Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, January 10, 2012

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim..." Dr Hasan Ali



"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim..." Dr Hasan Ali


hasanalirumahDi depan kira-kira 200 orang, terdiri daripada sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskannya bersama rakan taulan, juga wakil media, bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut "atas permintaan teman-teman saya,".

Berbaju Melayu warna kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail itu.

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.

Beliau pada petang Ahad dipecat serta-merta oleh PAS Pusat atas tuduhan melakukan perkara yang merugikan PAS tanpa dipanggil membela diri.

Menceritakan perkara di sebalik pemecatannya, beliau berkata, jika ada isu-isu yang berbangkit sebelum ini, semuanya sudah selesai apabila beliau bertemu dengan Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu sebelum tahun baru lalu.

"Tok Guru Nik Aziz sudah kata selesai, dia hendak buat kenduri lagi, di JKR 10 (rumah rasmi Nik Aziz) hendak kenduri dan minta ahli-ahli PAS bagi sumbangan untuk kenduri besar-besaran kerana menyambut kemenangan selesainya masalan ini. Habis dah. Tapi di mana timbul saya dipecat, kerana ANWAR IBRAHIM," katanya dengan penuh bersemangat.

Jelas Dr Hasan, segala komen yang dibuatnya membabitkan isu peribadi ketua pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.

"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.

"Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PhD, saya tahu sistem research, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim...

"Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup..."

"Saya tidak sanggup hadir 901, saya antara orang PAS yang tidak sanggup keluar bersama Anwar Ibrahum untuk memberikan justifikasi mengapa Anwar mesti terus dilonjakkan jadi Perdana Menteri," katanya.

Sebelumnya, turut berucap sama adalah beberapa orang kuat PAS Selangor, antaranya bekas Setiausaha PAS negeri itu, Norman Taha, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan paling menarik adalah kehadiran Ahli Parlimen PAS Bachok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

nasharudin400Sebagai bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin berkata kehadiran beliau bersama keluarganya adalah sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,” katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUMNO ingin menjadi anggota UMNO.

“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.

Laungan takbir berselang seli dengan tepukan, di antara ucapan, ini mudah difahami, kerana PAS di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Damansara adalah PAS profesional yang pro ulama seperti Dr Hasan Ali sendiri.

Boleh dikatakan PAS di kawasan tersebut adalah PAS 'kem Hasan Ali' yang terdiri daripada golongan profesional yang bukan jenis pak turut dan independent.

Mereka tidak takut menyatakan sokongan kepada siapa yang mereka fikir benar dan wajar.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya, mengatakan beliau menyedari PAS terpesong dari landasannya sejurus selepas menang besar Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU ke 12.

"Saya bertanding atas tiket PAS, tapi lepas saja PRU, saya lihat PAS berkompromi dengan tiga perkara yang saya fikir turut diperjuangankan oleh Dr Hasan hingga dia dipecat, iaitu Islam, Bangsa Melayu dan Institusi diraja," katanya yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.

Beliau tidak segan silu mengajak Dr Hasan menyertai PERKASA, yang katanya, "saya sanggup bagi jawatan, ambilah Presiden pun tidak mengapa, Dr Hasan ada PhD, saya tidak ada," katanya berselorah disambut gelak ketawa hadirin.

Ibrahim Ali barangkali bergurau tentang jawatan, tapi dia memang serius tentang semangat 'soladiriti' dengan Dr Hasan Ali, menurutnya, "Sebulan dua lagi, saya hendak bawa Dr Hasan 'pusing' Malaysia, dia jadi hero baru kita,".

Dr Hasan yang berucap terakhir, berselorah menjawab Ibrahim yang katanya "Presiden seumur hidup PERKASA, saya tak boleh ganti beliau," menjadi isyarat jelas tentang masa depan politiknya.

