Isu Jawatan Exco Hasan – MB Khalid Cuba Cover Line Gelojoh
Isu Jawatan Exco Hasan – MB Khalid Cuba Cover Line Gelojoh
Nama pengganti pun dah ada ! Memang gelojoh tahap gaban …hehehehehe .. walaupun waktu sama beliau mengakui - “Pemecatan Dr Hasan oleh Pas adalah dari segi parti, namun dari segi Exco kita belum pasti lagi, cuma apa yang pasti kita akan bincangkan ia bersama kepimpinan negeri,”
Tengok tu - ‘ Belum pasti ‘ dan ‘ perlu bincang ‘ tapi dah sebut nak jumpa Sultan hari Rabu dengan nama pengganti ! ?
HARI INI, lain pulak bunyi MB Khalid memujuk Hasan jadi gentleman dan lepaskan jawatan secara sukarela.
“Walaupun Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan saya mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan sebagai ahli Exco, saya menyeru supaya Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana amat jelas beliau tidak lagi mewakili Pas dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat,” Sinar Harian.
DAN Beliau akan menghadap Sultan Selangor Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaru dan berbincang mengenai calon-calon sesuai menggantikan Hasan.
Hehehehe …. Lain macam jer bunyi kali ni …… tapi masih nampak gelojoh juga. Berapa bulan je lagi nak PRU13 ? Biar jelah Hasan pegang jawatan Exco itu sampai habis tempoh, banyak kerja pulak kalau nak tukar Exco baru kalau hanya untuk bertugas beberapa bulan saja. Lagi pun Datuk Hasan kan telah dan sedang berkhidmat dengan amat cemerlang hingga dikurnia anugerah oleh Sultan baru ni.
Takpun tunggulah hingga habis tempoh edah Hasan dengan Pas …. mana tahu rujuk balik ke.
********************************
Saya nak buat satu analogi sikit ( tak puas lagi hehehe ) … Bayangkan budak yang punya suka sangat dapat cokelat, dengan rakus dan laju dia mengoyakkan kertas bungkus cokelat itu … hajatnya nak terus tanpa membuang masa menikmati habuan yang ada.
Dipegangnya cokelat itu dan direnungnya …. meleleh-leleh air liur …. nyam nyam, lama dah aku ngidam saat-saat terindah ini !
Esoknya budak yang sama masih ditempat semalam, memegang dan merenung tanpa berkelip mata cokelat yang sama , semalaman tak tidur, tak bergerak, tak sentuh pun cokelat itu. Jadi orang pun tanya, Hoi Kolid, kenapa tak makan lagi, semalam punyalah gelojoh ?
Dijawab budak itu , Memanglah aku nak makan, dari semalam lagi dah ….. tapi aku teringat baru ni gigi aku berlubang. Tak sakit dah tapi lubang ada lagi … aku teringat lagi ngilu nya. Tu yang aku duk mikir ni, kalau aku makan cokelat ni, agak-agak sakit balik tak gigi aku yang berlubang tu.
Hahahaha …. sampai kesaat ini budak tu masih pegang dan tenung lagi cokelat ditangan
No comments:
Post a Comment