk melangsaikan tunggakan  bayaran rumah menggunakan wang saya serahkan setengah jam tadi.



Dia  kemudian menghubungi saya.

"Sebentar  tadi  YB menghubungi saya, meminta saya  datang ke pejabat  sebab kata beliau ada orang ingin mendermakan RM2,000.  Saya maklumkan, saya di bank menjelaskan bayaran rumah.  Apapun terima kasih kepada wanita dermawan,  pembaca  blog Mazidul," katanya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...