Statistik pendaftaran pemilih baru merupakan salah satu indikator
terhadap kesungguhan parti-parti politik untuk memenangi pilihan raya.
Sedikit sebanyak ia boleh memberikan gambaran tentang apa yang berlaku
di Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Selangor. Ia menjelaskan
pencapaian DAP di Pulau Pinang dan Johor; kenapa Kelantan masih belum
dapat ditawan dan kenapa UMNO menunjukkan peningkatan, kenapa Sabah
masih dapat BN pertahankan dan kenapa prestasi Pas lebih baik di
Selangor berbanding PKR.
Jelas, MCA dan Gerakan memerlukan transformasi menyeluruh; MIC dan
parti-parti berasaskan kaum India dalam BN memerlukan usaha penyatuan;
dan kerjasama baru antara Pas dan UMNO dalam BN perlu diusahakan.
Mudah-mudahan akan ada kaedah untuk menangani permainan politik cauvinis
dan sentimen keagamaan oleh DAP demi pembentukan Malaysia yang lebih
aman dan harmoni.
Rahsia Besar MCA dan GERAKAN Buat Majik Kepada DS @NajibRazak Terbongkar!
Jom tengok statistik daftar pemilih pada tahun 2010 (Jan-Jun).
Dalam masa 2 tahun lepas PRU 2008, MCA hanya mendaftar seramai 2,897
orang pengundi manakala DAP mendaftarkan seramai 55,321 orang pengundi
dalam tempoh yang sama (6 bulan).
Jika dilihat pada pecahan mengikut negeri, ternyata gerak kerja DAP
tersusun kerana mensasarkan negeri CHINESE BELT seperti Johor, Pulau
Pinang, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. Lebih menyedihkan bila lihat
GERAKAN hanya mendaftarkan seramai 471 orang pengundi dalam masa 6
bulan.
Tidak salah kalau MyMassa katakan Tsunami Cina berlaku kerana gerak
kerja yang tersusun serta usaha politik yang jitu daripada DAP
berbanding MCA dan GERAKAN.
Kenapa MyMassa kata MCA dan GERAKAN buat majik kepada YAB PM? Kerana
bagi MCA dan GERAKAN, membodek DS Najib dengan program-program MEGA yang
tidak mempunyai impak pada kertas undi lebih penting daripada
melaksanakan gerak kerja akar umbi politik seperti mendaftarkan pengundi
dan kenalpasti blok pengundi di satu kawasan pilihan raya.
Progam BODEK MEGA anjuran MCA di Pelabuhan Klang yang tidak memberikan impak yang sepatutnya.
Bila dah kalah, MCA dan GERAKAN menyalahkan parti berasaskan kaum
sebagai punca. Tiba-tiba pemimpin-pemimpin MCA dan GERAKAN menjadi
'BIJAK' dengan mencadangkan penubuhan PARTI TUNGGAL BARISAN NASIONAL.
Persoalannya, mampukah parti tunggal yang bernama BARISAN NASIONAL mampu
mengembalikan sokongan pengundi Cina jika MCA dan GERAKAN hanya
mendaftarkan 2897 orang dan 471 orang pengundi dalam masa 6 bulan?
Politik adalah permainan angka. Siapa yang lebih banyak akan menjadi
pemenang walaupun dengan satu undi. DAP dengan penuh iltizam cuba
mendaftarkan seberapa ramai pengundi yang berpihak kepada mereka. Mereka
juga membuat perpindahan pengundi dari kawasan yang mereka menang
dengan majoriti yang besar kepada kawasan sasaran mereka. Rakan dari
Johor memaklumkan bahawa DAP telah bersedia dengan lebih 10,000 pengundi
baru (sama ada didaftarkan / pindah pengundi) di Gelang Patah yang
membantu memenangkan Lim Kit Siang.
Sudah tiba masanya parti komponen Barisan Nasional serius untuk
melaksanakan program-program politik yang memberikan impak. Kurangkan
tumpuan seketika kepada program-program kebajikan seperti tolong mangsa
ALONG, bawa balik rakyat Malaysia yang terperangkap di luar negara atau
program-program lain yang lebih memberikan publisiti. Tumpukan kepada
program pendaftaran pengundi baru, kenalpasti blok pengundi yang
menyokong kita dan 'kepung' mereka daripada program jamuan mega yang
kita sendiri tidak kenal siapa yang hadir sama ada pengundi tempatan
atau orang luar. Beri tumpuan kepada kawasan putih dan kelabu.
Bila susah cari pemimpin BN. Masa mengundi pangkah pakatan.
Bagi program-program kebajikan, tinggalkan kepada wakil rakyat pakatan
pembangkang yang telah pengundi pilih. Sebagai contoh di Selangor,
ketika banjir kilat berlaku, pemimpin BN yang kehadapan dan
bersungguh-sungguh membantu rakyat. Wakil rakyat pakatan boleh goyang
kaki. Tetapi bila tiba masa mengundi, jasa pemimpin BN dilupakan dan
undi tetap kepada calon pakatan.
Untuk negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, MyMassa
sokong cadangan untuk tutup pusat khidmat masyarakat BN dan biarkan
wakil rakyat pakatan yang buat kerja menyelesaikan masalah rakyat. Apa
guna gaji dan elaun pemimpin pakatan kalau orang lain yang buat kerja
untuk mereka?
MyMassa harap teguran ini dilihat dari sudut positif. MyMassa bukan nak
hentam tapi berasa sedih bila tengok GERAKAN hanya mendaftarkan 471
orang (kurang 500 orang) dalam masa 6 bulan. Walaupun pernah mengetuai
Kerajaan Pulau Pinang, GERAKAN hanya berjaya daftar 48 orang di negeri
tersebut (bersamaan 8 orang sebulan). Jika pendedahan MyMassa ini tidak
tepat, MyMassa harap parti yang berkenaan isytiharkan secara rasmi
berapa sebenarnya pengundi yang telah mereka daftarkan sepanjang 5
tahun. MyMassa juga berharap media arus perdana mendapatkan statistik
pendaftaran pengundi mengikut parti politik dari SPR supaya kita tahu
siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya pandai cakap dan memberikan
cadangan.
*Apa yang MyMassa nukilkan di sini adalah berinspirasikan komen Tun Daim
Zainuddin mengenai strategi salah parti komponen BN menghadapi pilihan
raya. Kepada pembaca yang berminat, boleh membacanya di sini : http://www.mole.my/node/20459
No comments:
Post a Comment