Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, May 31, 2013

Sebanyak 99 kes aduan sabotaj parti telah diterima oleh Sekretariat Lembaga Disiplin yang berlaku sepanjang berlangsungnya PRU ke-13 yang lalu selain 192 ahli UMNO bertanding sebagai calon bebas dan sertai parti pembangkang

UMNO Muncul Parti Terkuat, Menyamai Pencapaian Gabungan Tiga Parti Pembangkang

KUALA LUMPUR 31 Mei – UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berdasarkan kepada peningkatan bilangan kerusi yang dimenangi berbanding pilihan raya umum yang lalu.

Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88 kerusi.

“UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam pilihan raya umum ke-13. Prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88.

“Jika kita bandingkan dengan pembangkang mereka mempunyai keseluruhannya 89 bererti bahawa UMNO sebagai parti tunggal boleh menyamai parti-parti pembangkang yang terdiri daripada tiga buah parti.

“Kita juga ambil kira bahawa kejayaan kita untuk menang di dua buah negeri yang dulu kita kalah iaitu Kedah dan Perak. Dan undi yang diperolehi UMNO juga bertambah lebih kurang 30 peratus peningkatan berbanding PRU lalu walapun sukar bagi kita untuk menentukan secara tepat sebab kebanyakan kawasan itu bercampur,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya memberitahu UMNO perlu terus berjuang dan melakukan usaha-usaha ke arah pemantapan dan kekuatan parti terbabit.

“Sehubungan ini Majlis Tertinggi telah menerima cadangan daripada jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana kita perlu mewujudkan, mengkaji semula pentadbiran ibu pejabat dan seterusnya mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa yang melibatkan bidang-bidang seperti penyelidikan dan latihan, media sosial, penerangan dan sebagainya.

“Kita akan susun semula sesuai dengan keperluan kita untuk mewujudkan tenaga profesional, tenaga sepenuh masa dan tenaga yang dedikasi untuk tugas-tugas yang perlu diberi tumpuan supaya mesej UMNO dan segala keputusan dan pengarahan Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan lebih berkesan lagi,” katanya.

Beliau turut memberitahu, sebanyak 99 kes aduan sabotaj parti telah diterima oleh Sekretariat Lembaga Disiplin yang berlaku sepanjang berlangsungnya PRU ke-13 yang lalu selain 192 ahli UMNO bertanding sebagai calon bebas dan sertai parti pembangkang. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...