Bagi Dr Hasan, penjelasan malam Ahad itu hanya untuk "teman-teman saya" tentang masa depan politiknya, "ke mana saya dalam PRU akan datang, saya akan terangkan dengan lebih teliti dalam sidang media yang akan diadakan beberapa hari akan datang,"

"15 tahun saya dalam PAS, saya berterima kasih kepada ramai guru yang mengajar saya tentang politik Islam, termasuk yang bawa saya ke dalam dunia politik Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz sendiri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ustaz Taib Azamuddin, juga Datuk Dr Harun Din," katanya.

"Mereka banyak menyedarkan saya untuk terlibat aktif dalam politik Islam," katanya yang secara tidak langsung membayangkan bahawa NGO bukan pilihan beliau jika terus berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.

wartawanhasanali400Hasan dalam ucapan lebih 15 minit itu, berterus-terang tentang Anwar Ibrahim, yang menurut beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang ‘meragukan’ dan berpendapat Abdul Hadi Awang atau Nik Aziz lebih layak memegang jawatan itu.

"Saya orang PAS yang mencadangkan Nik Aziz atau jika faktor usia Nik Aziz tidak mampu, Haji Hadi...

"Ustaz Hadi bersama kita (PAS) sejak lebih 30 tahun dulu, dari saya kecil, pasal dia rekod bagus, moral bagus, DIA TAK SAPU ANAK ORANG, DIA TAK SAPU BINI ORANG....

"Tapi saudara-saudara orang ini, orang ini (Anwar) dia kata dalam penjara pun dia hendak jadi Perdana Menteri... saya tidak mahu komen lebih, dia sahabat saya, satu pengajian dengan saya, tapi... saya dipecat atas dasar itu.

“Dan saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

“Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, Demi Allah... saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya disambut laungan takbir oleh hadirin.

Apakah reaksi keluarga Dr Hasan Ali di atas pemecatannya, ceritanya jujur, "Isteri saya ada gementar sikit, saya yakinkan beliau, saya bangga dengan isteri saya, saya bangga dengan anak-anak saya, anak saya dari Jeddah telefon tadi, tanyakan khabar saya, saya yakinkan mereka semua, isteri, anak-anak teman-teman saya, seluruh hidup saya, saya didikasikan untuk perjuangan Islam, perjuangan bangsa kita dan perjuangan untuk menegakkan institusi raja di bumi Malaysia ini... Insyallah..." katanya mengakhiri ucapan dengan laungan takbir yang lebih gemuruh.

Jika 15 tahun dulu, Dr Hasan pernah diusung PAS untuk 'memaku' semangat ahli-ahlinya, kita tunggu selepas ini, apakah kesan pemecatan Dr Hasan ini akan mengugat semangat ahli-ahli PAS di akar umbi. Sebagai 'tukang paku' , sekurang-kurangnya, Dr Hasan tahu, paku mana yang hendak cabut dulu. Terutamanya bagi yang waras, terutamanya yang berfikir 'PAS beyond Anwar"-9/1/2012

hasanalidanisteri400hasandanibrahimali400











Ekoran tekanan PKR....PAS pecat Dr Hasan Ali


Akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tekanan PKR. Mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur Ahad membuat keputusan memecat Datuk Dr Hasan Ali berkuatkuasa serta merta.

Menerusi satu kenyataan ia berkata keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Katanya setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Para pemerhati politik menilai keputusan PAS Pusat ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana barisan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu kini dikuasai oleh puak Erdogan@ Anwarinas.

Mereka dikatakan marah sekali dengan kenyataan Dr Hasan yang kondem Perhimpunan 901 seraya menilai Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ada masalah peribadi.

Sementara itu Dr Hasan dalam kenyataan ringkasnya berkata :Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta.

Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK PAS Pusat itu.

Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama’ mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.- 8/1/2011



Azmin Ali geram habis....minta Hasan Ali jangan celupar kondem Perhimpunan 901


KEMASKINI: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bengang habis pada Datuk Dr Hasan Ali yang kondem penganjuran Perhimpunan 901 serta anggap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ada masalah peribadi.

Orang paling kanan Anwar itu tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya ketika diminta mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu Khamis semasa ditanya mengenainya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR petang Jumaat.

"Hasan Ali jangan celupar.Kalau dia tak nak sertai perhimpunan 901, tak payah pergi.Tak payah bising-bising," katanya.

Azmin menegaskan beliau akan cadangkan kepada PAS Pusat supaya teliti tindakan sewajarnya dikenakan ke atas Dr Hasan kerana membuat kenyataan itu.

"Apakah dia (Dr Hasan) seorang yang benar-benar bermoral dan orang lain tidak ?,"katanya lagi.- 6/1/2011 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL


Lagi pecah tembelang...nampak sangat PKR nak kudakan PAS dalam Perhimpunan 901


Patutlah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali layan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman sikit punya baik ketika sidang media Selasa lalu untuk mengumumkan Perhimpunan 901 di depan Kompleks Mahkamah Jalan Duta jalan terus.

Dr Rani pula yang diberi peluang bercakap seru semua ahli PAS Selangor sertai perhimpunan tersebut kononnya itu hak mereka untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Namun, tembelang PKR mahu perkuda PAS pecah juga bila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Hasan Ali, pada Khamis jelaskan belum ada mana-mana arahan atasan parti seumpama itu, kecuali oleh pesuruhjaya PAS Selangor sahaja.

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, ( setakat ini) tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir.Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Dr Hasan berpendapat arahan Dr Rani yang menggantikan jawatan beliau itu, adalah pendapat peribadi Dr Rani bukannya PAS Selangor ataupun Dewan Harian PAS negeri .

Menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, ramai pimpinan PAS Selangor tidak tahu arahan Dr Rani.

Ketika sidang media di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, beliau menyifatkan PAS Selangor pro aktif tetapi atas sebab yang salah.

“Ketua Penerangan (Saari Sungib) pro aktif (merujuk kes beliau yang dikatakan tidak cukup pencalonan untuk PRU ke 13 baru-baru ini), Pesuruhjaya juga pro aktif. Malah, mereka membelakangi atau mendahului pimpinan Pusat (dengan arahan tersebut),” ujar Dr Hasan.

Malah, lebih sinis katanya, Dr Rani melarang ahli PAS menghadiri Himpunan Sejuta Umat Di Shah Alam baru-baru ini yang berjuang untuk mencegah murtad.

“Ini bertentangan apatah lagi ianya untuk membela sesaorang sahaja,” katanya.

Selain tidak akan hadir, Dr Hasan menasihatkan golongan belia terutama mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Katanya, perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah termasuk lebih 60 kali penangguhan.

Beliau turut khuatir negara akan mengamalkan sistem anarki apabila menyokong sesaorang sahaja tambahan pula individu itu ada masalah peribadi.

Ketika diminta mengulas kenyataan, Azmin, bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri ke 7, walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Dr Hasan berkata sesiapa yang mahu jadi pemimpin kepada 28 juta rakyat di negara ini haruslah orang yang bermoral, tahu mengutamakan yang benar dan salah, ada track record baik dan keluarga mesti bagus.

Bagi ADUN Gombak Setia itu, pada beliau dua calon yang layak adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.

“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.

Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.

“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.

Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.

Pada sidang media itu, Dr Hasan juga berkata, JAIS akan memanggil pemimpin PKR Dr Badrul Amin yang berceramah baru-baru ini dengan cuba menyamakan Anwar seolah-olah Imam Mahdi untuk mendapat penjelasan lanjut.

“Saya kenal Badrul Amin sejak 20 tahun lalu tetapi Badrul Amin sekarang sikit lain. Bagi saya, dia keterlaluan dengan ceramahnya itu dan patut tarik balik untuk bersihkan namanya,” ujar Dr Hasan.

Menurutnya, beliau sudah menyemak hadis mengenai apa dituturkan Badrul Amin itu jelas merujuk kepada Imam Mahadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...